Followers

Saturday, September 28, 2013

Bilai dan ikan puyu

Lepas perkataan kelemboi aku tambah lagi perkataan bilai. Aku pun tak tau ejaannya bilai atau pun bilal. Tapi ini  bukan bilal yang kat surau atau pun yang kat masjid tu.




Ya betul. Yang kat sebelah kiri tu memang sejenis bilal juga... Tapi malulah nak pos gambarnya biar jelas kat sini....hehe
Ini ialah bilal dan ikan puyu. Bilal adalah sejenis  alat untuk menangkap ikan air tawar. Entahlah. Orang kampung aku menyebutnya macam tu. Ikan puyu kat sebelah tu telah terperangkap masuk ke dalam bilal ni. Sekali angkat dan cek, dapatlah dalam 7 ke 8 ekor! Lumayan juga kan....?
Ikan2 ni sengaja dipelihara kat dalam kolam lama ni. Masih ada peminat yang nak membela ikan puyu kan..?
Tenang juga tengok ikan puyu ni berlegar2 kat dalam kolam permainannya ni.... Aku abaikanlah nak bercerita mengenai ikan puyu mistik yang sering dikaitkan dengan pontianak dan toyol di malam2 hari macam ni...  
by google
Ni salah satu contoh gambar bilal yang aku google dan pinjam letak kat sini. Terima kasih tak terhingga pada yang upload gambar ni. Jenuh juga aku nak mencari gambarnya. Ni semua akan jadi bahan sejarah belaka.
by google
Gambar yang ni best. Buatnya kalau sekali angkat ja dapat ikannya sebanyak macam ni, tak ke seronok? Jenuh pulaklah nak siang ikan2 ni. Buat pekasam sedap ni... 4  ekor maunya RM4.00 kot....?

4 comments:

  1. woww bestnya kalau dapat ikan mcm kt bwh sekali tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup mmg best.... tu agaknya yg org duk kata 'hantu ikan' ...

      Delete
  2. Salam perkenalan Mak Ngah,

    Orang tua-tua kata bela ikan puyu ni dapat elakkkan daripada di pukau. Tak tahu la betul ke tidak. Yang penting kita percaya Allah yang memelihara kita ya tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali..
      Betul tu segala yang buruk baiknya datang dari Allah jua.. makngah dah terserempak dengan banyak ikan puyu ni, bela aja lah... :)

      Delete