Followers

Sunday, July 28, 2013

Kolagen rumpai laut paling sedap!

Macamana  cara nak olah supaya rumpai laut sedap dimakan?
Sebelum  ni aku pernah buat post cerita pasal kerabu rumpai laut.Tapi hari ni aku nak cerita kat sini cara yang paling mudah dan sedap untuk menikmati rumpai laut ialah hidangkannya ke dalam sos ikan. Sos ikan? Sos ikan tu ialah budu. Siapa yang minat budu tentu tahu menikmatinya!
Aku pernah cuba makan rumpai laut yang dimasak menjadi  cair serupa agar-agar kemudian  dicampur dengan lain2 perisa. Tapi rasanya tak termakan aku....

Rumpai laut aku ni asalnya berwarna ungu. Dah lama disimpan aku pun dah hampir terlupa akan  kewujudannya. Bercampur pula dengan kuah budu ni, nak jadi ala2 masak kicap la pulak.

Macamana cara nak buatnya. Senang ja.
Rendam rumpai laut kering lebihkurang 6 jam. Cuci bersih hingga hilang baunya. Potong. Campurkannya dalam budu. Gaul lagi bersama bawang hiris dan cili api potong. Perahkan asam limau. Gaul sebati. Siap.

4 comments:

  1. Kakak sy pernah beli rumpai laut yg dah siap di masak dia letak dlam tupaware..tengok mcm agaq2..tp bila bau.. Allah..mcm ikan hanyir yg dah mati,,last2 buang camtu ja xtermakan..mmg bau dia camtu ke? sbb xpernah pulak try masak sndiri yg kering..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yala mcm ada bau2 hanyir air laut juga. kena cuci banyak kali kurang la siket baunya. rendam dlm air bertapis lebih baik,.. lagi baik proses sendiri sbb rumpailaut kering yg kita rendam tu akan kembang jadi 3X ganda banyaknya.

      Delete
    2. agaknya org yg jual tu xcuci dgn betol sbb tu bau dia kuat sgt..main jual ja asal dpt untung sudah.. sy ingatkan benda tu dah basi sbb tu bau mcm tu.. huhu terus buang.

      Delete
    3. agaknya rumpai laut kering yang direndam dengan air paip bercampur dengan bau hancing klorin kot.. makngah rendam dgn air bertapis kurang siket baunya, lepas tu cuci lagi byk kali hingga hilang baunya, insyaallah..

      Delete