Friday, July 29, 2011

Bunga cicar dan bunga dangla

Ini gambar lepat cicar. Bukan aku yang buat. Aku ambik dari google. Aku pun duk imagine apalah rasa lepat ni ek. Dapat kat sini.

Ini gambar bunga cicar.


Bunga cicar gugur ke bumi.


Pokok cicar.



Ini bunga dangla. Dengar cerita bunga ni kat Kedah dulu-dulu orang makan dengan cara menjerukkan bunganya seperti membuat jeruk maman. Lain-lain maklumat aku tak ada.




Ni pokok bunga dangla.






Wednesday, July 27, 2011

Singgang ikan aya




Bahan2
1 ekor ikan aya
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
8 biji cili api
3 asam keping
2 inci lengkuas
garam
sedikit ajinomoto

Bersihkan ikan. Masukkan dalam periuk. Ketuk bawang dan lengkuas. Masukkan air dan masukkan semua bahan di atas. Jerang hingga kuahnya agak kering sedikit.

Menu ini aku cukup suka. Belajar dari sorang kakak kat Pahang. Walaupun nampak simple tapi hirup kuahnya buat rasa tak jemu. Bila makan baru pecahkan lada kecik untuk menambah rasa pedas.


Ini imej ikan aya. Orang Kedah panggil ikan tongkol atau ikan kayu rasanya. Ikan nilah orang Ganu masak buat gulai untuk nasi dagang. Orang pantai timur sebut ikan aye. Ini speseis ikan tuna. Kata orang yang warna putih lebih sedap dari yang berwarna hitam. Kaya kandungan omega-3. Pengambilan 2 kali seminggu dapat melindungi tubuh dari serangan jantung dan stroke.

Dulu aku tak tau nak masak apa yang sesuai dengan ikan ini. La ni kalau beli ikan tongkol, tak lain tak bukan, mesti aku masak singgang. Tapi anak aku sampai bila2 pun dia tak tau nak sebut perkataan masak singgang. Dia kata mak masak chewing gum ka?



Tuesday, July 26, 2011

Bengkang roti


Bahan2
8 keping roti
2 cawan susu cair
2 sudu margerin
6 sudu gula
2 biji telur
1 sudu esen vanila
1 sudu tepung jagung

Panaskan susu. Jangan sampai mendidih. Rendamkan roti yang sudah dicarik2kan kedalam susu suam tadi.
Pukul telur dengan gula. Masukkan esen vanila, tepung jagung dan margerin kedalam adunan telur dan gula. Gaul biar sebati.
Kemudian masukkan adunan telur ini ke dalam adunan roti yang sudah direndam ke dalam susu tadi. Gaul biar sekata dan masukkan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan minyak/margerin. Bakar selama 30 minit/masak.

~Ulasan dari aku:
Sebelum ini aku pernah masak resepi puding roti. Puding roti tu lembik2 tak dapat dipotong tapi rasanya sedap. Oleh sebab aku nak kuih yang agak keras dan boleh dipotong, itulah aku cuba buat bengkang ini guna roti yang tak habis dimakan.

Bengkang roti ni kira ok lah pada selera aku sebab rasanya pun taklah manis sangat.
Tapi kalau nak lagi sedap, kenalah ikut resepinya yang asal. Resepinya yang asal ada kuah/sos kastad.

Cara membuat kuah kastad:-
2 cawan susu segar @ 1 tin susu cair
2 sudu gula @ 2 sudu susu pekat manis
2 sudu tepung kastad.
Cara2nya:
Campurkan semua bahan. Masak atas api sehingga ia cukup masak.
*Jika makan dengan sos kastad, adunan untuk bengkang gunakan setakat 4 sudu gula sahaja.



Ini gambar 'roti benggali' yang aku gunakan. Roti ni cicah dengan sup panas atau gulai perangat amatlah sedap!



Ini aku letak gambar periuk bengkang yang aku gunakan untuk bakar bengkang aku. Walaupun namanya periuk bengkang dan dah lebih 20 tahun aku menyimpannya, inilah kali pertama aku buat bengkang guna periuk ini.
Yang bulat berlubang tengah kat tepi periuk tu apa ya? Aku pun tak tau nak guna. Nak letak kat bahagian mana ya?. Aku letak ja kepingan bulat ni kat bahagian bawah periuk sebagai pengalas periuk ini semasa membakarnya. Agaknya betullah tu kut...

