Followers

Sunday, August 21, 2011

Kuih puteri mandi

Bahan2
1 1/2 cawan tepung pulut
50gm beras pulut hitam
3/4 cawan gula merah
1 cawan kelapa parut muda
secubit garam
(ini anggaran kasar~sukatan sebenar aku ialah curah agak2 sahaja :))

1. Masak gula merah bersama secawan air dan kelapa parut hingga agak pekat. Ketepikan. (Tapis dahulu gula merah)
2. Beras pulut hitam dibersihkan. Sejatkan dan bender hingga halus.
3. Campurkan tepung pulut bersama tepung beras pulut hitam yang sudah diblender tadi. Buat bancuhan menggunakan air yang bercampur sedikit garam. Jadikan doh.
4. Bulat2 kan adunan tepung dan leperkan sedikit bentuknya supaya lekas masak.
5. Masukkan adunan yang sudah siap ke dalam air panas seperti membuat buah melaka. Ia timbul bila dah masak. Sejatkan.
6. Masukkan kuih yang sudah masak tadi kedalam air gula yang bercampur dengan kelapa. Gaul sebati dan siap untuk dihidangkan.

Bulan Ogos tahun 2011, kuih puteri mandi telah dinobatkan dengan resminya sebagai kuih paling seksi kat facebook dan blog. Ramai lak jadi pengikutnya. Termasuklah aku sekali. -___-. Sampaikan aku yang sebelum ni tak kenai apa tu kuih puteri mandi pun, pi google jugak nak tengok macamanalah rupanya puteri duk mandi tu. Padahal puasa ni aku cuma penah goreng cucuq kodok dan buat puding soya perisa cocoa dari separuh air soya yang aku masak.

Tapi dek kerana aku ni duk campur mamai terasa-rasa nak gunakan tepung beras pulut hitam juga, tertukarlah rupa puteri mandi aku tu... tak seksi langsung! Hitam dah roper tahik itik. Hehe. Kuih tahi itik pun lagi putih gebu kan?

Cinta tak pandang pada paras rupa. Hehe. Sungguh pun rupamu tak hebat mana tapi aku simpan lebihan kuih puteri mandi aku tu untuk makan lagi di esok harinya. Tu yang nampak lebih lokosnya kuih aku sebab dah semalaman dalam peti ais baru aku keluarkan dan ambil gambarnya letak kat sini.

Ini beras pulut hitam untuk buat ketupat. Dulu senang2 ja boleh order ketupat pulut hitam yang sedap. Tapi sekarang dah tak ada lagi. Cik gu tu dah pindah. Sedap tak terkata ketupat pulut hitam yang mak dia buat.


Inilah rupa ketupat beras pulut hitam. Ketupat palas. Hitam belegam kata orang Kedah. Tapi yang putih menyerlah sebelahnya tu putu mayung. Gambar ni dari google.


Beras pulut hitam untuk buat bubur. Warnanya lebih cerah berbanding beras untuk dibuat ketupat.

No comments:

Post a Comment