Followers

Thursday, May 23, 2013

Bingka Ambon baru menjadi!

Pertamakali aku buat kuih bingka ambon, rasanya lembut dan sedap. Yang ni rupanya baru betul2 menjadi.
Sengaja mencuba lagi sebab ada lebihan santan pekat dalam peti ais. Menggunakan setengah sukatan adunan beserta 3 biji telur ayam.

Selalunya kalau aku memasak dengan berhati2 dan penuh harapan, hasilnya kurang menjadi. Petang itu lepas balik kerja, badan dah penat dengan  cuaca yang panas melekit, preparation aku jadi lintang pukang. Langkah awal aku dah  buat silap. Aku perap yis bersama gula dan air suam tanpa masukkan tepun gandum. Silap kali ke dua aku campurkan tepung ubi terus bersama gula. Macamana nak pukul gula bersama telur ayam supaya telur ayam naik menjadi kembang. Itu yang buat aku fed up!

Last sekali aku pukul adunan dengan penimbuk teluq tanpa gunakan blender. Lepas tu aku tertidur. Jadi rasanya aku perap adunan ni hampir tiga jam. Aku dah pasrah dan tidak lagi peduli samaada ia akan menjadi atau tidak. Cuma nyaris aku tak buang sahaja tanpa cuba membakarnya. Jadi aku panaskan terus saja periuk bengkang berisi adunan perap ni di atas dapur gas tanpa gunakan oven seperti dulu.

Wah. Tak sangka pulak ia betul2 menjadi!. Kawan aku kata macam sarang anai2. Macam sarang semut pun ada. Liang2 rongganya meletus keluar hingga ke permukaan atas bingka. Cuma tergaring sedikit tu sebab aku biarkannya sahaja di atas dapur tanpa cepat2 memadam apinya walau dah ada terbau sedikit hangus....:)

Untuk panduan aku di masa hadapan untuk membuat bingka ini betul2 sedap, gunakan santan betul2 pekat beserta  ibu roti atau yis jenama Mauripan.

2 comments:

  1. Wah...seronok kan Mak Ngah kalau masakan kita menjadi. Ni nak kena buat ni. Teringat pula bingka ambon yg dibeli suami ketika ke medan 2 tahun lepas. memang sedap tp tak tertahan makan byk sebab over manis!

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat merasa bingka ambon asli dari Medan! Resepi yg makngah dpt ni taklah manis sangat. Makngah pun dah kurangkan sukatan gulanya jadi rasa manis2 buah ajalah. Bolehlah cuba membuatnya nanti :)

    ReplyDelete