Minggu ini aku sibuk denga cita-cita nak buat sulaman. Ini berkait dengan entri aku yang lepas. Penuh dengan gambar bunga sulam. Sulaman ini dikenali dengan nama oya.
Selepas lima hari explore aku baru terjumpa dengan punca utama sebab apa aku gagal sebelum ini. Buat dulu baru baca. Ha ha. Rupanya bukan aku sorang saja yang alami masalah sama. Orang lain pun begitu juga.
"...its a lot better if you have someone sitting next to you teaching you..."
"...have been tried but I cant!...."
"...oya isn't the easiest thing on earth!..."
Ha ha. Aku baru terjumpa dengan asas simpulan pertama. Belum masuk bab nak bentuk bunganya lagi.Aku hysteria.
But practise makes perfect! Wish me luck. Ha ha.
Nak calm down, aku pi buat karipap. "..Konyang gak poghut..." Ha ha. Sorry Ct Norarizah ya? Mak Ngah selalu nampak CT tulis macam tu...
Bukan currypuff ya? Langsung tak ada perisa kari. Tapi tak tau mai mana ni la karipap yang aku duk khayal dari aku kecik2 dulu sampai lala ni. Dari mana asal mula makan dan dari mana belajar, tak ingat. Kalau buat karipap ni anak aku yang lelaki tu selalu cakap suruh aku tambah daging banyak2. Nak senang, beli saja
daging cincang yang dah siap.
Bahan2 nya ialah daging cincang, kentang, bawang putih(tumis), bawang besar, lada hitam, cili besar dan daun sup. Kat sini aku hanya nak highligt inti karipap sajalah.Dah siap masak inti karipap ni, anak2 aku ambik separuh buat makan dengan nasi putih lah pulak. Pastri untuk kulit karipap aku buat ikut naluri saja. Hehe. Gambar karipap siap bergoreng pun tak ada, masa goreng dan makan, mood nak ambik gambarnya dah tak ada. Hehe.
No comments:
Post a Comment