Wednesday, August 22, 2012

Air asam buah terung bulu

Assalamualaikum
Lama sudah aku mencari buah terung ini. Dulu2 ianya mudah kelihatan ia tumbuh disekitar laman dan bahagian dapur atau belakang rumah di kawasan kampung. Mak sedara aku pun cakap pokok dia ni pun bukan ditanam. Ia tumbuh selepas benihnya tercampak dengan tak sengaja keluar rumah selepas makan air asam buah terung bulu.

Datang beraya ke rumahnya semalam aku nampak buah ini sedang elok masak kembang kekuningan di pokoknya. Aku sendiri pergi petik. Mak sedara aku tu tolong petik buah namnam sebab aku tak berapa pandai nak pilih mana satu rupaya buah namnam yang dah masak.

Sesampai saja aku kat rumahnya dengan ramah dan tak sabarnya depa dua orang suami isteri tu bercerita sambil menunjukkan pokok anggurnya yang dah banyak kali berbuah tu. Sukanya dia bercerita sebab benih anggur tu aku yang bagi kat dia. Siap digantungnya lagi dua gugus buah angur plastik yang sedang masak meranum kat dalam rumpun pokok anggurnya tu. Tu bukan apa, habuan nak bagi gempaq kat orang yang tak biasa dengan tanaman anggur lah tu kut!  Ha ha.

Buah terung asam yang aku kutip bawa balik. Aku pun dah lupa apa rencah nak buat air asam tu. Yang aku ingat abang aku cakap si tuan punya pokok terung bulu yang dia pi ambil buahnya dulu tu cakap, bila nak buang bulu pada buah terung ni, gunalah pulur sabut untuk menyentalnya keluar.

Emm sedap rasanya. Yang ini betul2 special sebab buahnya cukup masak. Jadi rasanya pun masam2 manis. Yang aku makan sebelum ni tak ada terasa manisnya. Cuma kalaulah aku dapat ikan puyu bakar ke dalam perencahnya lagi legend lah rasanya!!. 

Buah terung asam mengandungi air, karbohidrat, protein, lemak, serabut, mineral dan vitamin. Di India ia dimasak kari. Di Thailand ia dijadikan ramuan sos nam prek yang sangat penting dalam masakan Thai. Dalam perubatan Melayu ia dapat mengubati masalah cacing kerawit. Air rebusan akarnya diminum bagi merawat luka, lebam, gatal-gatal dan mengubati penyakit sifilis. 

5 comments:

  1. Sedapnya buah namnam dan terung bulu. Nanti saya nak minta kat Mak Ngah benih terung bulu, namnam dll. Rasanya masanya makin tinggal sedikit untuk saya menjadi perantau. Kampung sedang menunggu. Blk semula ke Doha pun dah tak seronok lagi... rindu sangat pada suasana kampung. Rindu pada hari hujan.

    Musim raya hari tu masa di Langkawi saya belajar makan ulam Sambung Nyawa.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah kalau Shah nak, akan cuba mngah usahakan nanti benih pokoknya.... Dah usia kian bertambah rasanya memori kita akan makin rindu pada apa yg dh kita tingalkan di zaman yg telah lepas...

    Dulu makngah penah tanam jg pkok ulam sambung nyawa, mudah jg ia nak membiak, masa tu rajin jg lah duk amalkan memakan 3 helai daunnya tu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sy nk boleh.. Dimna sy boleh dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam. buat masa ni makngah pun tak ada benih pokok ni... yg ada dlu dh pupus... kdg2 Ia ditanam dikg2 kawasan pendalaman...

      Delete
  4. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..πŸ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okayπŸ‘‡πŸ»
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    πŸ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🀲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete