Wednesday, November 16, 2011

dapat baby lagi.... huhu

Assalamualaikum..

Pagi Isnin lepas, aku keluar dari rumah lewat satu jam dari biasa. Aku bantu menguruskan
mama Che Teh melahirkan anak-anaknyanya.
Dua ekor anaknya kat atas tu rupanya dah tak bernyawa lagi. Aku asingkan kedua-duanya supaya ia tak bersama dengan yang masih hidup.



Inilah tempat paling selesa bagi siibu kucing ini melahirkan anak-anaknya. Dibawah rumpun pohon durian. Tempat kering dan selesa yang aku dah siapkan padanya sebelum ini, dia tak berminat. Dia ada citarasanya sendiri.

Aku nampak dia sedang menjilat-jilat anaknya yang bongsu di atas tanah pula. Bila aku nak angkat anaknya letak kat bawah payung ni, rupanya anak kucing tu masih bersambung tali pusatnya dalam perut siibu. Bila aku nampak ibu kucing ni sedang nak melompat naik balik ke atas ni, kenalah aku ampu sekali dengan mak dan anaknya yang masih bersambung dengan badan siibu. Anak lelaki aku cakap, pening dia tengok perangai Cik Teh dia ni.


Cik Teh ni dah lanjut usia. Lama dah dia tak beranak. Anak2 yang dia kandung sebelum2 ni semuanya mati sebelum atau selepas dilahirkan. Tapi kebelakangan ni, anak aku yang lelaki tu belikan dia makanan kucing yang katanya lebih mahal siket dari biasa pada Che Teh 'si buah hatinya' ni.


Hurmm.. Patut pun boss aku letakkan nama aku sebagai salah seorang peserta untuk menghadiri taklimat pada hari tu kat sini. Itu yang membuatkan aku boleh keluar lambat pada pagi tu. Aku park kereta aku kat sini saja. Sebelah kanan ni ialah dewan serbaguna.


Ini sessi taklimat kali kedua lepas rehat dan makan. Depan tu banyak kerusi yang dah kosong. He he. Almaklumlah aku ni termasuk dengan yang lain2 lagi tu adalah terdiri dari pendengar2 yang gigih. Tunggulah sampai habis. Huhu.


Bila balik ke rumah petang tu, aku gantikan alas tempat peraduan depa ni lagi biar lebih selesa. Lepas berkemas, hujun pun turun dengan lebatnya.

Lepas hujan, aku pi siasat lagi. Rupanya lopak tempat peraduan tu menakung air. Tugas aku la tu kena upgred siket lah lagi.

Hari ke tiga. Lihatlah betapa bahagianya wajah si ibu, punya anak-anak tempat bermanja!


Lagi beriman dia ni.... Pagi2 lagi sebelum isi rumah ni bersarapan, dia dah dapat nasi dan ikan rebus. Lepas makan tetap nak masuk bilik tumpang bersembahyang. Kalau terlupa menutup pintu bilik, tak boleh buat apa lagi dah, dia tetap nak duduk tempat sujud. Kalau tak elakkan dia, bersujud atas dia lah jawabnya!




Rupanya dah lebih 4 tahun sejak Cik Teh kami ni beraksi dalam video ni kat youtube. Dulu2 dia ni lah yang selalu dijadikan model untuk kamera atau lain2 bahan ke internet.

6 comments:

  1. Comelnya....kuching pun tau syg anak kan mak Ngah...kat rumah cek pun bykkkkk kuching...pas seko2 beranak...he he...rezeki....:)

    ReplyDelete
  2. eh..mak ngah mai wisma anak bukit ke semalam?

    ReplyDelete
  3. sy pun pernah melalui peristiwa kucing sy nak beranak.Sehari sebelum de keluar tanda cam darah cair keluar.Sy siap2kan kotak dan masukkan ibunya kat dlm.Masuk dlm kotak keesukkan harinya baru beranak.

    ReplyDelete
  4. Cik Cek
    Eeee... sonoknya rumah cek ada banyak kucing... terhibur dan lapang rasa hati tengok gelagat kucing2 ni kan... nak nak pula kalo tengok yang kecik2 tu,,, ralit jer..

    Ana
    yup... tertinjau2 sebab 1st time pi cari dewan.. teringat-ingat yg ana duk kt area2 situ...

    Mama Janet
    yalah,,Mngah dh masukkan dia dlm besen, dalamnya dialas dengan kain, tp ibu kucing ni dh renovate tempat dia tu dan kain2 tu semua, dia pun keluar. Tp mmg MNgah xdpt nk agak bila duenya. Akhirnya besen tu digunakan sbg bumbung 'pondoknya'nya pula... huhu..

    ReplyDelete
  5. ala mak ngah nanti kalau dah sampai..sms ana 0125677630..bleh kita jumpa..ana keja kat AG tau

    ReplyDelete
  6. TQ ana bg no. tpon.... InsyaAllah ada jodoh nnt, berjumpalah kita noh..?

    ReplyDelete