Followers

Saturday, July 23, 2011

Lagi cerita buah mata kucing


Inilah hasil dari 'bila pokok tak nak berbunga' dari aku 4 bulan lepas.
Ada tangkai buah yang agak berat kot, sampai ranting dah patah tak dapat menahan berat buahnya.



Terpaksa dibungkus dengan plastik supaya tidak hilang dimakan unggas. Plastik bag ni dah dilubangkan kecil2. Bintik2 air tu sebab lepas hujan kot. Ada juga yang dibungkus dengan kain.



Ada budak datang jerit2. 'Makcik, nak ambil buah mata kucing boleh dak?'
Aku cakap buah belum cukup masak lagi. Tunggulah ia kembang besar sikit lagi.

Buah yang cukup masak ialah bila ia dah cukup besar dan biji di dalam buahnya kian mengecil. Biji di dalam buah yang belum cukup matang, saiznya agak besar dan isi buahnya nipis dan rasanya pun masih belum cukup manis lagi.



Kenapa ada kain berselerak ni? Ni lah angkara budak2 itu. Lepas makan buahnya sempat lagi depa sangkutkan kain yang aku buat bugkus buah tu kat situ. Agaknya nak bagi hint kat aku ler tu.
Nak bagi clue kat aku...
'Mak cik simpan la kain pembungkus ni baik2 ya? Tahun depan buleh kami mai kutip buah mata kucing mak cik ni lagi noh...... he he...'

3 comments:

  1. dah lama dah xmerasa buah mata kucing ni...kdg2 p umah mak ngah merasa la gak...

    ReplyDelete
  2. anonymous ni arnab 4 ekoq anak tu ker?

    ReplyDelete
  3. tepat skali panahan jawapan

    ReplyDelete