Followers

Tuesday, December 31, 2013

Rendang maman

Aku lama dah berminat nak buat rendang maman. Masalah nak dapatkan daun maman segar yang  buatkan  aku menangguhkan dulu rancangan aku tu. Beberapa hari lepas dapat pula daun maman dijual kat pasar. Sekilo RM6 rupanya harga daun maman yang belum dijerukkan. 



Yang aku tahu maman segar rasanya pahit. Ini pengalaman aku waktu memasak singgang maman. Tapi daun maman yang sudah dijerukkan bersama nasi sejuk pula rasanya masam.

Aku tawakkal aja ikut resepi rendang maman KAT SINI. Alhamdulillah memang sedap rasanya!.Aku suka. Ini adalah resepi tradisional.

2 comments:

  1. Salam..Selamat tahun baru 2014 buat akak sekeluarga..Semoga bertambah ceria dan gembira serta diberkati OlehNya.

    Saya belum pernah makan maman walau pun masa kat kg dulu-dulu mak biasa sediakan jeruk maman ni makan bersama nasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali dan terima kasih Sue. Mudah2an kita semua akan bertambah ceria dan bahagia di bawah lindunganNya di tahun baru 2014.
      Makngah pun kecik2 dlu boring bila terbau jeruk maman yang dimakan oleh arwah nenek, :).. dah jadi nenek, selera pun ikut nenek...:)

      Delete