Followers

Wednesday, July 20, 2011

Masak tempoyak kepala Ikan Gerut-gerut

Bahan2
Kepala ikan gerut2
Tempoyak, cili api, daun kesom, kunyit hidup, bawang merah/putih, serai, petai dan bunga kantan.

Tumbuk cili api bersama kunyit hidup dan bawang. Masukkan dalam periuk. Masuk air, daun kesum, bunga kantan, serai, isi buah petai dan tempoyak. Jerang hingga kering sedikit airnya. Masukkan garam dan tambah perisa.



by google

Ini gambar ikan gerut2. Aku pun tak berapa kenal nama ikan yang besar2. Anak aku bawa balik 2 ekor ikan ini. Dia kata dia beli ikan ghut-ghut. Aku kata mana ada ikan ghut2. Dia kata orang jual ikan tu cakap. Nampaknya budak ni dengar bunyi yang hujung2 saja. Aku gelak.
Tapi rasanya masa aku kecik2 kat kampung aku dulu selalu aku dengar orang sebut ikan gudgud. Yang ni la kut...
Isi dah digoreng dan habis dimakan. Dua kepala ikan yang tinggal aku buat masak tempoyak.



by google
Apsal ada gambar ini kat sini?
Inilah gambar taugeh kasar. Waktu dekat pantai timur dulu banyak orang jual taugeh ini. Kat sini tak pernah aku nampak. Tapi dah sebulan aku masih duk cari taugeh ini nak buat masak tempoyak. Kakak kat pasar malam tu terpinga2 bila aku buat2 tanya taugeh kasar. Taugehnya memag tak ada. Tapi aku saja2 tanya. Hehe. Kakak angkat aku yang ajar aku buat kuih koci tu masak tempoyak campur taugeh ini.

Dah dua kali aku beli kacang soya untuk buat taugeh. Tengok cara2 buat taugeh dari assigment last sem sorang pelajar. Budak tu kata langkah pertama hilangkan bahan kimia pada kacang soya dengan clorox. Aku tak ada clorox, aku guna dettol!.
Kali kedua aku gunakan air suam. Tapi air suam aku tu terlebih suam kut.
Kali ketiga aku gantikan kacang soya lain yang dibeli dari kedai runcit. Kacang soya yang mula2 beli dari pasaraya. Rendam dengan air masak mati pun masih belum biak taugehnya. Semuanya masam dan berbuih. Itulah aku curahkan perasaan kat sini. Cerita pasal tanam taugeh. Hahaha.

by google

Ini gambar taugeh biasa. Taugeh ini dibuat dari kacang hijau.

6 comments:

  1. Tempoyak merupakan salah satu makanan kegemaran saya. Semua benda campur tempoyak saya suka. Rasanya sudah dekat 6 - 7 tahun juga saya tidak dapat merasa tempoyak... rindu sangat.

    ReplyDelete
  2. Tempoyak mmg sedap, boleh dipelbagaikan ... makngah minat siket2 saja... makan kalo ada rasa rindu kadang2 tu...hehe... ada la siket stok tempoyak kat rumah, diberi oleh jiran yang punya dusun...

    ReplyDelete
  3. Maaf nk tny klu blh share laa...cmne nk bt taugeh kasar tu eak...sy mmg fav mkn taugeh kasar...tp kt cnie (selama perak) xpnh lg jmp taugeh kasar...dorg xmkn kot...puas sy google cara bt taugeh kasar tp xjmp pn...sume taugeh kcg hijau je...tQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la, makngah pun google cara bt taugeh kasar tp tak jumpa. sampai hari ni makngah pn tak tau macamana nak buat taugeh kasar, maaflah... mungkin taugeh ni ada jual kt Tesco atau pasaraya mydin.

      Delete
  4. Assalam...sekadar nak share. Saya mmg suka mkn taugeh kasar nih. Selalu saya beli di jusco mmg ada jual yg dah siap pack. Kedai berdekatan rumah saya pun ada jual ☺☺☺ mak saya selalu beli di econsave

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, nanti makngah cuba cari lagi.. :)

      Delete