Saturday, July 23, 2011

Kerabu belimbing buluh



Bahan2
Buah belimbng buluh segar, bawang merah, cili api, sedikit garam dan belacan.

Hiris buah belimbing buluh nipis2. Picitkan belacan, cili api dan garam. Gaul sekali dengan bawang merah. Selepas beberapa ketika jus air belimbing akan keluar menjadi kuah. Tidak perlu tambah air.


Buah belimbing buluh ini tak berhenti berbuah. Letih dah aku nak rebus lagi. Baru2 ni aku gunakan api perlahan semasa merebus, padahnya sehari semalam baru siap.


Cili api ni pun sama. Pokok tumbuh kat tepi jalan. Dah tiga kali tumbang masih daya bangun lagi. Aku tambat saja kat tiang letrik.


Apam gula hangus

Bahan2 1 cawan gula# 1/2 cawan air#......#untuk buat gula hangus/karamel 1 cawan gula halus 2 biji telur ayam 1 cawan santan agak pekat 2 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh soda bikabonat
Cara buat gula hangus Panaskan 1 cawan gula pasir perlahan2 atas api. Bila gula cair dan bertukar menjadi coklat, padamkan api. Curahkan 1/2 cawan air tadi secara perlahan2 kepada gula hangus tadi. Hasilnya ialah 1 cawan gula perang. Sejukkan. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan gula hangus pada adunan gula&telur yang sudah kembang. Tambah tepung. (Ayak baking powder dan soda bikarbonat kedalam tepung. Kacau tepung dan bahan penaik hingga betul2 sebati. Ayak campuran ini sekali lagi) Akhir sekali masukkan santan. Kukus selama 30 minit atau sehingga kuih masak.
 Gunakan aluminium foil untuk menutup bahagian atas loyang supaya air kukusan tidak jatuh pada adunan kuih. P/s:- Tapi aku terlajak kukus hingga 25 minit..:) (Resepi asal gunakan sukatan gelas. Jika gunakan sukatan gelas, gunakan 3 biji telur dan 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda) Boleh gantikan santan dengan susu segar Aku kurang suka beli atau makan kuih apam gula hangus. Selalu terbeli yang pahit, agaknya mungkin sebab terlebih soda. Resepi ini aku minat nak cuba sebab ia gunakan santan sebagai lemak. Kecik2 dulu aku selalu alami cirit birit selepas malam raya. Sebabnya? Berhari raya dengan memakan biskut dan kek buat perut aku meragam. Kecik2 dulu aku alergik pada margerin dan planta. Usus origin kampunganlah katakan!

Wednesday, July 20, 2011

Masak tempoyak kepala Ikan Gerut-gerut

Bahan2
Kepala ikan gerut2
Tempoyak, cili api, daun kesom, kunyit hidup, bawang merah/putih, serai, petai dan bunga kantan.

Tumbuk cili api bersama kunyit hidup dan bawang. Masukkan dalam periuk. Masuk air, daun kesum, bunga kantan, serai, isi buah petai dan tempoyak. Jerang hingga kering sedikit airnya. Masukkan garam dan tambah perisa.



by google

Ini gambar ikan gerut2. Aku pun tak berapa kenal nama ikan yang besar2. Anak aku bawa balik 2 ekor ikan ini. Dia kata dia beli ikan ghut-ghut. Aku kata mana ada ikan ghut2. Dia kata orang jual ikan tu cakap. Nampaknya budak ni dengar bunyi yang hujung2 saja. Aku gelak.
Tapi rasanya masa aku kecik2 kat kampung aku dulu selalu aku dengar orang sebut ikan gudgud. Yang ni la kut...
Isi dah digoreng dan habis dimakan. Dua kepala ikan yang tinggal aku buat masak tempoyak.



by google
Apsal ada gambar ini kat sini?
Inilah gambar taugeh kasar. Waktu dekat pantai timur dulu banyak orang jual taugeh ini. Kat sini tak pernah aku nampak. Tapi dah sebulan aku masih duk cari taugeh ini nak buat masak tempoyak. Kakak kat pasar malam tu terpinga2 bila aku buat2 tanya taugeh kasar. Taugehnya memag tak ada. Tapi aku saja2 tanya. Hehe. Kakak angkat aku yang ajar aku buat kuih koci tu masak tempoyak campur taugeh ini.

