Followers

Thursday, March 15, 2012

Kacang potong

Bahan2
1 cawan gula
1 cawan kacang tanah
1 /2  cawan bijan/lenga ~ lebihkan sedikit
daun pisang 
tepung ubi

Cara2nya
Goreng kacang, buang kulitnya
Goreng bijan
Masak gula hingga cair
Gaulkan kacang goreng bersama bijan. Bila gula yang dimasak sudah cair, masukkan kacang goreng dan bijan tadi ke dalam air gula yang tengah di masak.
Gaulkan adunan ini hingga sebati.
Taburkan sedikit tepung ubi di atas papan yang rata.
Letakkan adunan kacang yang masih panas ini di atas taburan tepung ubi.
(tepung ubi dan daun pisang bertindak supaya adunan tidak melekat pada papan canai dan penggelek)
Letakkan pula daun  pisang ke atas adunan kacang. Tekan dan gelek adunan kacang perlahan2 hingga ia menjadi rata seperti di bawah.
Bila sejuk, potong mengikut saiz yang dikehendaki.

Aku belajar buat kacang potong ni dari kakak angkat aku yang mengajar aku buat kuih koci dan masak tempoyak campur kangkung tu lah.

Pada petang  hari aku buat kacang potong ni hujan turun. Sedap dan kena lah pulak bila ada jajan ni untuk dibuat kunyah2 pada petang hari yang berhujan!.Rangup dan ringan jer rasa bijan goreng.
Anak2 aku kata sedap juga kuih ni mak. Lepas tu esoknya depa tanya ada lagi ka mak?

He he. Boleh ka yang ni dipanggil jajan? Tak ke jajan tu ialah makanan ringan yang dibeli dari kedai?. Aku tak arif dengan istilah jajan ni. Tapi bila disebut ja perkataan jajan, aku akan segera teringat kat bijan jer!... Mungkin ni adalah disebabkan dari kecik aku mengenali bijan tu dengan nama lenga! 

Makanan ringan yang dibuat berasaskan kacang aku minatlah juga. Antaranya ialah kacang potong, kacang botak dan kacang tumbuk.

Yang ni kereta potong!. Hu hu. Tak ada kaitan dengan kacang potong.....

Kacang botak

Yang ni kacang tumbuk. Dulu kini dan selamanya aku suka kacang tumbuk. Tapi rasanya kaum bumiputera belum keluarkan produk ni lagi. Aku pun duk terpikir2 mcamanalah agaknya dibuat lapisan luar yang boleh membalut kacang tumbuk yang ada kat bahagian tengah tu.  Cerita mengenai kacang tumbuk ada kat sini.

4 comments:

  1. sedapnya makngah..nak cuba buat la..:) terima kasih resepi..:)

    ReplyDelete
  2. cubalah quinnie, sedap jugak ni... yg mngah buat tu asik nak berkecai jer sebab mngah kurangkan sukatan gulanya....huhu

    ReplyDelete
  3. ssenang nye buat akak...alat2 dh ade nk try lh....hehehe.tp daun pisang susah nk cri..kalau ganti dgn bnda lain boleh tak akak?

    ReplyDelete
  4. rasanya kalo cuba dgn aluminium foil boleh kot,.. sbg pengalas utk menggelek adunan panas supaya ia menjadi rata shj..,

    ReplyDelete