Followers

Wednesday, July 13, 2011

Award Ke Dua


Assalamualaikum

Pertama
Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan pada sahabat baik aku Si Eda sebab sanggup bagi award kat aku. Beautiful award blogger? Haha. Hitam gelap warna blog aku, belum ada lagi ropol2 atau sekuntum bunga pun untuk hiasan!

Kedua
Pada siapalah nak aku sambungkan pemberian award yang seterusnya ni? Sapa2 pun boleh detec yang blog aku ni asyik berinteraksi dengan orang yang sama kan? Nak pusing bagi balik award ni pada awak semula boleh tak Eda? Hehehe..

Ketiga
Pada anak perempuan akulah aku dedikasikan resepi masakan2 dari blog aku ni. Dah kat meja makan dia suka tanya "Mak masak apa mak?... Mak boh apa lagi mak..? Kemahiran utama anak perempuan aku ni ialah merawat orang2 yang sakit dalam wad hospital. Hehe. Nak harap tinggalkan pusaka emas dan permata, emak tak punya ya?

Keempat
Anak lelaki aku yang sorang lagi tu sebagai tukang komen, sedap atau tak apa yang mak dia masak :-p

Kelima
Ditujukan lagi pada anak aku yang sorang lagi tu.. Yang minat masak memasak tu. Hehe. Kurang minat shopping kat Bazar Ramadhan. Nak masak apalah ya? Bulan Ramadhan dah dekat ni..

Keenam
Pada visitor yang datang melawat blog aku, anda dialu-alukan. Anda amatlah dihargai. Maaflah jika ada salah dan silap di mana-mana,
Kupanjangkan award ini untuk:-

CT Noarizah~Rumah Kecil Tiang Seribu
Cik Cek~Kitchen is my world
Ana~PenBiru
M86~SadusiKedah
Nani~Spider

Ketujuh
Bila mood aku kurang asam, aku berkunjung ke forum halaqah.net. Kat sini ada Al-Quran, Aqeedah, Akhlak, Kekeluargaan, Kaunseling, Resepi dan banyak lagi. Semua orang adalah dialu2kan untuk menyertainya.
Ada masa pula aku terasa nak menulis seperti Kapten Atok. Sebabnya? Aku tak boleh nak serius lama dalam sesuatu hal. Aku suka mengarut! Hehe.

10 comments:

  1. timah.. terima kasihlah sebab sudi ambik award tu.. yang ke5 tu anak awak yang mana pulak..?
    wat saspen jelah awak ni.. hehe..

    ReplyDelete
  2. salam mak ngah..award apa ye nak bagi..pelakon faling fofular ke..heheheheh ..nak comment guna id blogger xleh la kat blog mak ngah ni..tu yg open id tu ..ana-penbiru

    ReplyDelete
  3. Mak ngah tima kasih bebanyak sy ambik award sekarang nnt sy buat keja sekolah tu yea..hehe!!

    ReplyDelete
  4. Mak Ngah....

    Timakasih bagi cek award ni ek...nanti cek dtg amik....tq ...tq.... :)

    ReplyDelete
  5. Eda
    Awk nk berkenalan dgn dia ek? G la jln2 kt SaduSiKedah. Dia still single lg tu... :)

    ReplyDelete
  6. Ana penbiru
    Kita semua felakon fofular kot.. hehehe

    ReplyDelete
  7. CT Noarizah
    timakasih Ct, dah pun MakNgah baca entri Ct tu, Terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  8. Cik Cek
    Hoho... pakcik jiran tu ckap ¨awat cek dok nangis ka,¨ atau ¨awat cek dok teriak ka?¨ hehe

    ReplyDelete
  9. mcmana nak ambik award ni....but tq kak

    ReplyDelete
  10. kena mai amik seniri kt AStaq, adres ada dah... haha..... save file cm biasa... upload kt blog.. syaratnya senaraikan 7 perkara tntg diri yg org belum tau dan senaraikn 5 org untuk award seterusnya... ok kan?...

    ReplyDelete