Salam.
Hari ini adalah hari yang ke16 seluruh umat Islam berpuasa bagi tahun ini. Baru hari ini tergerak hati aku untuk updated satu entri kat blog aku ni. Tahun ini nampak gayanya tak ada lagi lah siri masak memasak yang agak meriah dari blog aku berbanding yang telah lepas2...:)
Yang agak spesel pada bulan Ramadhan ni adalah aku cuba memasak Shepherd Pie. Tapi bila anak aku tanya mak masak apa? Aku cakap kat dia aku masak kentang bakar. Sedap kentang bakar ni dan elok rasanya jika diamalkan selalu dalam diet seharian.
.
Hari ini pun cuma ada sirap biru. Sirap dari bunga telang. Pernah aku terfikir nak cuba minum larutan biru ni sebab dikatakan antara khasiatnya ialah dapat melegakan insomnia.
Dah berpuasa ni aku cubalah membuatnya. Nak cuba ubah selera. Bunga telang ni tak adalah baunya yang khusus. Nak tahu penerangan lebih lanjut bagaimana cara membuatnya bolehlah klik dan dapatkannya DARI SINI. Terima kasih diucapkan kepada tuan blog Tanam Sendiri ini sebab ada banyak lagi entri beliau mengenai bermacam-macam jenis tumbuhan.
Aku letak aje gambar sekuntum bunga telang kat sini dari pokok bunga telang yang aku tanam kat rumah aku. Cantik sangat aku rasa rupanya tu..:))
lama mak ngah tak update,skali updat enak buat ayaq aih smpai 2 jenih..
ReplyDeletehe he he.. air sirap sebenar dah habis buat buka puasa,..yg gambar kt atas tu makngah bawa pi bancuh lain kat tempat kerja... :)
DeleteBukan sahaja cantik tapi menyihatkan badan terutamanya yang diperah limau nipis segar.
ReplyDeleteHari tu tengok TV ada orang Okinawa buat jus kelopak bunga raya. Banyak benda boleh dibuat jus2 minuman... tapi minuman ada perasa dan pewarna tiruan juga yang orang hendak minum.
Bulan puasa kali ni saya cuba masak Acar Limau Nipis... nak buat memang renyah tapi sedap menambahkan selera makan. Kalau Mak Ngah dekat boleh hantar semangkok.
Selamat berpuasa!
limau nipis mmg bagus untuk vitamin C...:)
Deleteowh yakah?...kelopak bunga raya boleh dibuat jus?... makngah rasa macam nak cuba buatlah... apa rasa agaknya...
terima kasih atas ingatan... rajinnya Shah masak acar limau nipis, makngah pun selalu ada cita2 ke arah tu juga, tp hanya tinggal cita2 sajalah..:)...mak ngah pun bulan puasa selalu kena ada acar limau nipis,tp dah makan yg dijual orang, lain2 tuan yg membuatnya,rasa dia pun mcm2 rasalah... hehe