Friday, November 4, 2011

Orkidku - Si Kuning antara yang merah



Assalamualaikum,
Hari lusa ialah sambutan aidil adha. Aku belum siapkan juadah ketupat atau apa-apa. Beli saja biskut siap tempah. Hari ni pula jaga cucu. Sementara cucu tidur, masukkan sajalah gambar2 orkid yang aku ada. He he.

Lama sebenarnya aku menunggu orkid ni keluarkan tunas bunga. Nampak tunas bunga pun, hati dah cukup seronok. Snap gambar pun terbalik. Yang nak difokus, blur lah pulak! Haha.


Nampak putik bunga bulat2 macam ni pun, lagilah teruja. Mak sedara aku kata orkid dia ni cantik. Cantik? Cantik sangat ka? Masa dia bagi benihnya dulu cuma ada 3 atau 4 helai daun sahaja.


Oohh. Warna kuning rupanya. Aku duk agak dulu cantik macamanalah rupanya. Ha ha. Anak aku pun hairan macamana orkid mak yang merah boleh mak tukar jadi kuning!

Bila kembang beramai2 lagu ni, hati aku pun turut kembang.... :)


Sama naik dengan rumput. Tapi rumput rumpai tu aku tak bela ya. Cuma takda masa nak potong. Time ni dah dekat nak raya. Raya puasa yang lepas. Hu hu.




Kenapa bunga nampak cantik?


Raya haji kali ni bunga2 yang aku duk gah tu dah tak ada. Ada pokok yang alami reput pucuk. Oleh sebab ianya tak akan berbunga dan akan tumbuh tunas baru maka adalah lebih baik aku potong terus dan semaikannya semula.

Maka jadi beginilah. Bertambah lagilah batas orkid aku ni.

2 comments:

  1. suka tgk orkid2 mak ngah ni.. kaler ni je ke yg ada... kalau ada lagi tunjukkanlah kat blog ni leh tumpang cuci2 mato..hihi..

    ReplyDelete
  2. CT
    A'aah la. ni jer yang adanya.... yang ini pun ambik yang orang punya... free jer... hehehe... adala siket anak2 orkid yang baru nak ditanam semula.. lambat lagilah nak tengok hasilnya..

    ReplyDelete