Friday, November 18, 2011

Keremak penawar ruam dan gatal-gatal

Ini gambar bunga dan daun keremak dari jarak dekat.

Tak perasan pula waktu ambik gambar, sekuntum bunganya yang kat atas tu dah layu. Tak pakai cermin mata waktu ambik gambar. Huhuhu.


Aku tak buang pokok2 ni kat tepi longkang rumah aku. Sekali pandang, ia nampak macam rumput liar sahaja.Tapi bagi aku, khasiatnya amat bernilai.



Sewaktu cucu aku berusia dua bulan, dia telah mendapat penyakit kulit yang amat teruk sekali. Mak dia kerja menangis kesian tengok kulit anak dah penuh dengan tompok2 merah. Lambatnya nak baik. Lepas diubatkan, esoknya ia timbul kembali. Banyak tempat dah pi berubat. Petua tradisi sudah. Klinik swasta sudah. Klinik kerajaan sudah. Pakar kulit pun sudah. Ada yang kata kudis buta. Ada yang kata alergik dari haiwan peliharaan.


Kakak kat tempat kerja aku bagi petua lumatkan daun keremak, campur bedak sejuk dan sapukan pada bahagian yang kena ruam. Dia kata dah ramai cucu dia yang dia amalkan guna daun ini sahaja.
Lepas disapukan cucu aku dengan bedak sejuk yang dicampur dengan daun ini, alhamdulillah. Penyakitnya beransur sembuh. Anak aku kata daun nilah yang lebih pakar dari yang pakar untuk kulit anak dia.
Alhamdulillah semuanya adalah dari pertolongnNya jua.

2 comments:

  1. Saya ingin meminta keizinan untuk menggunakan gambar pokok ini untuk tujuan
    penerbitan. Sekiranya diizinkan saya akan meletakkan nama puan sebagai
    kredit di bawah gambar tersebut. Hubungi saya: eziey81@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Saya rasa ini bukan pokok keremak tapi urang aring.

    ReplyDelete