Followers

Monday, November 28, 2011

Sulam renda

Assalamualaikum semua,
Hari ini 21.12.2011. Dah 24 hari.
Aku repair lagi posting pasal sulam renda aku ni. Dah banyak kali aku duk perbaik posting ni. Tu yang gambar dan videonya selalu bertukar2... .

           
  

 



 



Ini adalah sulam renda seni Turkish. Cantik. Teringin nak belajar.
   
Baru nak cuba2 belajar.
Suka sangat tengok gambar2nya, akhirnya aku jumpa juga videonya kat you-tube setelah masuk hari yang ke tiga. Puas aku mengeja perkataan turkish...Aku dah cuba buat dan cari videonya sampai rasa nak demam! Hua hua hua.... Lega rasa hati. Ada masa nanti aku nak cuba buat. Letak dulu buat sementara kat sini kut2 ada sapa2 nak share seni sulaman ini.


9 comments:

  1. wah mak ngah..nak kena blajar ni..heheheh

    ReplyDelete
  2. ana, Mngah mata dah berbinau ni, baru dapat asas yang buat bulat2 tu saja.....
    Turkish ni xletak cara buatnya kt youtube kot....
    letak gmbr2 sajala... wt nyamu-nyamu mata...haha

    ReplyDelete
  3. Hi! thanks for putting my videos on your blog! I keep getting blogger traffic from your site haha, so thanks once again.

    ReplyDelete
  4. Thanks a lot for your videos!! but it seems like I want to come closer with you doing oya together step by step... haha..lol

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan makngah..

    saya tertarik dgn post makngah pasal sulam renda..terima kasih kerana sudi berkongsi idea dan video dr youtube..dh puas saya cr video tutorial asas sulam renda ni..akhirnya terjumpa dlm blog makngah..cuma nak tanya makngah utk buat sulam ni kita kena ada jarum dia yg cam sepit tu ker?kalau ye, mana nk cari yer?sy tk pernah plk nmpk kt kedai alatan jahit kt tmpt sy ni..

    nita kel

    ReplyDelete
  6. Nita:
    Suka Mngah ada rupanya yg sama minat dgn Mngah. Mngah dpt ni semua dr fb 'Koleksi kreatif cheq sue'....mgikut beliau yg sepit tu dpggil 'shuttle' tp nk buat sulam ni gunakan jarum shj, 'needle tatting'
    Cubalah buat mgikut video ni, insyaAllah dptlah nanti. Mngah suka kalau dpt share ilmu ni dgn sesiapa sj yg bminat....

    ReplyDelete
  7. Salam Mak Ngah,
    Cantik sulaman Oya yang ditunjukkan. Saya pun menarik tengok sulaman ini tapi belum pernah mencuba.

    Maaf kalau saya memberi pendapat, tapi saya ras sulaman Oya ni tak sama dengan tatting kerana bentuk sulaman yang terjadi dalam Oya tak sama dengan yang ditunjukkan dalam tatting, sama ada tatting menggunakan cuban atau jarum.

    Saya lebih kepada membuat renda tatting menggunakan cuban (atau shuttle) dan bukan la mahir sangat. Tatting dengan jarum (bukan Oya) tahu juga sikit2 tapi tak selalu guna jarum.

    Salam,
    Faizon dari http://tatsaway.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam puan
    Saya dah berkunjung sepintas lalu ke blog puan. Wah hebat!. Tahniah puan atas aktiviti puan dalam seni renda tatting.

    Terima kasih kerana sudi berkunjung dan memberi pendapat kat blog saya yang tak seumpamanya ini.....:)

    Pada saya pun, sulaman oya tak sama dengan tatting gunakan cuban dan jarum. Kecik2 dulu saya selalu tengok mak2 sedara saya buat tatting ini. Cantik dan sangat ekslusif....

    Saya suka mencuba sulaman oya sebab saya tak pernah melihatnya sebelum ini, ia baru bagi saya dan saya sangat2 berhajat untuk mencuba perkara baru.....:)

    ReplyDelete