Followers

Saturday, July 23, 2011

Orkidku - Ungu yang nyaman..


Beberapa petang hari yang lepas semasa aku sedang ralit duk beri tumpuan pada pokok tanaman aku, ada sebuah kereta besar berhenti di depan aku.
Lepas dia turunkan cermin kereta dan mula beri salam, aku dah ready nak bagi tau dia. Tau tak nak bagi tau apa? Hehe. Selalunya kalau ada yang berhenti kereta dekat aku, ada la orang yang nak mencari rumah orang. Rumah aku dekat simpang tiga. Aku selalu juga jadi pusat rujukan. Selalunya orang datang nak berubat.
Tapi lepas aku jawap salam, kakak tu cakap dia suka tengok bunga orkid aku. Alahai. Dia tanya bunga tahan kembang sampai sebulan ke? Haha. Aku sendiri pun tak tau nak jawap sebab aku sendiri pun tak pernah kira ia kembang berapa lama.



Agak ganjil sikitlah perangai kakak itu. Berhenti hanya nak ucap dia suka tengok bunga orkid aku tapi dia sendiri malas nak tanam!. Pokok cabai aku pun dia suka. Hehe. Nak bagi buah cabai, dia tak mau pulak. Agaknya dah lama dia syok nengok bunga aku. Selalunya yang tegur sebab syok tengok bunga orkid ini adalah kaum cina.

Ini gambar pokok orkid itu pada dua bulan lepas. Waktu ini aku dah menyampah sangat menengoknya!. Tak sangka lepas aku meluat tengok, ada pulak orang lain yang suka. Hehe.

No comments:

Post a Comment