Tuesday, November 15, 2011

Lepat liat


Bahan2
2 cawan tepung beras pulut
air gula merah
santan
sedikit garam
2 mangkuk santan (untuk dijadikan tahi minyak)

tahi minyak: masak santan hingga keluar minyak. Tapis minyak dari tahi minyak. Simpan tahi minyak dan minyak secara berasingan. Tahi minyak simpan  dalam bekas kedap udara.

Campurkan tepung pulut, santan, air gula merah dan sedikit garam. Anggaran bancuhannya ? dah hancus. Sebabnya?

Sebenarnya ini dah masuk kali ketiga aku cuba buat kuih lepat liat. Kawan aku cakap, bancuhannya cair, masukkan dalam teko (teko kopi dan teh) tuang masukkan dalam daun pisang yang sudah digulung. (lipat bahagian bawah daun pisang yang digulung tadi sambil menuang bancuhan tepung dari bahagian atas.
Dua kali buat sebelum ni, bancuhan aku sangat cair, bocor lah keluar melalui daun pisang yang carik semasa melipat bahagian bawahnya.

Kata kawan aku tu bancuhan tu macam buat kuih ketayap kot. Dia pun selalu buat dengan mak mertuanya. Mak mertua dia ni dah arwah dah. Biar pekat, tapi masih boleh mengalir semasa menuangnya kata dia lagi.
Eishh... ketayap pun lama dah aku tak buat. Oleh sebab bancuhan aku kali ni lebih pekat, jadi bila aku tuang kedalam gulungan daun pisang, tuang punya tuang, ia tak meleleh keluar ikut muncung teko lah pulak. Ia melimpah keluar pulak melalui mulut atas teko.
Selalulah mengacaunya supaya ia jangan mendap semasa menuang tu. He he banyaklah skillnya yang dipesan pada aku kali ni...
Selepas tiap kali dibalut, eloklah diletakkan terus ke dalam dulang periuk pengukus, kut-kut banyak kali diubah, boleh terbarai pulak balutannya, pesan dia lagi. Selepas itu bolehlah dikukus.


Ini apa ya? Hehe. Aku sendiri pun suspen dan seram dengan gambar ni. Bukan belut nih. Masih kuih lepat liatnya nih. Aku nak tunjukan bahagian tahi minyaknya. Mula2 aku tuang masukkan minyak (supaya ia tak melekat pada daun pisang) kemudian aku tuang bancuhan tepung dan last sekali aku masukkan tahi minyak. Jadi tahi minyak tu cuma ada kat bahagian hujungnya sahajalah. Tapi yang gambar kat atas tu, apasal lak tahi minyak berwarna cerah?

Nak kata rasanya macam dodol, taklah rasa dodol sangat. Rasanya lebih lembut dan nyaman. hehe. Tepung pulut yang aku gunakan kali ni pun aku buat sendiri. Nak menerai lesung yang baru dibeli. Rendam beras pulut semalaman, tumbuk gunakan lesung kayu, ayak untuk mendapatkan tepungnya. Dari satu cawan beras pulut, ia menggebu menjadi dua cawan tepung beras pulut. huhu. Lama dah tak buat kerja2 lagu ni. Last menumbuk tepung ialah sebelum tahun 80an. Confius juga betulkah boleh menjadi tepung dari beras pulut nih? Hehe. Ok sajalah. Sebagai ganti senaman untuk mengeluarkan sedikit peluh.

Gambar2 acara dan teknik tu semua aku tak dapat nak publish kat sini. Masa nak bancuh tepung, mak budak ni dah nak pi kerja. Tak dan nak habis aku melipat lepat2 aku tu, sikenit cucu aku ni dah terjerit-jerit. Tengok tu, air mata dia tu dah duk tergenang tu.

6 comments:

  1. Mak Ngah...

    Cek tak penah makan lepat liat ni...he he jakun tul cek ni ek...

    ReplyDelete
  2. hehehe..kelakar pulak bila baca kisah mak ngah ni...hehehe..saya suka kuih ni...rasa cam dodol..:)

    ReplyDelete
  3. heheh..lama tak dengar perkataan tahi minyak..hahah

    ReplyDelete
  4. Cik Cek
    Eishh... tak adalah jakunnya
    anak Mngah yg perm tu ckp, mana nak cari, tak ada pun org juai kuih mcm ni, yg ada nyoq dua dlm tepung tu, adalah(tpung bungkus la tu)... kata dia...MNgah ckp kalo bulan puasa tu mudahlah nak cari lepat liat ni...

    quinnie
    hehehe... biar pandir2 cket cerita dia, baru best nak baca... he he he

    Ana
    jgn kata Ana, Mngah pun rasa nak tergelak dgn nama tahi minyak nih,,,hehehe

    ReplyDelete
  5. makngah buka pasaran kat mna??

    ReplyDelete
  6. lani mcm nk berenti sat dr wt kuih manis2 ni... sakit lutuit....huhu... mcm ku kenal je cik abang anonymous ni ....

    ReplyDelete