Saturday, August 27, 2011

Kerabu tanghoon

By: Rusnah Ahmad

Bila tengok penyediaan kerabu ini di RTM,kak rus begitu teruja ingin mencubanya.Resipinya ambil dari blog Jurnal Chef......sedapnya tak terkata.....kak rus makan ratah gitu saja...lepas ni rasanya nak buat lagi.... Kak rus tidak menggunakan 100 % bahan yang disenaraikan....yang penting...sotong, suun @ tang hoon dicelur,sos ikan,daun ketumbar,cili merah,cili padi,tomato,hirisan halia dan perahan limau....serta bahan-bahan perasa seperti gula dan garam.Kalau selera tak dak, mulut pun rasa tawar dan badan pun rasa seram-seram sejuk....elok makan kerabu niiiii......
Makan macam makan bihun goreng.....hehehehe....



Kerabu Suun-bahan asal drpd Jurnal Chef
Bahan - bahannya

Suun 100 gram
Sotong 200 gram
Isi Kepah 100 gram
Daun Bawang 30 gram
Daun Sup 30 gram
Seleri 1 batang
Capcicum Merah 1 biji
Capcicum Hijau 1 biji
Air Limau Kasturi 200 gram
Sos Cili Thai 450 gram
Kicap Ikan 350 gram
Bunga Kantan 1 kuntum
Cili Padi 100 gram
Serai 2 batang

Sunday, August 21, 2011

Masak lemak daun peria pantai

Bahan2
Secekak daun peria pantai yang sudah direbus(celur sekejap hilangkan pahit)
Santan, kunyit, ikan bilis, serai, bawanag merah, bawang putih, garam, gula dan sedikit aji.

Tumbuk kunyit bersama sedikit garam. Tumbuk ikan bilis agak jangan hancur semua. Tumbuk bawang. Ketuk serai.
Masukkan semua bahan dalam periuk. Jerangkan atas api hingga masak.


Ini daun pokok peria pantai kat rumah aku. Lepas cantas dia makin malas nak biak sebab pokoknya berada di bawah teduhan pokok setul. Tak dapat cukup bekalan cahaya matahari agaknya.
Peria pantai dapat menstabilkan tekanan darah, membantu kawal diabetes dan menyembuhkan ulcer mulut.

Aku kenal pokok ini sejak selalu makan2 kat tempat kerja beberapa tahun lepas. Masa tu masing2 bawa sejenis atau lebih lauk untuk dimakan bersama ramai2. Nasi tanak dekat pantry. Lepas makan pakat2 buai perut yang dah kekenyangan. Tapi zaman gemilang tu dah berlalu.


Ini pokok beluntas. Dikatakan khasiat daun pokok ini ialah mengubati demam, menghilangkan bau badan, mengurangkan masalah keputihan dan haid tidak teratur.
Dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu.(urap)

Pokok bebuas, beluntas dan peria pantai ketiga2nya ada kat rumah aku. Itu yang buat aku selalu keliru. Aku tak pernah nak dapat bezakan yang mana satu pokok beluntas dan yang mana satu pokok bebuas. Tiap kali orang mai tanya, tiap kali juga aku fail nak bagitau kat depa.


Ini pokok bebuas. Macamana nak makan daun ni ada aku cerita kat sini. Buat ulam dan cicah dengan teluq ayam rebus dan ayaq asam.

Kuih puteri mandi

Bahan2
1 1/2 cawan tepung pulut
50gm beras pulut hitam
3/4 cawan gula merah
1 cawan kelapa parut muda
secubit garam
(ini anggaran kasar~sukatan sebenar aku ialah curah agak2 sahaja :))

1. Masak gula merah bersama secawan air dan kelapa parut hingga agak pekat. Ketepikan. (Tapis dahulu gula merah)
2. Beras pulut hitam dibersihkan. Sejatkan dan bender hingga halus.
3. Campurkan tepung pulut bersama tepung beras pulut hitam yang sudah diblender tadi. Buat bancuhan menggunakan air yang bercampur sedikit garam. Jadikan doh.
4. Bulat2 kan adunan tepung dan leperkan sedikit bentuknya supaya lekas masak.
5. Masukkan adunan yang sudah siap ke dalam air panas seperti membuat buah melaka. Ia timbul bila dah masak. Sejatkan.
6. Masukkan kuih yang sudah masak tadi kedalam air gula yang bercampur dengan kelapa. Gaul sebati dan siap untuk dihidangkan.

