Followers

Friday, April 6, 2012

Tembaga suasa aka bakung meredakan bengkak sendi

by google
Ini gambar pokok tembaga suasa. Mulanya suspen betui aku nak mengenali nama tembaga suasa ni. Aku duk terbayang tentulah pokoknya keras
bertepatan dengan namanya.
Kecik2 dulu aku selalu sangat nampak pokok ni ditanam orang. Kat sekolah aku zaman aku sekolah rendah dulu, ini lah pokok yang banyak dijadikan landskap di serata ceruk kawasan sekolah. Di kampong-kampong pun ia banyak ditanam orang.Tapi kami lebih mengenalinya sebagai pokok bakung!

Ini misi aku dalam operasi mula berjinak balik dengan tanaman hiasan ini. Nak cuba tanam kat rumah aku pula...hehe. Rasanya bawangnya ni boleh dijadikan bibit untuk nak mulakan semaian.


Inilah barut dan daun bakung aku selepas di gunakan...:). Sebelum dibarut, sapu sedikit minyak pada daun dan layur di api atau nak mudah boleh diseterika dengan megalas bahagian atas daun gunakan sekeping kain. Alhamdulillah. Dengan izinNya jua bangun pagi esoknya   lutut aku yang telah dibarut menggunakan daun ini, sakitnya terus hilang. Bak kata orang Kedah "macam kena kuteiy tauk buang..." Maksudnya macam penyakit yanag duk ada tu boleh dicubit tarik keluar buang begitu saja dari tempat yang kena sakit tulah. Macam tak caya jer..

Dah dua malam aku barut dengan daun ni. Kedua-dua paginya berhasil mengurangkan rasa ngilu sakitnya lutut aku setiap kali bangun tidur. Lepas tu aku duk terbayang la bagaimanalah rasanya pada pengidap sakit lutut yang saiz badannya extra tembam. Adeh. Susahnya nak bangun dari tidur.

Aku terseliuh sebab  telah bergerak dengan tak berpada-pada....:) dan ligamen sebagai penganjal kat lutut aku tu duk koi keraih dan pelincir  semulajadi yang duk ada  tu pun dah mula menyusut. Tulang lutut pun duk susut gak..:) Tu yang agaknya mengakibatkan keradangan saraf dan lutut pun membengkak sedikit...)


Agaknya yang lambat nak  sembuh tu sebab hari-hari aku masih lagi duk kerabat tangga bangunan 4 tingkat turun naik kat tempat kerja aku tu . Hu hu.
Khasiat bakung ni aku mula terbaca dari blog Kak Jee. Beliau dapatnya dari blog Kak Zie. Terima kasih Kak Jee dan Kak Zie di atas perkongsian ini.

4 comments:

  1. Kalau kat kg sy mak gunakan daun tembaga suasa yg bersaiz besar dan panjang tu..sehelai je dah cukup untuk membalut keseluruhan tempat yg bengkak atau sakit.

    Memang baik kegunaan daun ni utk patah, bengkak urat atau terseliuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ CT. dah lama rupanya daun ni diguna org dlm perubatan... MNgah ni lah baru tahu.... mudah2an cepatlah sembuh urat terseliuh Mngah ni...amin..

      Delete
  2. mak ngah kalo saya nak atau beli pokok tembaga suasa nie bole x...pm saya..tq mak ngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. boleh beri email zuria kt makngah..

      Delete