Followers

Saturday, September 7, 2013

Sulam Kamal Kadai (6)

Assalamualaikum..
Agak aku, aku rasa macam aku dah khatam belajar sulaman kamal kadai. Dah agak puas aku bermain dengan benang dan jarum melayan seni  sulaman dari India ini.
Sulaman pada bahagian bawah baju kurung ini pun dah lama siap, cuma hari ni saja aku rasa terdaya untuk letak gambarnya kat sini. Macam tak ada pun sesiapa yang sudi berminat dengan bunga sulam ini. Hu hu hu... Pada aku enjoy dan cantik juga bunga sulam ini...
Gambar ini menunjukkan peringkat awal bagaimana cara aku menyulam.
Gunakan jarum yang bersaiz agak besar sesuai dengan saiz benang yang digunakan. Untuk melilit benang seperti di atas, halakan bahagian kepala jarum untuk memudahkan kerja2 menyulam.
Ulangi sehingga menjadi satu kelopak bunga. Biasanya sekuntum bunga ada 4 kelopak bunga.

6 comments:

  1. masa kecik kecik dulu saya rajin buat sulam ni . buat atas saprah

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ ada rupanya yg minat sama dgn Makngah. ... Collection kat blog lil' Ashley semuanya cantik! I like..

      Delete
  2. Salam Makngah,
    bila buat sulaman mcm ni, kain yg kita nak sulam tu kena taruk satu lapisan lagi tak (tak tau apa nama kain tu, yg tampal kat bahagian belakang kain yg nak disulam) supaya keras sikit? atau tak perlu? Sulaman Makngah cantik, kain disulam tak nampak 'tertarik' walaupun sulam atas kain licin..apa rahsianya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. makngah guna buluh bulat (orang sini panggil ram) yang ada skru laras tu. Ada juga yang dibuat dari plastik. Masukkan ram bhg atas n bawah kain, kemas kain biar tegang siket baru mulakan jahitannya.

      Delete
    2. tq..tq..makngah...nanti nak cuba try test..hehe...

      Delete