Bulan Ogos tahun 2011, kuih puteri mandi telah dinobatkan dengan resminya sebagai kuih paling seksi kat facebook dan blog. Ramai lak jadi pengikutnya. Termasuklah aku sekali. -___-. Sampaikan aku yang sebelum ni tak kenai apa tu kuih puteri mandi pun, pi google jugak nak tengok macamanalah rupanya puteri duk mandi tu. Padahal puasa ni aku cuma penah goreng cucuq kodok dan buat puding soya perisa cocoa dari separuh air soya yang aku masak.

Tapi dek kerana aku ni duk campur mamai terasa-rasa nak gunakan tepung beras pulut hitam juga, tertukarlah rupa puteri mandi aku tu... tak seksi langsung! Hitam dah roper tahik itik. Hehe. Kuih tahi itik pun lagi putih gebu kan?

Cinta tak pandang pada paras rupa. Hehe. Sungguh pun rupamu tak hebat mana tapi aku simpan lebihan kuih puteri mandi aku tu untuk makan lagi di esok harinya. Tu yang nampak lebih lokosnya kuih aku sebab dah semalaman dalam peti ais baru aku keluarkan dan ambil gambarnya letak kat sini.

Ini beras pulut hitam untuk buat ketupat. Dulu senang2 ja boleh order ketupat pulut hitam yang sedap. Tapi sekarang dah tak ada lagi. Cik gu tu dah pindah. Sedap tak terkata ketupat pulut hitam yang mak dia buat.


Inilah rupa ketupat beras pulut hitam. Ketupat palas. Hitam belegam kata orang Kedah. Tapi yang putih menyerlah sebelahnya tu putu mayung. Gambar ni dari google.


Beras pulut hitam untuk buat bubur. Warnanya lebih cerah berbanding beras untuk dibuat ketupat.

Thursday, August 18, 2011

Belacan Alor ibus

Ini gambar belacan Alor Ibus. Nama lain bagi belacan mungkin pes udang agaknya. Huhu. Belacan ialah penambah perisa utama pada masakan orang2 sebelah utara. Aku selalu gunakan belacan jenama ini pada masa sekarang walaupun ada banyak lagi jenama lain. Aku tak jual belacan ya? Gambar belacan ni aku dapat dari blog orang lain.
Siapa kata belacan itu tak penting? Hehe.
Sila baca skrip filem awal arahan seniman Tan Sri P. Ramle di Singapura
"..... kenapa kau masak sayur asam tak taruk belacan..?"
"..... jual candu ada lesen, jual ganja ada lesen, tapi jual belacan tak ada lesen.."
".... Eh Mastura, ente tak ada tanam itu belacyan punya pokok ka..?"


Ini orang utara panggil 'ayaq asam'.


Bahan asasnya ialah cili api, asam jawa, garam dan belacan. Tak ada bawang atau tomato. Ini traditional recipe. Hehe. Aku tengok Tuan Guru terkenal kat kampong aku dulu makan nasi bersama ulam, ikan sungai goreng, (ada belut goreng lagi..) bersama ayaq asam. Walaupun dah tua, dia sihat dan cergas.


Ini terung pipit rebus. Ulam feveret aku. Bolehlah rebus kacang bendi, kangkung, betik dan lain2 lagi untuk dimakan bersama dengan air asam. :)


Ini daun bebuas. Aku ambik dari google. Yang kat rumah aku belum ada banyak daun lagi sebab baru kena cantas pokoknya. Khasiatnya ialah untuk buang angin dalam badan dan masalah kecacingan. Elok untuk orang perempuan yang pernah bersalin. Sebab orang perempuan yang pernah bersalin selalunya ada mengumpulkan angin dalam badannya. Hehe.

Orang selalu cerita kat aku cara2 nak makan pucuk bebuas ini. Rebus daun bebuas ini dan cicah dengan air asam. Dalam air asam tersebut, masukkan telur ayam yang sudah direbus. Pecahkan telur ayam yang sudah direbus ke dalam air asam dan cicah dengan pucuk bebuas rebus. Pernah aku makan dengan cara ini. Memang sedap dan menyelerakan.

Monday, August 15, 2011

Masak ayam daun kaduk


Bahan2
Ayam yang sudah diperap dengan garam kunyit,
(Halia, lengkuas, serai, bawang merah, bawang putih, bawang besar ~boleh dimayang atau ditumbuk), serbuk lada hitam, asam keping dan daun kaduk.

