Friday, August 12, 2011

Masak lemak kuning pucuk mengkudu dengan daging

Bahan2
Pucuk mengkudu yang dihiris dan direbus, daging salai yang dihiris nipis, santan, kunyit, halia, serai, bawang besar, cili besar, garam, gula dan sedikit aji.

Masukkan semua bahan dalam periuk. Jerangkan atas api hingga masak.

Aku dapat resepi ini dari seorang kawan aku sebab dah terjumpa dengan resepi ini tak ingat entah dari blog siapa, orang Terengganu. Bila tanya kat kawan aku tu, dia cakap memang tok dia dulu pernah juga buat masakan ni guna daging salai.
Tapi aku tak tau apa tu daging salai. Salai atas api ke atau salai kat cahaya matahari?

Jadi inilah kaedah yang aku gunakan untuk menyalai daging untuk masak lemak kuning pucuk mengkudu aku tu...

Ini pokok jambu bol. Asal lak ada photo ni kat sini? Hehe. Aku teringat pada sorang kakak jiran aku. Tiap kali bulan puasa, berselang hari dia mai kutip mana2 pucuk daun yang boleh dibuat nasi ulam kat rumah aku. Suami dia tu hari2 sepanjang bulan ramadan nak kena ada nasi ulam untuk berbuka puasa. Suatu hari dia kutip pucuk daun jambu ini kat rumah aku. Geram sangat katanya. Nampak coklat lawa lembut saja. Dia kata kalau dah buahnya boleh dimakan, tak kan pucuknya mabuk kot?
Haha. Hari tu nasib dia kurang baik. Dia kena marah. Suami dia tanya awat nasi ulam petang ni pahit berdengung tak leh nak makan. Kakak tu cakap macam besala. Dia boh daun mengkudu saja. Tu yang pahit kut...Haha. Sapa nak mengaku salah? Hehe...

Masak lemak putih pucuk mengkudu

Bahan2
Secekak pucuk mengkudu
Ikan bilis
Santan
Sedikit halia
Garam, gula dan sedikit aji

Masukkan santan dalam periuk. Tambah pucuk mengkudu yang sudah dihiris dan dicelur, masukkan juga ikan bilis. Jerang hingg masak. Bila hampir masak, masukkan gula, garam dan sedikit aji.

Ini adalah masakan asas orang dulu2. Sangat simple. Kuah dia warna putih jer. Aku teringat pada seorang kawan veteran aku. Dia cerita kalau pi makan nasi rumah orang tua dulu2, sedapnya rasa masakan depa. Dia cerita kawannya telah dihulurkan masakan kampong semasa melakukan satu aktiviti secara berkumpulan. Ini cerita atas ceritalah kiranya.
Kata kawan dia, kalau nengok ke periuknya, sompek aje.. Tak ada pun aksesori atau lain2 make-up seperti yang kita duk buat pada masakan dia tu. Tapi, tak padan dengan periuk hodohnya tu, bila makan isi dalam periuk dia tu boleh buat kita selalu teringat-ingatlah... Yang cenggini barulah selayaknya dipanggil potluck kan?

Kecik2 dulu tengok sayur ni pun aku dah rasa bosan. Agak menyeramkan sebab masa budak2 kecik dulu mana reti nak makan makanan yang pahit2 ni. Tapi orang2 canggih zaman teknologi lani dah produce macam2 makanan dan minuman yang berasaskan mengkudu.

Friday, August 5, 2011

Modify bengkang roti



Beberapa hari selepas percubaan buat bengkang roti yang pertama, aku buat bengkang roti kali kedua sebab masih ada lagi roti gardenia yang tak habis dimakan.

Masih gunakan resepi yang sama tapi dah diubahsuai ~
8 keping roti, 2 cawan susu segar (lebihkan susu), 2 sudu margerin, 6 1/2 sudu gula, 2 biji telur, 1 sudu kecil esen ros, 1 sudu tepung jagung, 70gm kismis.

Bengkang roti yang terhasil pada kali ini pada aku rasanya lebih sedap sebab ia lebih lembut dan cukup manisnya. He he. Sapa lagi nak puji diri sendiri kan.. ha ha..

Tapi anak perempuan aku kata dia lebih suka yang aku mula2 buat dulu sebab katanya yang gunakan roti benggali lebih terasa rotinya. Yang guna roti gardenia rasanya macam bengkang itu dibuat dari tepung kerana ingredient dan tekstur kedua2 jenis roti itu tak sama.

