Followers

Wednesday, September 16, 2015

sukarkah menyediakan Puding Diraja?

Baru dua kali aku cuba menyediakan puding raja. Kali pertama rasa bergerun juga sebab belum boleh ingat apakah bahan utama dan penting sebagai rencah nak sediakan puding ini. Siap dengan rasa kecewa sebab aku gagal dalam percubaan pertama kali buat jala mas.
Pada pengalaman aku lah, rumit lagi nak buat nasi kerabu berbanding dengan nak buat Puding Diraja. Perkara penting yang buat leceh nak sediakan puding raja hanya pada cara nak buat jala mas. Jika anda dah pas cara nak buat jala mas, tak ada lagi masalah nak sediakan puding ini. Nak buat sos kastadnya tentulah tidak menjadi masalah besar lagi. Bahan2 hiasan tabur yang hendak disusun bukan susah mana. Ia terdiri dari buah prun, kismis, biji gajus, ceri merah dan hijau. Strawberi segar aku belum cuba masukkan lagi.               Aku agak kalau anda berada di bumi Kelantan, kerja lagi mudah sebab kat Kota Bharu kueh jala emas boleh dibeli saja dekat pasar. Berkenaan dengan pisang lemak manis, aku gantikan dengan pisang emas. Ada yang bagi cadangan boleh juga gunakan pisang emas.. :) . Memanglah rasanya tidak menepati tapi tunggulah sehingga pencarian aku berjaya menemui pisang lemak manis..:).
Aku letak siket aje jala emas dalam hidangan aku ni sebab aku tak tahu apa rasa kueh jala emas yang aku buat. Bimbang rasa sangat manis atau bau telur itik yang hanyir. Rupanya tidak. Rasa sedap ajer. Sos kastadnya kurang manis. Sebelum mulakan operasi menjala, air gula yang dimasak diletakkan dahulu daun pandan dan bunga cengkih untuk hilangkan bau hanyir telur itik. Lebih baik gunakan telur itik berbanding telur ayam sebab warna kuning telur itik lagi menawan. Aku agak kalau guna telur burung unta lagi power kot...Rahsia ramuannya ialah untuk 1 liter air, masukkan gula sebanyak 500gram. 
                                                                  Jika anda nak tahu cara penyediaan puding diraja lebih lanjut silalah layari blog ini http://spicesjourney.blogspot.my/2012/06/perjalanan-puding-rajaku.html

2 comments:

  1. mak ngah, nama lagi puding raja kan..royal gitu.. tak pernah lagi merasa makan puding raja ni, teringin sangat nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... puding royal gitu... cuba lah ana, sedap nih..

      Delete