Followers

Saturday, April 14, 2012

Mengait gaun kanak-kanak

Assalamualaikum..

Aku nak letak saja sebenarnya gaun kanak2 perempuan yang dikait kat sini. Tajuk kat atas tu saja nak bombastik ajer... :(
Memang aku bercadang juga nak cuba buat. Masalahnya ialah aku tak tau mana nak dapatkan benang yang soft dan comfortable sesuai untuk kanak2.

Aku cadang boleh reka agaknya jika aku buatkan dulu pola baju dengan saiz yang sesuai dengan seseorang budak. Lakarkan pola baju dan cuba ikut mengait mengikut saiz baju yang dikehendaki.

Aku pernah cuba cara ni untuk menjahit seluar panjang. Aku dah cuba belajar membuat pola seluar panjang mengikut buku panduan menjahit. Tapi sampai sudah aku tak dapat buat mengikut saiz yang aku rasa selesa. Alkisahnya akhirnya aku tetaskan sehelai seluar panjang dan aku gunakan kepingan pola seluar panjang yang sudah ditetas itu sebagai ukurannya. Mudah dan senang! Sampai la ni aku menjahit seluar panjang dengan menggunakan pola seluar dari seluar yang ditetas itu. Sangat berjasa! Nak beli seluar siap kat kedai, aku  ni bukannya saiz yang biasa2... hehe..

Ada panduan mengait jaket bayi kat sini jika nak dibuat sedikit panduan.
Gambar2 ni semua aku dapatkannya dari blog Magia do crochet.




9 comments:

  1. bab kait mengait ni sy mmg fail ya amat la mak ngah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana, fail cket2 tak apalah....yg penting tu minat, .. boleh belajar pelan2... la ni serba serbi cikgu ada kt youtube tu..hehehe

      Delete
  2. alahai kiut miutnya baju baby..ni yg suka kalau baby pompuan ni..baju2 comel2..kekeke

    saya minat jugak mengait ni...pernah la gatal2 tangan cuba belajar dulu..tapi dah tak ingat pun skang ni sebab tak rajin nak amalkan...kekeke

    wahhh..best juga baca entry sireh makngah tu..saya dulu ada pokok sireh...tapi skang dah buang sebab nak simenkan tanah..sayang jugak sebab memang gemok2...tak sangka boleh guna utk mata ye....mesti pedih..kekekek

    kalau utk cuci tuuttt tu memang selalu amalkan dan memang elok...kekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. quinnie...kiut kan?... kalo ikut kan, Mngah nak letak byk lagi baju2 kait ni, tp gambar org punya saja la...hehehe

      kalo dh biasa mengait tu, mudah aja nak buat balik, skrg ni mudah nak dapt video belajarnya dr youtube ...

      best ke bc cita sireh tu..hehe..bertangguh sampai 3 kali smbg menaip bru leh siap entri tu..haha..sayang juga sbb quinne tpksa buang pokok sireh yg dah gemuk tu..nk cr sireh lani kena cr kat pasar je... Mngah pn bru nk belajar guna sireh ni..maklumlah nak amalkan petua herba ni agak leceh siket kan..

      Delete
  3. wah... cantiknya gaun2 2... apa kata mak ngah cuba buat gaun mcm 2 utk ank awin dulu... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe apakata bila free nanti kita belajar buat sama2... tp janji la jgn smpai bila baju dh siap, yg saiz S kita buat kena rombak semula ke saiz M ke.. saiz L ke..hehehe...

      Delete
  4. nak sngat blaja..tolong la ajar kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nor bariyah ...bolehlah cuba yg paling mudah disini :-
      http://www.youtube.com/watch?v=xol9YYBqV-A
      Crochet christerning gown

      Delete