Gulai daun juar dan sambal berempah daun juar



Gulai daun juar

Bahan2
Daun juar yang siap direbus
Santan, rempah kari, bawang merah, bawang putih, udang, garam, gula dan ajinomoto.

Tumis bawang yang dihiris. Masukkan rempah kari. Masukkan santan, udang dan daun juar yang sudah direbus hingga hilang pahitnya. Sebelum angkat masukkan garam, gula dan ajinomoto.



Sambal berempah daun juar

Bahan2
Daun juar yang di rebus.
Udang, garam gula, kerisik
~Cili kering, rempah biji (ketumbar), jintan manis dan sedikit jintan putih.~( Goreng dan kisar halus bahan2 ini. Kemudian tambah bawang merah, bawang besar, dan bawang putih.)

Tumis bahan kisar. Masukkan daun juar, udang, kerisik dan sedikit air. Masak lagi dan jika terlalu kering, tambah sedikit air. Masukkan garam, gula dan perisa.
~Masakan ini aku reka sendiri sebab pada masa ini tak ada bekalan santan dan rempah serbuk peket kat rumah. Jadi aku masukkan kerisik cukuplah sebagai ganti lemak.


Aku letak lagi gambar pucuk daun juar kat sini. Mula-mula aku cadang nak buang saja daun yang lebih semasa memasak daun ini pada kali pertama. Tapi rasa sayang pula. Dahlah susah untuk mendapatkan bekalannya. Walaupun rasanya pahit, tapi yang pahit ini buat aku selalu teringat-ingat.... :)

Jadi tiga kalilah aku buat pengkhususan memasak daun juar. Hehe. Sebelum ini aku buat pengkhususan pasal lauk pekasam.

Saturday, July 23, 2011

Lagi cerita buah mata kucing


Inilah hasil dari 'bila pokok tak nak berbunga' dari aku 4 bulan lepas.
Ada tangkai buah yang agak berat kot, sampai ranting dah patah tak dapat menahan berat buahnya.



Terpaksa dibungkus dengan plastik supaya tidak hilang dimakan unggas. Plastik bag ni dah dilubangkan kecil2. Bintik2 air tu sebab lepas hujan kot. Ada juga yang dibungkus dengan kain.



Ada budak datang jerit2. 'Makcik, nak ambil buah mata kucing boleh dak?'
Aku cakap buah belum cukup masak lagi. Tunggulah ia kembang besar sikit lagi.

Buah yang cukup masak ialah bila ia dah cukup besar dan biji di dalam buahnya kian mengecil. Biji di dalam buah yang belum cukup matang, saiznya agak besar dan isi buahnya nipis dan rasanya pun masih belum cukup manis lagi.



Kenapa ada kain berselerak ni? Ni lah angkara budak2 itu. Lepas makan buahnya sempat lagi depa sangkutkan kain yang aku buat bugkus buah tu kat situ. Agaknya nak bagi hint kat aku ler tu.
Nak bagi clue kat aku...
'Mak cik simpan la kain pembungkus ni baik2 ya? Tahun depan buleh kami mai kutip buah mata kucing mak cik ni lagi noh...... he he...'

Orkidku - Ungu yang nyaman..





Agak ganjil sikitlah perangai kakak itu. Berhenti hanya nak ucap dia suka tengok bunga orkid aku tapi dia sendiri malas nak tanam!. Pokok cabai aku pun dia suka. Hehe. Nak bagi buah cabai, dia tak mau pulak. Agaknya dah lama dia syok nengok bunga aku. Selalunya yang tegur sebab syok tengok bunga orkid ini adalah kaum cina.

Ini gambar pokok orkid itu pada dua bulan lepas. Waktu ini aku dah menyampah sangat menengoknya!. Tak sangka lepas aku meluat tengok, ada pulak orang lain yang suka. Hehe.

Kerabu pucuk putat


Bahan2
Daun putat, udang, bawang kecil/besar, cili api, cili besar , gula, garam, belacan, air limau nipis.

Hiriskan daun putat, rebus udang dan potong kecil2. Potong bawang dan cili api. Tambah gula, garam, belacan, air limau nipis dan aji. Campur kesemua bahan biar sebati.
Kerabu pucuk daun putat sebelum ini gunakan udang mentah segar dan cuka.