Followers

Saturday, March 10, 2012

Mengait yang dilupakan...

Assalamualaikum...
Suatu hari aku terjumpa khazanah lama. Hasil benang dan jarum kait ku....

20 tahun yang lalu aku  ada rakan yang meminati bidang yang sama. Kami bersama saling bertukar corak memilih gambar2 yang kami suka. Lani mana pi photostat gambar2 ni semua? Yup, aku dah buang! 

Chairback antara saiz yang paling kecil. Dah tak der makna semua ni.. Oleh sebab ruang rumah yang sempit, tak sempat nak letak chairback, kain baju seluar sejadah selalunya yang tersidai kat atas sofa atau kerusi dah....

Heran pulak aku tengok yang ni apasal bentuknya melengkung? agaknya saiz benang yang aku gunakan main hentam2 saja atau chain atau taliar (kami orang Kedah sebut tali ayaq) dia dibentukkan secara ketat dan ada pula yang longgar...


Macam lawa lah pulak. Hu hu hu. Aku tengok orang lain letak benda2 ni semua kat blog depa nampak lawa lah pulak. Ni aku pun mengikut-ikut lah...

Satu  lagi yang berbentuk bulat.


Kawan aku cakap yang ini cantik! A'ah ya lah. Bila aku perhatikan betul2 baru aku ternampak, baru aku terperasan. Cantik. Ya cantik. Tapi kalau disuruh lagi aku buat benda2 ni semua pada masa ni, eeh tak kuasa aku rasanya. Macam tak larat ja nak membilang-bilang dan mengingat berapa tali ayaq yang nak kena bilang dan kait..

Ni spoilt. Kalaulah masa sekarang aku  buat kerja2 ni semua, tentu takkan aku biarkan saja ianya jadi macam ni. Rasanya aku akan buka dan buat semula hingga menjadi..

Ni macam kerja tak sudah. Apa kes tak tau... Misteri nusantara ke hapa?

4 comments:

  1. kak pora.. ilah mmg minat mengait..sejak tgkatan 1 dah pandai... mcm2 ilah kait sampai umur anak yg kecik nie 14 tahun dah.. ilah berhenti mengaik ketika umur dia 2tahun..sbb malas nak kait2 lagi... huhuu.. menjahhit baju pun dah koi pelan.. awat tak tau makin tua makin rajeennn bebenauuu..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilah
      dulu2 tak ada ledakan teknologi mcm lani... jnis2 mengait tula antara yang jadi hobi yg membahagiakan kita gadis2 pingitan (hik3...) zaman dulu... lani koi mls sbb mcm mngah lani pun gheja duk abehkn masa duk upload gmbaq kt maya ja... hehe

      Delete
  2. Salute dgn mak ngah ni lah sy tak kuasa nak kait jenis yg halus dan kecik2 macam tu yg sy pernah buat guna benang kasar tapi skrg ni dah tak rajin lagi buat semua ni nak jahit baju koyak guna mesin jahit je pun ambik masa berminggu-minggu...huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak delah... ni barang lama nih... hehe.... lani tak power dah jugak... hehe
      Mngah pun dh menyampah gak rasanya nak menjahit... tp lani oleh sbb tgh duk seronok dgn manik dan bunga sulam, gagahkan diri gak la

      Delete