Tipah dah tertipu. Bukan Tipah je yang tertipu, aku pun tertipu jugak...
Ini cerita pasal aku punya bunga orkid. Bunga orkid ni memang cantik. Walaupun cantik, aku rasa aku tak akan beli walau ada sesiapa pun yang menjualnya. Aku suka pada sebarang bunga yang berwarna ceria.
Ini anak pokoknya yang aku beli dulu tu. Tak ingat lah bila. Kalau tak satu tahun, mungkin ia dah dua tahun dalam pemerhatian aku. Bukanlah aku menatangnya bagai minyak yang penuh. Aku siram bila teringat begitu juga pada waktu2 nak membajanya. Cuma yang buat aku kecewa, lain warna dan corak bunga yang ku pilih, lain pula bunganya yang muncul. Dah dua pokoknya berbunga, tinggal empat lagi yang belum.
Tapi tak apalah. Dah tak ada kaum bangsa aku sendiri yang berkecimpung di bidang perusahaan orkid ni. Maksud aku yang selalu menyertai ekspo di dua tempat yang popular kat tempat aku pada setiap hujung tahun. Dek kerana warnanya yang putih, bersih dan mulus aku suka juga tengok bunga ini. Ia masih nampak cantik bak sutera!

No comments:
Post a Comment