Sulam tapak itik. Pelik tak? Hu hu. Aku nak sebut pun rasa was-was. Tapi gitulah yang disebut oleh mak sedara aku. Dia ajar sulam ni pada aku di sekitar tahun 70an dulu. Puas dah aku google. Tak jumpa pun. Mungkin di tempat lain, lain pula ianya disebut orang.
Ini percubaan aku pertamakali selepas dah lama ingat2 lupa bagaimana cara nak membuatnya. Entah betul entah tidak. Tak berapa nak cantik. Jarang2 jer jadinya. Yang dah aku search, cuma terjumpa dengan yang ini dan yang sewaktu dengannya. Sulam sisir.
Bila di tempat kerja dan tanya kat kawan aku tu, rupanya dia pun tau apa itu tapak itik . Pernah dia diajar oleh gurunya masa tahun 70an dulu juga. Guru yang mengajar subjek Sains Rumah tangga. Wah, cik gu dia ni sangat berdedikasi rupanya. Sengaja nak menurunkan ilmu yang unik ni pada anak2 muridnya. Sangat unik sebab jumlahnya yang tak banyak unit. Kalo tak, tentu aku dah jumpanya kat google search.
Percubaan aku dengan menggunakan benang yang selalu digunakan untuk mengait. Yang sebelah kiri menggunakan jarum satu. Yang di sebelah kanan menggunakan dua jarum. Aku ingat2 lupa. Rasanya yang mak sedara aku ajar tu menggunakan dua jarum.
Yang ini aku cuba menggunakan benang berbuku yang digunakan pada mesin jahit yang boleh menjahit sulam. Benang ni nampak cantik dan agak berkilat. Tapi aku tak boleh teruskannya. Ia halus dan licin. Kena dilipat menjadi dua lembar. Mudah pula ia kusut pada aku. Kusut2 ni buat aku hilang konsentrasi lah....
Benang hijau di sebelah kiri tu pun aku gunakan benang untuk mesin jahit sulam. Yang biru sebelah kanan tu gunakan benang lipat a.k.a benang DMC. Aku minta kawan aku jahitkan untuk aku. Ginilah paten yang diajar oleh sifunya. Gunakan jarum satu. Sulam balik kirikanan. Dia kata kalau masih ada kat rumahnya, dia akan tunjukkan kain saprah yang pernah dijahitnya sebelum2 ini kat aku.
Aneh juga. Kawan aku ni dulu bersekolah kat sempadan negeri Perak. Dia tinggal kat Selama Kedah. Gurunya tu kaum Cina. Aku pula dengan mak sedara aku tinggal kat sempadan negeri Perlis. Kalau ingat nanti aku nak tanya kat mak sedara aku tu dia belajar dari mana.
Untuk setiap kelopak bunga, mulakan dengan membentuk tiang kelopaknya dan matikan dengan sebatang jarum dan benang di hujungnya. Kemudian sulam balik kiri kanan hingga habis.
Rajah permulaan aku melakar kelopak bunganya. Testing. Testing. Mulakan dengan benang yang warnanya lebih lembut supaya mata aku tak rasa penat sangat. hu hu.
Aku dah jumpa sulaman tapak itik kat sini: kamal kadai
Yang ini lagi cantik dengan maniknya sekali: beaded kamal kadai
1st time tgok nih..
ReplyDeleteana beli susu n botol kat Jitra Jaya Pets Shop, kedai sebaris dgn kedai tayar Bridegestone
TQ Ana, kwn makngah ni duk gaduh ibukucing mai tingai anak kat rumah dia,, anak2 tu cirit2 minum susu tin biasa
DeleteSaya ni Mak Ngah bab sulam menyulam jahit menjahit mmg fail.
ReplyDeleteHendaknya ramai yang tampil hidupkan kembali sulaman Melayu asli.
Sulam ni cantik juga letak kat kain safrah.
Kalau Mak Ngah hantar entry cara buat kain safrah saya akan cuba buat... teringat makan duduk bersila hidangan dialas kain safrah. La ni depa bubuh surat khabar saja.. tak ada seni langsung
yala ank pompuan mak ngah pun tak minat, boleh dia kata kt makngah duk pi buat wtpala la benda2 gini... ish3 bdk skrg..
DeleteBertambah semangat makngah kalo Shah pun minat nak buat sama.Makngah pun nnt nak try sulam kamal kadai tu sbb rasa lg mudah.
Hehe lps guna, s/khabar boleh dbuang, kain safrah nak kena cuci, tu yg org malas kot...