Followers

Tuesday, January 1, 2013

Moi spesial dan buah mencupu


Salam.
Moi tu apa? Dulu ada mak cik jiran aku bagitau aku jirannya yang sorang tu selalu cakap dia menyerok moi bila sarapan pagi. Mak cik tu cakap kat aku mulanya dia tak tahu  moi tu benda apa. Mana taknya kakak yang dia tanya tu orang Langkawi. Aku tentulah expert  moi tu apa. Zaman dulu kalau dikaitkan dengan makan moi tu tandanya orang susah. Maka dijimatkanlah beras untuk dimasak bubur dan dapatlah dimakan beramai-ramai.

 Bahan2
Rebus beras dengan air yang banyak sehingga nasi betul2 kembang
Goreng ikan bilis, ikan talang, ikan kembung segar (boleh gunakan udang, daging atau apa yang anda suka)
Lepas di goreng, tumbuk lauk2 yang  digoreng
tumbuk lada hitam,
bawang merah goreng
potong daun sup dan daun bawang
tumbuk buah mempelam muda 

Suatu hari lebih 20 tahun yang silam aku berbual dengan sorang rakan sekerja pasal sedapnya makan nasi lembik bercampur lauk bilis dan lobak asin. Kawan aku ni pun ceritalah dia makan lagi sedap. Dia campurkan dalam nasi lembik tu buah mempelam muda sebagai ganti lobak masin. Owh. Aku pikir yang ni lagi power! Rakan aku ni orang  Perak. Dia kata kalau tidak dengan  buah mempelam muda, mak dia gunakan buah mencupu! Auww.. Bertambah kecur liur lagilah aku ni...

Macamana nak makan nasi lembek yang aku buat kat atas tadi tu? Senang ja. Lepas sendukkan nasi dalam mangkuk, taburkan segala jenis lauk yang sudah ditumbuk dan daun yang sudah dihiris kat atas nasi tadi. Lepas tu gaulkan biar sebati rasanya. Kalau kurang masin, tambahkan ikan masin, kurang masam tambahkan  mempelam, kurang pedas, tambahkan lada hitam. Terus makan. Kalau ada rasa2 kurang lagi, tambah lagi nasi lembik  dan tambah balik segala ramuannya  seperti yang di atas tadi. Lama2 jadi bermangkuk2lah kan... Gitulah selalunya cara aku makan. Nak berdiet konon dengan nasi lembik, last2 makan bertambah2  mangkuklah pulak jadinya. Sedap!


Ini gambar buah mencupu. Kat tempat aku mananya nak ada buah ini. Aku pernah makannya semasa aku  menetap sekejap kat tepi sungai Pahang dulu. Masa tu belajar kat sekolah swasta. Zaman tu tak  ada banyak kolej lepasan SPM macam zaman sekarang. Menyewa rumah kampung. Turun dari pokok mencupu  mandi pula ke sungai.  Bekalan air paip kadang2 tergendala sebentar.  Bila diingat2 balik macam tolollah pulak. Dah remaja macam tu pun masih panjat pokok dan mandi sungai! Yang budak2 lelakinya pula rilex2 ajer petik gitar kat atas rumah berdekatan.
Tapi lagi lawak aku baca cerita dari satu blog tu. Tak ingat dah blog siapa. Kecik2 dulu seharian kat atas pokok mencupu. Kena marah dan kena rotan. Menangis. Tapi mulut tak boleh nak buka sebab bibir dah melekat  digamkan oleh getah buah mencupu!

2 comments:

  1. Manalah saya nak mencari buah mencupu ni...

    ReplyDelete
  2. ada kut lagi pokoknya kat kawasan pendalaman Pahang... Pokoknya seiras pokok manggis.

    ReplyDelete