Followers

Friday, November 18, 2011

Kerabu pucuk kaduk

Bahan
Seikat pucuk kaduk
2 ekor ikan kembung (direbus)
2 ulas bawang merah
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar santan
garam, cili merah, belacan, asam jawa dan sedikir air limau nipis.

Larutkan garam, belacan dan asam jawa. Gaulkan dengan kerisik dan santan biar sebati. Campurkan dengan pucuk kaduk yang sudah dihiris dan dicelur (celur sekejap sahaja).
Sebatikan lagi bersama isi ikan rebus,bawang merah hiris, cili merah dan air limau nipis.

Sejak ada blog ni, aku dah makin pandai buat kerabu. He he. Dulu2 nak mengingat apa bahan untuk dicampurkan ke dalam kerabu tu agak susah. Sebab aku pikir ia merenyahkan.
Ada kerabu yang aku buat sebelum ni rasa pelik. Pedaq kata orang Kedah. Rasanya sebab aku dah terlebih masukkan bawang besar. Bila pi cerita kat kawan aku, dia cakap mak dia kata, lepas
hiriskan bawang besar, perah dan basuhlah dulu bawang besar tu sebelum dicampurkan ke dalam kerabu. Nantilah aku praktikkannya untuk my coming soon kerabu.

Sekarang ni dah jadi hobi mengutip pucuk mengkudu dan pucuk kaduk untuk dikerabukan. Yelah. Dah ada pucuk mengkudu dan pucuk kaduk jer yang sangat rajin duk menyulur pucuknya kat depan pintu dapur rumah aku ni. Kalaulah ada pucuk cekur, cekurlah pulak yang akan aku kerabukan agaknya. hehe.

2 comments:

  1. ana suka buat ulam ja pucuk kaduk ni..rebus dulu..icah air asam..sedap ooo

    ReplyDelete
  2. MNgah pun selalunya rebus cicah air asam gak, ni tiba angin terlebih rajin la yang pi duk perosah buat kerabu ni... hehe...

    ReplyDelete