Sunday, March 24, 2013

Masak lemak pucuk labu

 Bahan
Seikat pucuk labu - siang buang sedikit lapisan nipis pada sulur ranting pucuk labu.
Santan, bawang besar, bawang merah, sedikit halia, sejemput ikan bilis, garam dan perisa.

Masakkan santan bersama bawang, bilis dan halia. Bila santan mendidih, masukkan pucuk labu. Bila hampir masak masukkan garam dan sedikit perisa. Dah masak, masukkan pati santan semasa kuah tengah mendidih. Bila pati santan mula mendidih sekali lagi, angkat periuk dari api. Boleh dihidangkan.

Sejak ternampak masak lemak sayur pucuk labu kat blog Menu Ariezah Aris, aku  dah mengidam nak makan sayur manis masak lemak pucuk labu. Tapi penangguhan aku tu memakan masa yang agak lama sebab aku tak tau mana nak dapatkan pucuk daun labu. Aku jarang pergi pasar malam atau ke pekan sehari. Maka oleh kerana itu biji labu yang  buahnya aku buatkan sira labu, aku semaikan dalam pasu supaya ia tumbuh, dan aku nak merasa pucuknya pulak. He he. Gigih tak aku?
Oleh sebab aku dapat pucuknya beberapa tangkai sahaja, maka aku buatkan sayur ini dengan lebih berhati-hati. Aku masukkan bawang besar, bawang merah ikan bilis dan halia secukup rasa. Bukan apa. Bimbang terlebih dos. Ter over dose lenyap pulak perisa pucuk labu nan asli tuh...
Sedap ke? Ehemm. Sedaplah sayur manis  pada deria rasa orang kampung macam aku nih. :)

4 comments:

  1. Salam makngah... Tima kasih mencuba bagi org nogori masak lemak putih sesuai mkn dgn sambal gesek nnti cuba wat sambal lak ya tapi awas berapi lidah nnti..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam CT. Betul tu tentu sedap makan masak lemak dengan sambal dan ikan kering goreng. Makngah pun suka nanti nak buatlah sambal gesek yang pedas berapi tu. :)

      Delete
  2. Salam kenal mak ngah,

    sedapnya masak lemak labu tu. Susah jugak kalau nk carik pucuk labu kecuali di pasar2 yang jual sayur2 yang susah nak dapat. Nak senang kene tanam sendiri la jawabnye. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal buat Ibu Qistina. Terima kasih.
      Masak lemak labu tu dah lama mengidamnya... :)
      Makngah suka tengok blog ibu Qistina lagi banyak menanam berbagai jenis pokok. Buat gubahan hantaran pun cantik2 belaka.

      Delete