Dah dua kali aku beli kacang soya untuk buat taugeh. Tengok cara2 buat taugeh dari assigment last sem sorang pelajar. Budak tu kata langkah pertama hilangkan bahan kimia pada kacang soya dengan clorox. Aku tak ada clorox, aku guna dettol!.
Kali kedua aku gunakan air suam. Tapi air suam aku tu terlebih suam kut.
Kali ketiga aku gantikan kacang soya lain yang dibeli dari kedai runcit. Kacang soya yang mula2 beli dari pasaraya. Rendam dengan air masak mati pun masih belum biak taugehnya. Semuanya masam dan berbuih. Itulah aku curahkan perasaan kat sini. Cerita pasal tanam taugeh. Hahaha.

by google

Ini gambar taugeh biasa. Taugeh ini dibuat dari kacang hijau.

Saturday, July 16, 2011

Kuih Keladi



  
2oz=60gm, 6oz=180gm

Dah lama aku nampak resepi ini dalam buku SRT tingkatan 3. Suka tengok gambar dan teringin nak makan. Tapi awat la cikgu tu pilih kuih lain. Rasanya kami masak lengkung cermin (agar2 santan) atau kuih badak keledek. Cetakan pertama buku ini ialah pada tahun 1973!

*1 1/4 pain = 625 ml.

Tak tau la sapa yang pi boh warna hijau kat gambar kuih nih! >_<


Garam lada
2 butir lada merah, 1 camb. cuka
1 butir bawang putih, 1/4 camt. garam
2-3 camt. gula

Tumbuk lada dan bawang putih sampai lumat.
Masukkan garam, gula dan cuka ke dalamnya dan kacau hingga rata.
Bubuh perisa hingga sesedap rasanya dan hidangkan.

P/S aku gunakan cili api dan tambah sos cili.
Wah!! Patutlah cikgu dulu tak mau masak kuih ni, sedap rupanya! lain kali kena masak lagi lah.

Masak lemak campuran

Bahan2
putik jagung, daun cekur manis
rebung segar, labu(direbus)
udang kering, Keledek(direbus)
santan segar, bawang besar/kecil//putih
cili besar/cili api, halia, garam, ajinomoto.

Tumbuk semua~ bawang besar/kecil/putih/, halia dan udang kering.
Masukkan bahan tumbuk dalam periuk tanah. Tambah labu, rebung, keledek, cekur manis, jagung muda. Tambah santan.
Masak selama 15-20 minit. Sebelum angkat masukkan sedikit garam.

Resepi ini dah lama aku simpan. Belum cuba masak sebab malas nak berkisah dengan bahannya yang pelbagai. Hari ni baru betul2 cari bahan dan masak. Ini pun belum lengkap sebab belum masukkan rebung.

Rasanya aku dapat resepi ini dari siaran tv di bulan ramadan yang entah bila. Dah boleh agak rasanya sebab bahannya nampak istimewa. Anak aku tanya mak boh gula ka? Mana ada eh. Bahan sayuran yang digunakaan memang selalu digunakan untuk buat sayur manis. Aku cuma masukkan sedikit garam dan ajinomoto. Mudahan senyum pun kian bertambah manis! hehe



Pokok asin2 kat rumah aku. Gambar pokok lepas hujan.



Wednesday, July 13, 2011

Award Ke Dua


Assalamualaikum

Pertama
Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan pada sahabat baik aku Si Eda sebab sanggup bagi award kat aku. Beautiful award blogger? Haha. Hitam gelap warna blog aku, belum ada lagi ropol2 atau sekuntum bunga pun untuk hiasan!

Kedua
Pada siapalah nak aku sambungkan pemberian award yang seterusnya ni? Sapa2 pun boleh detec yang blog aku ni asyik berinteraksi dengan orang yang sama kan? Nak pusing bagi balik award ni pada awak semula boleh tak Eda? Hehehe..

Ketiga
Pada anak perempuan akulah aku dedikasikan resepi masakan2 dari blog aku ni. Dah kat meja makan dia suka tanya "Mak masak apa mak?... Mak boh apa lagi mak..? Kemahiran utama anak perempuan aku ni ialah merawat orang2 yang sakit dalam wad hospital. Hehe. Nak harap tinggalkan pusaka emas dan permata, emak tak punya ya?

