Saturday, December 8, 2012

Mee bandum yang nostalgia

Assalamualaikum

Aku selalu terindukan pada rasa mee bandung yang selalu aku makan masa aku kecik2 kat tempat kelahiran di kampung aku dulu. Waktu tu kalau tak silap harga mee bandung sepinggan dalam lingkungan seringgit dua kupang atau seringgit enam kupang sahaja. Aku tak berapa ingat dengan pasti. Cuma rasa sedapnya tak dapat lagi aku nikmati sehingga hari ini. Namanya mee bandung barangkali, tapi oleh sebutan orang2 kampung aku bunyinya seakan-akan mee bandum. Hilang 'g' nya.

Pencarian aku untuk  rasa mee ini berakhir kat blog periuk tanah. Ini kerana seingat aku, mee yang aku rasa sedap sangat masa kecik2 dulu tu antaranya mengandungi sayur sawi, tomato, daun sup dan daun bawang hiris, bawang goreng, tauhu, sedikit daging, sotong dan yang tak boleh lupa ialah sebiji telur ayam yang dipecahkan masuk ke dalam kuahnya yang sedang panas2. Kuahnya tidak pekat tapi mengandungi rasa sedikit pedas, manis dan masam perahan limau nipis. Tiada campuran sayur lain yang cacamarba. Tak ada daging ayam pada rasa mee bandum yang asli. Zaman dulu tu rasanya belum ada lagi orang buat projek ternak ayam daging macam sekarang ni. Ayam yang dibela kat kawasan kampung keliling rumah tu  akan hanya disembelih pada waktu2 tertentu yang istimewa sahaja.

Terima kasih pada Kak An yang sudi berkongsi resepi mee abahnya untuk dikongsi bersama-sama. Katanya resepi ini adalah turun temurun dari abahnya iaitu ayah mertuanya sendiri. Terima kasih sekali lagi...

2 comments:

  1. Saya nak masak mee bandung sendiri kena tunggu kucing tumbuh tanduk dulu kot sbb nak mkn sorang saja tak berbaloi masak sendiri.

    Kalau Mak Ngah ada kot leghah Guar Chempedak (tak jauh dari kaki Gunung Jerai) jangan lupa singgah makan mee bandung kedai bawah banggunan mara... bagi selera saya sedaplah mee bandung disitu. Klu tak salah ada 2 kedai jual mee bandung kat situ.

    ReplyDelete
  2. Orait n TQ Shah. InsyaAllah akan mngah usahakan pi Guaq Cempedak. Kalo ada 2 kedai, yg satu kedai tu order makan, yg lg satu tu bungkuih bawa balik...

    ReplyDelete