Followers

Friday, July 19, 2013

Nasi rēndang menggamit sahur

Dah aku google rēndang. Sebutannya e tanda. Bukannya e pepet  seperti pokok yang 'rendang'. Yang aku terjumpa ialah nasi yang dimakan bersama dengan rēndang ayam atau rendang daging. Betullah tu.

Saja nak tambah~ dari Kamus Dewan aku dapat satu perumpamaan lama: Termakan chirit rēndang. Ertinya termakan ubat guna2 maka dikuasai orang.
Lain-lain : rendang bērteh, rendang kacang.

Zaman kecik2 kat kampung aku dulu kalau cakap pagi2 menyorok nasi rēndang semua orang boleh faham. Teringat aku meruap wanginya bau bawang merah goreng nasi rendang  yang sedang digoreng oleh arwah nenek aku memenuhi ruang dapur rumah kami. Biasanya ia adalah nasi sejuk yang dipanaskan semula. Tumiskan beberapa ulas bawang merah kecil india bersama sedikit minyak. Masukkan nasi. Taburkan sedikit garam halus. Kacau. Siap sudah boleh dihidangkan.
Sekarang ni bulan puasa. Di mana2 pun rasanya bila kaum wanita rancak bersembang akan timbul satu tajuk paling popular. Apa nak masak untuk bersahur?. Dah tak lalu.. Dah tak tau nak masak apa.... Cuma makan roti dan minum air. Atau langsung tak makan apa2 kecuali makan kurma dan minum air. Bagus tu! Ikut sunnah nabi...
Tahun  ni rakan2 aku nak bersembang pasal masak memasak ni dah berkurang. Maka sering teringatlah aku pada sorang rakan semeja aku di tempat lama dulu. Kerap sungguh dia kempen aku buat nasi rendang. Kata dia simple saja. Dia juga yang kempen aku buat puding telur gula hangus. juga lidah cicah air asam.
Dia selalu gunakan planta/margerin untuk menumis bawang. Tapi nasi goreng aku yang kat atas tu pagi tu aku dah tersauk ambil minyak masak untuk menggoreng.
Dia kata walau simple tapi tidak pernah mengecewakan. Memang betul. Tak la terasa tawar serupa makan nasi air yang biasa tu. Macam ada lemak2 sikit. Ha ha. Tahun ni aku dah betul2 tersampuk. Tiap2 pagi buat nasi rendang!
Kawan aku tu cakap suami dan anak2 dia suka makan nasi rendang ni bersama air asam. Atau masak lauk tumis asam. Lain2 lauk boleh ubahsuai seperti telur goreng/ikan gelama masam  goreng/ daging goreng/ pekasam goreng/udang kunyit goreng/ayam goreng/nugget goreng/sardin goreng.... and so on... 
Aku pun tak pernah tengok ler macamana rupa sebenar nasi rendang kawan aku tu. Nasi aku tu pun togel jer rupanya sebab time2 sahur ni bukannya masa yang sesuai untuk bergambar bagai...:) :)  :)

No comments:

Post a Comment