Sunday, May 20, 2012

Cross stitch menggunakan benang bulu kambing

Assalamualaikum semua....
Semua pada yang masih sudi lagi menjenguk blog aku ni....:)
Kali ni aku nak publish satu lagi hasil kerjatangan aku yang berusia dah sepuluh tahun lebih dah kut.....


Inilah dia hasil menjahit crostitch dengan menggunakan benang DMC. Aku dah biasa gunakan istilah 'benang lipat'. Lukisan bahagian bakul tu lah permulaannya aku gunakan benang bulu kambing.. .

Yang ni sepenuhnya aku gunakan benang bulu. Mulanya aku buat dengan lukisan buah anggur ni dulu. Gambar anggur ni aku dapat dari seorang kawan.


Lepas tu aku mereka reka lah pula sendiri dengan lukisan ciptaan aku sendiri. Huduh piang juga la kan...

Sebab apa aku gunakan benang bulu kambing? .
Sebab utamanya ialah aku lebih suka menjahit ikut suka aku sendiri. Tak mampu rasanya aku nak menjahit cross stitch yang sedia ada tu dengan menelek2 berulangkali mengikut contoh warna dan bilangan benang yang datang dalam bentuk package tu.

Yang ni agak senonoh lah sikit sebab gambar bunga ni aku salin semula dari gambar yang aku dapat dari mana tak tau lah... Dah lupa pun... Yang ni sepenuhnya hasil dari jahitan benang  bulu.

by google
Ini gambar benang cross stitch yang sebenar. Dah lama aku tak beli benang ni. Seikat tak tau lah berapa harganya  dah la la ni... Baru tahu juga yang benang ni orang panggil benang DMC..

by google
Inilah gambar benang bulu kambing yang aku gunakan untuk buat cross stitch gila gila aku tu... Dulu2 aku ingat harganya dalam seringgit dua kupang ke seringgit enam kupang sahaja waktu aku mula2 belajar mengait dulu. Lani aku beli dengan harga seketul RM2.00. Tak ingatlah pula jenama apa..

4 comments:

  1. cross stich ni dulu pernah jadi kegilaan..tapi ana memang tak reti lah..heheh

    ReplyDelete
  2. mak ngah pun tak terbuat dah benda2 ni semua kot.... rasa2 dah bawa turun gambar2 ni semua, macam tak mau pasang balik lah..:)

    ReplyDelete
  3. mak ngah, saya baru nak blaja benda ni..dah reti buat..tapi nye lukisan yg dlm kotak, petak2 mana nak dpt mak ngah?sy buat imaginasi sendiri je, tp x jd la =(

    ReplyDelete
  4. Kalau dekat A. Setar makngah penah tengok ada jual kat kedai hiasan yg ada jual aksesori untuk buat hantaran dan pelamin tu. Lebih senang dan cantik guna yg ini sebab set dia lengkap ada no. benang untuk pilihan warnanya.

    ReplyDelete