Goreng ayam separuh masak, ketepikan.
Tumiskan bumbu yang sudah dimayang atau dihiris halus. Masukkan ayam yang sudah digoreng. Tambah air jika perlu. Masukkan gula, garam, asam dan aji. Akhir sekali masukkan daun kaduk.

Aku selalu juga masak menu ni sebab ia mudah, main campak2 saja. Aku pernah makan masakan serupa ini semasa berkujung ke rumah panjang di Sarawak. Makan masakan ayam ni bersama dengan pulut. Lama sangat dah. Tapi tak dapatlah rasa yang asli macam yang depa masak tu sebab depa masak menu ayam ni dalam buluh. Jadi, dapat rasa yang iras2 macam tu pun jadilah!

Suun a.k.a. tanghoon goreng

Bahan2
Suun yang sudah direndam
kicap, sos tiram,
ikan bilis goreng, udang.
brokoli, kacang buncis, putik jagung, bawang besar, cili besar, bawang putih.

Tumiskan bawang putih. Masukkan udang dan sayuran. Masukkan sos tiram, kicap, gula dan suun. Masukkan juga garam dan air jika perlu. Masak hingga agak kering. Sebelum angkat, masukkan bilis goreng.

Hari kedua masak suun, banyak sayur yang aku tambah. Meriah la pulak. Hehe. Sebenarnya aku dah lupa apa sayur yang sebenarnya dimasukkan dalam suun goreng ni.

Masakan ini terhasil sebab dulu aku suka tengok drama bersiri Korea. Dah tak ingat apa nama tajuknya. Adengan dalam drama tu, ia digoreng pada larut malam atas alasan sipenghuni rumah tu tak dapat nak lelap mata. Maka, makanlah suun goreng. Aku pun teruja nak menirunya. Sedap. Macam makan bihun goreng. Tapi special siket rasanya sebab ia kenyal2 dan lembut berpadu dengan sayuran...:-))

Sunday, August 14, 2011

Talapia goreng daun rampai

Bahan2
Ikan talapia yang sudah dibersihkan
Daun kunyit, daun kaduk, daun cekur, daun kesum, daun kari, serai, halia, sedikit lengkuas, bawang kecik, bawang putih, bawang besar, garam kunyit(gunakan kunyit hidup) dan cili api.

Cara2
Goreng ikan yang sudah diperap dengan garam kunyit. Bila agak garing masukkan semua bahan2 yang sudah dihiris halus (di atas) ke dalam kuali. Goreng lagi hingga daun2 agak keperangan. Siap untuk dihidang.

Resepi ini aku dapat dari seorang kakak semasa aku bertugas di suatu kawasan kampung. Aku tanya dia apa masakan yang sesuai untuk ikan talapia. Banyak ikan talapia dijual kat pasar, tapi aku tak tau nak masak lagu mana.

Kakak tu cakap , "Hang goreng bagi garing2, lepas tu hang campuq dengan daun2, bawang, cabai melaka semua, bagi hilang hanyiaq... wangi hang tau dak..?"
"Daun tu daun apa?" aku tanya dia. "Daun apa pun tak pa, hang boh aja."
Jadi, yang aku mayang2 bagi jadi macam bunga rampai tu, aku kutip apa2 daun yang ada kat rumah aku. Tapi daun limau purut tak ingat pula pernah dak aku masukkan sekali sebelum ini..


Ini gambar ikan talapia. Serupa dengan ikan puyu. Malas sungguh nak siang ikan ni. Kena keluar siang kat luar rumah. Sisik dia banyak dan besar2. Kadang2 semasa berehat2 lepas makan ikan ni baru tersedar ada sisik dia yang dah kering melekat kat tangan dan bahagian lengan. Eish, ikan duyung pun tak ada sisik kat bahagian lenganlah..! Boring betui.

Gambar ikan talapia goreng aku kat atas tu dah menyamar jadi ikan yang tak dapat dikenali rupa bentuknya dah. Sebab ia dah dipotong menjadi dua ketul. Tapi anak pempuan aku dah pi sambung balik jadi bentuk seekor ikan, tu yang aku ambil gambarnya dan post kat sini.

Dah jemu hangkut ayam dan ikan bakar siap masak dari bazar ramadan, anak lelaki aku tu tukar fesyen nak makan talapia goreng pulak. Dia kata nak makan ikan goreng yang ada banyak rumput2 tu. Aku kata yang tu bukan rumput cek oi, yang tu semak samun.