Keempat
Anak lelaki aku yang sorang lagi tu sebagai tukang komen, sedap atau tak apa yang mak dia masak :-p

Kelima
Ditujukan lagi pada anak aku yang sorang lagi tu.. Yang minat masak memasak tu. Hehe. Kurang minat shopping kat Bazar Ramadhan. Nak masak apalah ya? Bulan Ramadhan dah dekat ni..

Keenam
Pada visitor yang datang melawat blog aku, anda dialu-alukan. Anda amatlah dihargai. Maaflah jika ada salah dan silap di mana-mana,
Kupanjangkan award ini untuk:-

CT Noarizah~Rumah Kecil Tiang Seribu
Cik Cek~Kitchen is my world
Ana~PenBiru
M86~SadusiKedah
Nani~Spider

Ketujuh
Bila mood aku kurang asam, aku berkunjung ke forum halaqah.net. Kat sini ada Al-Quran, Aqeedah, Akhlak, Kekeluargaan, Kaunseling, Resepi dan banyak lagi. Semua orang adalah dialu2kan untuk menyertainya.
Ada masa pula aku terasa nak menulis seperti Kapten Atok. Sebabnya? Aku tak boleh nak serius lama dalam sesuatu hal. Aku suka mengarut! Hehe.

Tuesday, July 12, 2011

Gulai daun juar (johar)

Bahan2
Daun juar (juaQ a.k.a. juaK)
Udang
Santan, kerisik dan serbuk kari rempah daging.
Bawang merah, bawang putih, sedikit bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis untuk menumis.

Cara2nya
Rebus pucuk daun juar
Tumis bahan2 tumis hingga wangi dan masukkan serbuk rempah kari daging.
Masukkan santan. Masukkan udang. Masukkan daun juar.

Panduan penting untuk masakan ini ialah rebus daun ini 4-5 kali untuk kurangkan rasa pahit. Kalau direbus setakat dua kali menukar air, rasa pahitnya berdengung2 santak hingga ke otak!
Dulu pernah aku tengok ada daun ini dijual kat pasar. Mak cik yang menjual daun ni siap berpesan pada sapa2 yang nak beli daun ini supaya merebus daunnya banyak kali. Dia bimbang agaknya takut kena hamun. Hehe.

Agaknya ini lah resepi masakan dari blog aku yang paling pelik. Pelik level tertinggi. Jenuh aku cari kat google. Belum terjumpa lagi daun ini dimakan orang! Ada disebut namanya daun johar. Cassia siamea lamk. Digunakan dalam rawatan demam malaria. Orang India dan Sri Lanka makan sebagai sayuran.

Aku pernah makan sebab mak saudara aku rajin memasaknya. Rasanya orang lain kat kampung aku pun kurang berminat dengan daun ini untuk dijadikan makanan. Tempias dari masakan Siam kut. Nantilah kalau jumpa mak saudara aku tu aku akan tanya dari mana dia dapat makanan pelik2 serupa ini. Aku suka pada rasanya yang pahit2.

Ini gambar bunga juar sedang kembang aku dapat dari google, tumpang tepek kat sini.


Ini pucuk dan daun juar. Kuntum bunganya yang masih belum kembang dimasukkan sekali dalam masakan. Bunga yang kembang tak ada pula aku nampak mak sedara aku buat gulai. Hehe.

Ini cerita tambahan. Daun ini serupa dengan daun juar. Aku pun hampir keliru. Abang aku saja bawakan sekali daun ini sebagai perbandingan. Tapi daun ini agak tebal dan berbulu. Ini daun pokok kote. Ada juga pernah aku nampak pokok besar yang dijadikan hiasan kat tepi2 jalan nampak hampir serupa dengan pokok, bunga dan daun juar ini.

Ini gambar buah kote. Ehsan dari google.

Ni pun tambah juga lagi. Makcik tuan rumah pokok juar ni unjukkan buah ni. Kenai buah ni dak? Tanya dia. Manakan tak kenai. Budak2 kampung zaman dulu boleh kata makan segalanya. Aci tak mabuk depa tibai. Bukannya ada banyak sangat makanan pada masa itu !