Followers

Sunday, September 27, 2015

kebun bawang yang comel

Ini kebun bawang besar ku yang pertama. Kenapa? Hee.... manalah tahu kut suatu hari nanti aku nak tanam pokok bawang kecil India pula kan...
Seorang pengguna laman sosial memuat naik cara menanam pokok bawang menggunakan bekas sarang telur dengan gambarnya sekali. Pokok bawangnya sangat subur dan cantik dengan kapsian berbunyi, "cuma basahkan sarang telur sahaja"

Selepas sehari menyusun ulas bawang, aku baru perasan setiap sebiji sarang telur yang berisi seulas bawang dilimpahi penuh dengan air. Rupanya air bertakung dalam sarang telur disebabkan oleh air yang aku siram bercampur sekali dengan air hujan!..
 Untuk mengelakkan air bertakung, aku buatkan lubang pada setiap bekas yang mengisi anak pokok bawang. Apalagi, bila hari panas terik, sarang telur menjadi kering. Akibatnya hujung daun anak pokok bawang aku pun ikut kering dan kurang kesegarannya.
Jadi pada pendapat akulah, tanaman ini mungkin paling sesuai jika diamalkan di bawah bumbung dan sentiasa berada pada suhu yang sederhana.
Ini gambar pada permulaan aku menyemai. Gambar kat atas pula ialah anak pokok bawang yang berusia 16 hari. Ada bawang yang busuk. Baunya kurang enak. Ada juga kulat yang bewarna keputihan bertumpuk-tumpuk.

No comments:

Post a Comment