Followers

Monday, September 21, 2015

Singgang ayam

                                                                      
Sehari dua ni dapur rumah aku asik terbau kan aroma lauk singgang.
Langkah mula aku teringinkan singgang maman. Daun maman susah nak dapat. Aku cuba kutip daun maman dari kampung. Aku tanya nenek yakni seorang tua yang dah tentu banyak prngalaman hidup kat kampung aku tu. Dia cakap yang aku kutip tu maman hantu. Boleh makan ke maman hantu ni, aku tanya dia.
Dia jawap "tak tau la... Orang tak makan aih.. Sat lagi kut gatai mulut ka lagu mana ka... tak tau laa..."

Aku cuba juga buat singgang maman yang dimasak bersama dengan daging yang bercampur sedikit lemak. Rasanya ok juga. Cuma ada sedikit rasa pahit daun maman hantu.. 
Akhirnya dah tak ada daun maman, aku buat singgang daging sahaja lah...
Rasa singgang daging pun ok juga.

Bila dah tak  ada daging aku cuba gunakan ayam. Rasanya pun ok juga. Sebab cukup rasa asam garamnya kut. Cucu-cucu pun suka makan. Digaul dengan nasi panas. Sebab ada sedikit2 rasa asam kut.. 
Rupanya bila search kat google, memang ada pun resepi ayam dimasak singgang. Hu hu hu..
Ada sesapa teringin nak buat singgang maman? 
Sila klik kat blog ini:

No comments:

Post a Comment