Terjeruklah sudah anggur Malaysia dalam balang plastik ni. Di bulan2 puasa ni mana dan nak rilex2 mencicip menikmati buahan jeruk. Dapat tayang2 kat dalam blog ni pun jadilah... Hehe. Air gulanya memang rasa dah manis melecas dah...
Hasil tuaian anggur dari anjung depan rumah aku. Adalah seberat setengah kilo. Masamnya yuk!. Malas aku nak bungkus2 buah ni dan tunggu sehingga ianya masak di pokok. Ia selalu hilang sebiji demi sebiji. Aku syak ni tentu angkara burung2 yang rajin mai duk bersiar2 makan angin di sekitar kawasan rumah aku.
Aku buat jeruk simple mengikut yang selalu dibuat oleh seorang rakan di tempat kerja aku dahulu.
Biasanya lepas buah dikupas dan dibersihkan, dia celur sekejap dengan air panas. (Curahkan terus sekali lalu air panas ke dalam penapis loyang yang berisi buah yang sudah dibersihkan). Proses basmi kuman le tu. Balang tempat isi jeruk pun kena siram air panas untuk basmi kuman juga. Lepas dicelur, sejat dengan penapis. Kemudian masukkan buahan tadi ke dalam air gula pekat yang sudah dimasak dan kemudian disejukkan. Simpan dalam peti ais. Jika balang jeruk tidak disimpan dalam peti ais hati2 semasa mengambil buah untuk dimakan. Hendaklah menggunakan sudu yang betul2 kering dan bersih. Jeruk ini tiada bahan pengawet!
Kala malas nak masak air gula dia gaulkan terus cepat2 buah2 yang baru dicelur dengan gula pasir biasa. Letak sedikit garam agaknya. Simpan dalam peti ais barang sejam dua, lepas tu cerah! Apa yang cerah? Dah ada yang rajin menjeruk, terhidang depan mata, ramailah yang mengidam nak makan pulak kan...Sedap bila aku teringatkan jeruk mempelam dan jeruk buah pala segar dari Penang yang dia buat.
Jeruk anggur aku kat atas tu cedera siket laa.. Sepatutnya aku belah dulu buah anggur tu. Tula pasai agaknya air gula tak boleh nak serap masuk melalui kulitnya yang agak tebal tu.
Sekarang ni mendiang dah tak ada lagi. Ada masa aku terkenangkan perilaku beliau yang peramah, rajin, sentiasa bersedia berkhidmat, baikhati dan paling tak suka buang masa menceritakan kekurangan orang lain!
Ada sesiapa tak yang kenal dengan buah ini? Haa nilah buah yang selalu aku ingat nak serupa dengan buah anggur. Namanya buah lakum. Kecik2 dulu ada banyak kat keliling kawasan rumah aku di kampung. Misteri buah ni samaada ianya boleh dimakan ke tak, tu yang aku teringin nak terjah jika berkesempatan...
Hasil tuaian anggur dari anjung depan rumah aku. Adalah seberat setengah kilo. Masamnya yuk!. Malas aku nak bungkus2 buah ni dan tunggu sehingga ianya masak di pokok. Ia selalu hilang sebiji demi sebiji. Aku syak ni tentu angkara burung2 yang rajin mai duk bersiar2 makan angin di sekitar kawasan rumah aku.
Aku buat jeruk simple mengikut yang selalu dibuat oleh seorang rakan di tempat kerja aku dahulu.
Biasanya lepas buah dikupas dan dibersihkan, dia celur sekejap dengan air panas. (Curahkan terus sekali lalu air panas ke dalam penapis loyang yang berisi buah yang sudah dibersihkan). Proses basmi kuman le tu. Balang tempat isi jeruk pun kena siram air panas untuk basmi kuman juga. Lepas dicelur, sejat dengan penapis. Kemudian masukkan buahan tadi ke dalam air gula pekat yang sudah dimasak dan kemudian disejukkan. Simpan dalam peti ais. Jika balang jeruk tidak disimpan dalam peti ais hati2 semasa mengambil buah untuk dimakan. Hendaklah menggunakan sudu yang betul2 kering dan bersih. Jeruk ini tiada bahan pengawet!
Kala malas nak masak air gula dia gaulkan terus cepat2 buah2 yang baru dicelur dengan gula pasir biasa. Letak sedikit garam agaknya. Simpan dalam peti ais barang sejam dua, lepas tu cerah! Apa yang cerah? Dah ada yang rajin menjeruk, terhidang depan mata, ramailah yang mengidam nak makan pulak kan...Sedap bila aku teringatkan jeruk mempelam dan jeruk buah pala segar dari Penang yang dia buat.
Jeruk anggur aku kat atas tu cedera siket laa.. Sepatutnya aku belah dulu buah anggur tu. Tula pasai agaknya air gula tak boleh nak serap masuk melalui kulitnya yang agak tebal tu.
Sekarang ni mendiang dah tak ada lagi. Ada masa aku terkenangkan perilaku beliau yang peramah, rajin, sentiasa bersedia berkhidmat, baikhati dan paling tak suka buang masa menceritakan kekurangan orang lain!
Ehsan google |
No comments:
Post a Comment