Saturday, April 14, 2012

Daun sirih merawat selaput mata


Assalamualaikum..
Kali ni aku nak buat cerita mengenai khasiat daun sirih. 

Sebenarnya aku ni nak sambung balik cerita kisah aku pergi mengurut dengan Nek Bidan pada entri yang lepas.  Tengah mengurut tu aku berdesit2 menahan sakit. Dek nak redakan sakit tu agaknya nek tu bukak cerita pasal sirih kat rumah aku. Dia cakap banyak sirih kat rumah aku. Nak minta dengan tuannya pun selalu tak ada orang kat rumah. Aku cakap kat dia pada sapa2 yang rasa nak ambil daun sirih tu, ambil sajalah. Pokok sirih tu dah dikira  sebagai harta wakaf!


Sirih juga dapat hilangkan bau badan yang ditimbulkan dari aktiviti bakteria dan kulat. Ada satu lagi pesan nenek tu kat aku. Berkenaan dengan cara pengambilan sirih. Dia cakap masukkan 2-3 helai daun sirih dalam cawan. Curahkan air panas ke dalam cawan tadi. Tutupkan sekejap lepas tu minum air rendaman daun sirih ini. 

Aku dah bercerita yang nenek tukang urut tu usianya dah lebih 70 tahun. Badannya sihat kejap, telinganya tak bermasalah dan matanya pun sangat terang penglihatannya. 
Nenek tu pun cakap dengan aku daun sirih tu boleh ubati atau bahasa mudahnya buangkan selaput yang ada pada mata. Aku tanya macamana. Dia cakap ambil 2-3 helai daun sirih, ramas dalam sedikit air dan titis kat dalam mata. Lebihan airnya buatlah sapu muka sambil berselawat.
Balik rumah aku google cari kandungan yang ada  dalam daun sirih. Bahan aktif fenol dan kavikolnya ada daya mematikan kuman. 
Aku pun cuba buat. Mulakan dengan sebelah mata dahulu. Apa rasanya? Aduh. Pedihnya terasa sampai berdengung ke otak. Bukan buat selalu. Sekali sekala bila teringat sajalah. Rasanya macam ada sedikit perubahan. 

Selaput mata ni mula kelihatan bila usia kita makin meningkat. Selaput yang ada kat mata aku ni mulai kelihatan selepas aku gunakan produk apa tak tau untuk rawatan kulit muka. Mata aku alergik rupanya tak sesuai dengan sebarang bahan kosmetik.

Aku tanya guru biologi. Selaput mata tu katarak ke? Dia cakap katarak tu bukan selaput mata. Katarak ialah bila kanta mata yang jernih tu berubah menjadi kelabu. Oh. Yang aku tau ialah kalau rabun dekat atau rabun jauh, pembetulannya ialah dengan menyesuaikan ketebalan cerminmata
                                         


 Pada aku memang susah nak tanam pokok sirih. Apa pantang larang aku tak tau la. Dah dekat nak sepuluh kali dah aku cuba semai anak pokoknya sebelum ini. Sampailah aku fedup. Ni rantingnya diberi oleh sorang lelaki cina jiran dekat rumah aku.

Segala daun kering aku lepuk aja kat pangkal pokok ini. Inilah baja humus. Semulajadi.
Gambar apa pulak tu ek? Dari cerita selaput mata dah nak koi jadi cerita lain dah  ni....Inilah sarang haiwan. Misteri alam semulajadi. Naluri ibu kucing aku yang dekat2 nak beranak selalu nak buat tempat beranaknya kat sini. Yang dia beranak 5 bulan lepas pun kat sini jugak. Tapi yang tu semua anaknya dah tak ada. Yang sekor mati terlentang, yang sekor lagi hilang.

Naluri ibu kucing pun tahu keperluan bila dia nak beranak...
                                
Ni gambar muka Mek Teh kami selepas dia selamat beranak. Kali ni semuanya sihat dan hidup belaka.

Dah dua bulan usia depa ni semua. Tengah duk buat muka tertekan tu kot sebab dah dipenjarakan  oleh aku di sebalik tirai besi ini...
P/s Aku kurang suka entri aku ni. Panjang sangat. Aku sendiri pun kurang suka baca cerita yang panjang2..

23 comments:

  1. adakah saudara mengamalkan petua daun sirih ini & berhasil atau sebaliknya ? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidaklah mengamalkannya secara serius hanya beberapa kali sahaja, rasanya ada juga sedikit perubahan.

      Delete
  2. ahli keluarga saya ada mengalami selaput mata,,saya akan mencuba daun sireh ini...
    t.ksh atas info ini.....
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. t. ksih. bolehlah kalo nk mencuba, makngah pn cuba jg tp sekerat jalan sahaja...

