Orang Kedah sebut cabai. Orang2 di bahagian selatan pula menyebutnya sebagai lada. Kalau lada tu, bagi orang Kedah ialah lada hitam atau lada putih. Jadi jangan pelik jika aku sebut tajuk entri aku ni cabai solok lada. Solok lada ialah salah satu menu yang tersenarai dalam pembuatan nasi kerabu. Cukup susah bagi aku nak dapatkan lada besar ini untuk membuat nasi kerabu.
Sekarang aku dah memiliki pokok cabai yang dah berbuah untuk dibuat solok lada. Kut2 tak terbuatlah pulak! Ha ha. Berbuah baru sebijik dah riuh sealam maya tanpa sempadan. Mungkin buah ni belum cukup matang dan ia masih dalam proses tumbesaran. Dari buahnya yang aku gunakan untuk semaiannya dulu saiznya amatlah kontot tetapi besar.
Aku ada sepohon lagi pokok ni yang belum berbuah. Benihnya dulu aku terserempak dengan buahnya yang tetiba aja ada dijual kat Pasar Besar sehari sebelum raya puasa pada tahun lepas. Ada dua biji buahnya yang sudah masak. Seorang pelanggan sedang sibuk memilih lada hijau ini. Aku menegurnya dan dia cakap cuma satu gerai ni saja yang menjualnya. Aku dah maklum. Aku pilih dan beli dua biji buah yang masak tu sahaja.
Sebenarnya semaian anak lada hijau tu yang tumbuh amatlah banyak. Rasa2 macam aku nak jadi pengusaha lada soloklah pulak. Tapi aku taklah profesional. Minat bertanam pun datang ikut musim sahaja.
Apa fasal aku letak gambar dua ekor meow-meow kat atas nun. Haa... meow2 yang dua ekor ni la antara penyebab anak2 pokok aku selalu rosak. Apa yang depa dah buat? Depa dua ekor ni suka buat perangai terhegeh-hegeh. Suka jadikan pasu yang aku bertanam pokok sebagai tempat membuang air kecil dan air besar. Tanah gembur dalam pasu tulah tandas depa!

Tu dia Mak Ngah tanam lada solok pulak... jangan putus benih ya Mak Ngah, tak lama lagi saya balik Malaysia boleh kecek sikit ;)
ReplyDeleteInsyaAllah mngah simpan benihnya utk Shah & selamat pulang ke tanah jawi yg penuh bertuah ni mngah ucapkan pd Shah.. :)
ReplyDelete