Thursday, April 14, 2011

Pulut kukus tamban tergeliat



Ini sarapan pagi Jumaat lepas. Orang Kedah kata 'menyorok pulut'. Lawan dia mesti dengan air kopi pekat. Kopi tu dapat neutralkan rasa mengantuk yang diakibatkan oleh memakan pulut, agaknyalah.

Ini menu feveret orang dulu2. Orang dulu2 menyimpan padi yang akan dijadikan beras di dalam jelapang atau paling kurang pun dalam kepuk di rumah masing2. Jadi balik2 keja duk ulang balik menyorok makan pulut saja la sebagai sarapan sebelum turun ke bendang.

Dulu2 boleh dikatakan setiap kali menikmati pulut ikan kering, kami budak2 akan disulamkan dengan satu kisah yang tak dapat aku lupakan. Cerita turun temurun kut. Nak kata satu lagenda tak patut sangat... hehe.

Kisahnya begini
Seorang anak gadis sedang dirisik oleh wakil yang didatangkan khas ke rumahnya. Anak gadis ini telah dipesan oleh ibu dan keluarganya supaya duduk diam2 sahaja di dalam biliknya. Dalam masa berborak2, wakil yang bertandang bertanya kepada tuan rumah

"Menyorok apa pagi tadi?"
"ulut quih quih...!" jawab sianak gadis yang sedang dirisik dari dalam biliknya!

Oleh sebab excited melampau anak gadis tadi menjawab depa bersarapan pulut kukus lah tu.. hehe..

Maka balik begitu sahajalah situkang risik tadi. Proposal out! Rahsia dah bocor dengan sendirinya. Anak gadis yang dirisik tu sengau rupanya.

P/S : Menu asal dulu2 adalah pulut kukus, ikan tamban kering goreng dan kelapa kukur. Telur goreng dan ikan kembung goreng tu aku punya tambahan lauk... tak tau pulak pasaipa depa kata ikan tu tamban tergeliat!

4 comments:

  1. hahahaha.. aku gelak sorang2.. baca awak punya citer ni.. anak n menantu aku kehairanan..
    aku siap ajuk.. "ulut qiuh quih..

    aku dah setua ni.. tak pernah masak pulut, percaya tak..? pernah cuba sekali.. jadi bubuq.. huhu
    lepaih tu aku tak masak dah..

    ReplyDelete
  2. ini berdasarkn cerita benar dulu2 Eda, sy pun serbasalah sebenarnya... tak eloklah kan... mengata2 sesuatu kekurangan tu kan...

    ada pulut susu sekarang ni, mudh d msk..kalo nk kukus, rendam dlm 10-15min, bolehlah dikukus. Ada periuk lubang kecik2, beli kt Pdg Besar, hehe.... nk tanak pulut lak, lebihkn air sedikit (2-3mm)agak2 menutup permukaan beras pulut... tmbh minyak spy npk bkilat..agak2 lmbt msk, tonggengkn periuk (bertutup) spy bontotnya hala ke atas manakala tudung periuk pd api dpur gas yg dikecilkn apinya.

    ReplyDelete
  3. Tgh rendam pulut.ni.jgk. terima kasih bagi petua tu

    ReplyDelete