      Delete
  3. Sy jg mengalami selaput putih di sekeliling kornia mata sy, mnkin kerana usia..adakah ianya selamat dan berkesan sekirany sy mengamalkn petua makngah ini??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada yang mempunyai masalah mata rabun/ silau/ katarak/ selaput/ berair, saya sarankan anda mencuba minum Kopi Mata / Coklat Mata Pertama Di Dunia iaitu CEN-Roma & CEN-Coco. Sila hubungi 012-678 0401/ 012-9120401 (sms/call) @ 010-5202192 (whatsapp). Boleh juga layari http://asyranilegacy.blogspot.com/ atau http://www.facebook.com/bizcenroma =)

      Delete
  4. assalam Mak Ngah.. terima kasih diatas perkongsian.. banyak sirih kat laman saya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam.. sama2.. elok tu, sekurang2nya paling mudah boleh gunakannya untuk hilangkan bau ketiak.. hehe

      Delete
  5. tumpang iklan ye admin .
    bagi anda yang ingin merawat masalah mata spt rabun @ silau @ katarak @ selaput @ dll yg berkaitan dgn mata , boleh hubungi sy 0179011736 ( call,sms,whatsapp,wechat,telegram)
    insyaallah,sy cuba membantu anda memulihkan mata anda.
    terima kasih.

    ReplyDelete

  6. Info yang menarik mengenai penggunaan daun sirih untuk merawat selaput mata. Katarak boleh disebabkan oleh faktor usia dan faktor sekunder iaitu penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Untuk mencegah katarak, mata perlu dijaga dari awal kerana proses pembentukan selaput pada kanta mata adalah satu proses yang perlahan dan berterusan. Bagi mencegah penyakit ini, seseorang yang berisiko tinggi digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang kaya dengan Vitamin C, beta-carotene dan Vitamin E. Selain itu, bagi mereka yang menghidap penyakit-penyakit kronik, kawalan penyakit itu sangat penting. Merokok dan pengambilan minuman keras juga tidak digalakkan kerana ia boleh mengurangkan kandungan air di dalam kanta dan menyebabkan kanta menjadi kering dan tidak kenyal.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaiku Kak Ngah (saya dah berumur 56 tahun) saya cuba gunakan air sirih tu untuk masalah katarak mata saya ni... terima kasih atas cadangan tu...

    ReplyDelete
  8. Saya rabun jauh dan silau..pengalaman saya menggunakan daun sireh yg telah direbus dan di titikkan ke dlm mata membuahkan hasil.alhamdulillah ..asalnya pandangan saya kabur,setelah menggunakannya pandangan mata saya lebih jelas.tdk perlu pakai cermin mata lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas info..rupanya boleh berkesan, nanti boleh cuba..

      Delete
  9. Assalamualaikum..terlbh dahulu maaf tumpng iklan..

    Sy sarina agent sah medina desire..jika anda ada masalah berat badan, perut boroi,angin dlm badan anda patut cuba set combo tea medina desire..saya jual

    Set Combo RM40
    (slimming detox tea dan kakicantiq tea)
    Lotion maryam rm35
    Fawless tea RM38
    📦Postage rm7sm rm11ss
    Berminat whatsapp ☎0134353969


    Panduan minum set combo

    PANDUAN MINUM KAKI CANTIQ TEA
    MORNING
    ------------------------------------
    1-Rendam uncang bersamaan 250ml ke dalam air panas
    2-setelah suam bole terus minum.
    3-minum pada waktu pagi sebelum sarapan pagi


    kesan selepas minum KC tea
    -----------------------------------
    1-akan merasa dahaga disarankan minum air lebih
    2-kerap membuang air kecil
    3-akan merasa kurang selera makan
    4-cepat kenyang
    5-di sarankan minum KC TEA berterusan utk mendapat kesan yang cepat.

    PANDUAN MINUM SLIMMING &DETOX
    NIGHT
    ------------------------------------------
    1-Rendam uncang bersamaan 250ml ke dalam air panas
    2-setelah suam bole terus minum.
    3-minum pada waktu malam sebelum tidur

    💃untuk kesan yg lebih cepat perlulah mengamalkan diet yang seimbang
    💃mimum air kosong 2-3L sehari.
    💃kurangkan pengambilan minuman berais
    💃kurangkan pengambilan gula berlebihan

    Rasa tea:-
    🍃 Slimming detox tea- rasa mcm teh biase tapi xkelat atau pahit

    🍂 Kakicantiq tea- rasa lite rebina dengan serai

    📌semasa priod boleh ambilh

    ReplyDelete
  10. Kalau titis ayaq sirih tu dalam mataa ! diaa pedih kaa ?

    ReplyDelete
  11. Sirih ni boleh jugak ke nk hilangkan katarak

    ReplyDelete
  12. Assalam makngah...kalau rebusan sirih tu boleh diguna byk kali utk wt titisan mata....atau boleh wt wap rebusan saja x??

    ReplyDelete
  13. Assalam makngah....air rebusan sirih tu boleh diguna byk kali x???atau diguna sekali saja...utk titisan mata

    ReplyDelete
  14. Daun sirih mang bagus gunalah tanpa ragu,mak sya remas2kn daun sirih dlam air,kemudian kedip2kn mata dlam air sirih tsb,mata mak sya x pernah ada katrak atu mslah mata hngga umurnya 80 ke atas,hngga beliau mninggal..

    ReplyDelete