Tuesday, November 22, 2011

Keriang dan masalah kecacingan

     
Ini gambar buah keriang dot. Rasanya kelat2 siket. Nak makan, lepas bersihkan buahnya gaul dengan sedikit garam halus. Sedap! Ada lain2 keriang lagi kat bawah ni. Yang ni orang panggil keriang dot. Ini betul2 dot. Bukan dot dot dot tu ya? Bukan dot com dot mai. Bukan dot com dot net. Asalnya buah keriang gendut. Nak senang sebut, bunyi kat belakang ja, jadilah keriang dot.   Dengar ceritanya ia lebih  berkhasiat  dari buah acaiberry. Keriang dot dikenali dengan nama maquiberry.


Ini acaiberry. La ni tengah meletop dengan jus minuman MonaVie Acaiberry Malaysia. Boleh menguruskan badan dengan khasiat dari product ini...:) Aku tengok ja. Belum rasa nak minum lagi. 



































  














Ini pokok keriang dot















Aku rasa yang ni pun spesis keriang jugak. Ada yang menyebutnya buah mata itik. Ada yang mengenalinya sebagai keriang pulau. Eh, ada Kampung Keriang Pulau dekat dengan kawasan rumah akulah. Pucuknya dipercayai boleh dibuat ulam. Aku pernah beli buah ni kat pasar malam. Pada aku rasanya tawarkelat. Pokok ni boleh ditanam dalam pasu buat hiasan.


Keriang ni yang aku paling suka. Dari kecik dulu aku suka makan buah ini. Lani tak makan dah mungkin sebab buahnya kecik2 sangat, susuh nak dikutip. Walau rasanya kelat, tapi ia spesial pada aku dan kawan2 aku masa aku kecik dulu. Mungkin sebab pada zaman dulu tak ada banyak makanan serupa dengan la ni. Jadi pagi petang kerja duk makan buah keriang ja. Kalau tak jolok atau kait buahnya guna galah, panjatlah pokoknya untuk dapatkan buah. Lepas makan, lidah habis jadi warna hitam. Tapi tak pernah ada sapa2 kisah pun...
Aku kenal buah ni dengan nama buah keriang saja. Boleh jadi inilah keriang lada. Rasanya ada suara nakal yang menyebutnya sebagai keriang tahi kambing!

Aku nak tulis khasiat daun keriang sebagai penyembuh pada anak2 kecil yang ada masalah kecacingan kat sini. Kalau tak tulis, mungkin lepas ni aku akan terlupa. Anak2 yang kurang selera makan dan selalu muntah boleh jadi ada masalah cacing.

Pilih daun keriang (keriang lada) dalam jumlah yang ganjil. Ramaskan dalam air, masukkan dalam baldi. Bakar sedikit belacan hingga hangus (jangan terlebih belacan ya?). Masukkan belacan hangit itu terus ke dalam baldi yang berisi air daun keriang. Simpan satu malam. Lepas anak dimandikan pagi esoknya dengan air bersih, last sekali, siramkan  dia dengan air rendaman air daun keriang dan belacan tadi. Jangan terkena bahagian kepalanya, nanti ia akan hilang selera makan pula. Lepas siram, jangan dibilas dengan air lagi, terus lapkan sahaja badan anak itu. Pilihlan hari untuk mandikan anak ini selepas 15hb bulan Islam. Jangan amalkan mandi ini di awal bulan.
Gambar2 ni semua aku dapatkannya dari google.

21 comments:

  1. Woooo...kat malaya pun ada buah berry yea baru ari ni tau...sy tak pernah mkn buah ni tapi kalau terjumpa nak gak rasa.

    ReplyDelete
  2. haha, Mngah dapat nama berry tu dari pengedar MonaVie kot...xigt blog mana satu
    nak merasa makan buah keriang dot kena mai Perlis la banyk buah dia, bulan April kut kalo xsilap..

    ReplyDelete
  3. keriang pulau ilah ada tanam dlm pasu dah tinmggi kita dah.. mmg daun dia org kelantan buat ulam...ilah pun cicah dgn budu mcm depa..keriang dot ilah dah semai dlm poly beg nak bawa balik melaka tanam kat kebun ilah..dekat sepuluh beg juga laa nak kasi anak2 kenai

    ReplyDelete
  4. oh nanti kalau jumpa daun keriang pulau, bolehlah makngah cuba cicah dengan budu pulak, agaknya xyah rebus ke....
    Wah.... dkt 10 polybeg, banyak pokok balak tu... tentu luas kebun ilah ni...:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaiki Mak Ngah. Pada saya keriang lada lagi sedap dari keriang dot. Keriang lada memang kecik sangat, susah nak pungut, nak senang tahan dengan hamparan besar bawah pokok... biar buah gugur sendiri. Buah Acai saya pernah rasa semasa di Brazil tahun lepas.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam Shah..
    ya betul, mg keriang lada lg sedap...nk ambilnya kdg2 kena potong atau hinggut dahannya dan tahan dgn tikar guni baja bawah pokoknya...:)
    buah acai beri?...ee tentu sedap kan..

    ReplyDelete
  7. buah acai yang saya makan telah diproses dan dicampur kekacang dan buahan lain sesuai untuk sarapan. Boleh lah... nak kata sedap sangat tu tidaklah juga. Tapi air buah cupuacu sedap. Itu pun saya makan di Brazil juga. Kalau ada kesempatan ke Amerika Selatan lagi, saya akan cari pula buah jaboticaba dan lain2 buahan yang pelik2. Kalau di utara tanahair, umbut pokok palma dibuat kerabu (kerabu umbut nyok), kat sana, umbut pokok palma mereka letakkan dalam pizza. Org sana sangat kreatif mengolah makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makngah dah google buah cupuacu dan jaboticaba. Seronoknya dapat melihat makanan yang pelik2 dan budaya dari negara luar...
      ya, rasanya makngah pernah makan umbut nyok masak lemak waktu kecik2 dulu, tp dah ingat2 lupa
      Mngah dah baca optimis.blogspot tapi tak dapat nak komen sbb tak tahu macamana nak guna e-kawan...:)

      Delete
  8. memang sedap buah ni...la ni payah nk jumpa.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. lani tengah musim, ada jual kt nat dan pasar malam

      Delete
  9. Untuk pengetahuan, saya ada banyak anak benih buah keriang ni.. boleh hubungi 019.911.8230 kalau berminat nak tanam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam tuan.saya sdg mencari buah keriang utk buat ubat. boleh tuan pm saya .012 2515955

      Delete
  10. Di mana nak beli pokok keriang, says duduk di putrajaya

    ReplyDelete
  11. Saya Tengah Cari pokok jambu batu merah,

    ReplyDelete
  12. depan rumah saya di kampung ada 2 pokok dh besar sangat kna 2 org peluk pokok dia usia dh 30 tahun..tiap2 tahun buah lebat jd makanan burung.pucuk dia boleh jd ubt sakit gigi (tumbuk hingga lumat and letak sedikit garam) boleh letak pada gg yang berlubang.

    ReplyDelete
  13. Mana boleh saya beli buah keriang dot ni ..saya dah lama cari ..pls

    ReplyDelete
  14. Mana nak beli buah keriang ini...

    ReplyDelete
  15. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete
  16. Ni buah keriang batu ka....juai kira lagu mna

    ReplyDelete