Friday, December 7, 2012

Herba ajaib penyembuh segala jenis penyakit

Assalamualaikum
Sudah lama aku tahu tentang khasiat penyembuh habatussauda atau jintan hitam ini. Tapi rasa culas dan tak berapa nak kisah membuatkan aku mengambilnya dalam sukatan ikut suka hati aku. Curah sejemput kat atas tapak tangan dan menelannya dengan seteguk air. Rasanya kesan yang aku dapat ialah panasnya rasa suhu badan dengan pengambilan yang tidak mengikut panduan yang betul.
Oleh rasa was-wasnya aku untuk mengambil sebarang produk kesihatan  yang banyak berada di pasaran pada masa ini, aku rasa lebih baik aku kembali kepada penyembuhan secara semulajadi.

Artikel yang panjang lebar mengenai kemujaraban jintan hitam ini bolehlah klik dan dapatkannya kat sini.  Rasullullah s.a.w. ada menyebut mengenai kelebihan habatussauda iaitu sabdanya 'Hendaklah kamu memakan habatussauda kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan mati'. Riwayat at-Tirmizi.
by google

Aku  letakkan sebotol jintan hitam ini kat dalam laci meja kat tempat kerja aku.Kat tempat kerja, aku ada masa untuk membilang 7 biji jintan yang bersaiz kecil ini sebelum menelannya. Selepas pengambilan 7biji jintan ini aku terasa badan aku kurang sihat dan ada rasa nak demam. Sepas makan ubat, demam pun hilang. Lama selepas hilang demam aku ambil lagi 7 biji jintan hitam ini untuk melihat reaksinya kali ke 2. Hasilnya sama. Aku  demam lagi. Selepas habis demam dan masuk kali yang ke 3 menelannya barulah normal. Aku tak demam lagi. Tapi rupanya cara yang betul  memakannya ialah pengambilan 7 biji sebelum tidur dan 7 biji lagi selepas bangun dari tidur.

4 comments:

  1. Nigella Sativa ni kalau rajin I buat majun. Sekarang I buat taugeh, campur dng salad. Agaknya campur dalam kerabu pun sedap kot, rasa pahit2 lemak.

    ReplyDelete
  2. Makngah nak juga belajar macamana nak buat makjun tu.Cambahkan jintan jadikannya mcm taugehkah?.Lain kali bolehlah cuba campur siket dlm kerabu, depa kata yg rasa lagu tu depa pangei pedaq...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betui tu Mak Ngah, rasanya memang pedag sikit... jadi tak boleh bubuh banyak dalam salad.

      Taugeh nigella ni halus2 macam jarum. Percambahan pun ambil masa lebih sikit dari taugeh biasa.

      Delete
  3. makngah nk cuba buat taugeh ni jugalah. Kalao telan sebiji2 mcm tu saja rasa mcm tak berapa nk hadam la...

    ReplyDelete