Saturday, May 25, 2013

Bagaimana mengukur dan menjahit sarung kusyen

Mungkin suatu hari anda pernah terfikir untuk menukar corak dan warna sarung kusyen anda. Sarung kusyen yang siap dibeli dari kedai biasanya akan mempunyai corak yang hampir serupa dan sekata semuanya.

Begini saja caranya. Ambil sarung kusyen anda yang lama. Buka dan tetaskan jahitannya. Hati2 ya. Tapi kalau dah terkoyak siket semasa kerja2 tu janganlah risau. Anda dah hampir nak dapatkan sarung kusyen yang baru dan cantik untuk raya yang bakal tiba tak lama lagi. He he. Tak jaminlah jika ini adalah pengalaman pertama anda nak cuba belajar menjahit...!

Selepas siap dibongkarkan sarung kusyen yang lama tu, gosokkan dengan seterika jika ia agak berkedut. Kemudian bentangkannya di atas kain yang baru anda beli dari kedai. :). Semat dengan peniti. Jika sudah berpuas hati, bolehlah mula mengguntingnya. Inilah cara paling mudah untuk mendapatkan pola dan ukuran yang hampir tepat. Guntingkan kain mengikut contoh sarung kusyen di atasnya. Jika anda masih ragu2 bolehlah mencubanya pada kain basahan dahulu. (kain batik atau selimut lama yang sudah tidak digunakan lagi). Kalau rosak, taklah rugi sangat kan...?

Macamana cara nak menjahit dan langkah2 seterusnya?. Tak dapek lah den nak nolong nyer melalui blog ni... Tanya sajalah pada rakan, sahabat, mak, nenek, mak sedare atau sapa2 yang pernah ada pengalaman menjahit!.
Basi untuk kelim di bucunya atau cara untuk memasang zip boleh saja mengikut pada contoh sarung kusyen yang sudah ditetaskan itu. Ia mudah saja pada yang pernah ada pengalaman menjahitlah.

2 comments:

  1. Salam mak ngah.... Tima kasih le bagi ilmu yg sedikit ni walau sikit byk manfaatnya... Dah lama teringin nak jahit sendiri sarung kusyen nmpaknya leh le mencuba ikut cara mak ngah ni.

    ReplyDelete
  2. Wksalam dan terima kasih CT. Hilang rindu sekejap bila CT menjenguk ke sini. Makngah tahu Ct pasti akan berjaya menjahit sarung kusyen yang baru untuk raya tahun ni!

    ReplyDelete