Tapi gambar bengkang tu tak dapat nak upload buat masa ni sebab kamera aku tu aku dah tertinggal kat tempat kerja. Hari Ahad nanti baru boleh ambik.

Thursday, August 4, 2011

Lagi cerita pasembor Kodiang


Ini gambar real pasembor Kodiang. Real sebab aku dah tengok dan jamah sendiri. Sebelum ni aku dengar dari cerita orang sahaja. Pasembor Kodiang yang gerainya betul2 dalam laman masjid kodiang. Ada tiga buah gerai yang masyur kat sini katanya. Satu lagi kat seberang bersetentang dengan masjid namanya pasembor Ghani dan yang satu lagi dekat dengan sebelah traffic ligh.


Nilah signboard dan nama gerai berkenaan. Rasanya tuan punya gerai ini ialah menantu kepada Husain pasembor asal yang berniaga pada tiga puluh tahun lepas.
Tapi itulah peliknya pada aku, ramai orang yang kata pasembor ni sedap, selera aku lebih terbekenan pada pasembor yang kat sebelah traffic light. Pada selera aku, kuah kat sini rasanya macam ada campur dengan sedikit rempah.



Gerainya bersih dan cantik. Mailah rasa pada sapa2 yang teringin nak makan. Tak mahai, sepinggan RM2.00 sahaja. Murah kan? Cuma kalau nak rasa pasembor yang ada cucur ketam, kena la mai pada hari Sabtu. Sepinggan RM3.00. Agaknya sebab pada hari Sabtu ada nat Kodiang, ramai orang yang keluar berbelanja.

Aku pun hanya nak cuba-cuba saja. Aku sebenarnya kuranglah minat pada jenis makanan bergoreng dalam minyak yang banyak. Pada aku, aku lebih suka dengan pecal. Mungkin sebab aku ni jenis lebih suka pada sayuran. Agaknya sebab tu ayah aku pernah cakap dengan aku, katanya yang suka dengan daun2 tu .... tet... tettt... kambing ! Ha ha ha.

Wednesday, August 3, 2011

Asam pedas ikan haruan dengan biji cempedak



Bahan2
2 ekor ikan haruan
5 biji (biji cempedak yang sudah dikupas kulit luar dan di belah dua)
setangkai daun kesum
3 kelopak bunga kantan
4 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit jintan manis~gunakan sedikit sahaja
sedikit biji ketumbar ~gunakan sedikit sahaja untuk mendapatkan bau
1/2 inci kunyit hidup
1-2 asam keping, belacan, garam, gula dan sedikit aji




Inilah ikan haruan. Aku dapatkan dua ekor ikan haruan yang kecil sahaja. Sengaja nak masak menu zaman dulu kala. Haha. Aku pernah makan asam pedas ini masa kat kampung dahulu. Asam pedas ikan darat campur dengan biji cempedak atau biji nangka aku pun tak tau. Tapi dah sekarang musim cempedak, aku gunakan biji cempedak sajalah.


by google

Tapi bila pi cerita kat kawan aku, dia kata kalau masak dengan ikan puyu atau ikan sepat lagi sedap sebab isi ikan haruan lebih keras dari isi ikan sepat dan ikan puyu. Wah! Nampaknya aku silap lagi.
Jadi aku layan sajalah letak gambar ikan puyu kat sini. Suka tengok sirip dia yang tegak tu. Kata orang langsuyar yang suka mengilai-ngilai boleh mati tercekik sebab ikan puyu melompat masuk ke dalam mulutnya yang sedang ternganga kerana mengilai tu . Haha. Aku dengar cerita orang lah.



by google

Ini pulak gambar ikan sepat. Letak jugak kat sini. Dah beli ikan haruan, pusing belakang baru aku nampak ada juga rupanya orang yang menjual ikan sepat dan ikan puyu. Aku pula tak terfikir nak beli mungkin sebab malas nak siangnya atau malas dah nak menyinggah banyak tempat. Tangan aku dah penuh jenjet jabey kiri kanan. Dah tak cheluih tangan nak pegang banyak-banyak barang.

Ikan cencaru bakar


Bahan2
2 ekor ikan cencaru~ belah belakang dan bersihkan
5 biji cili kering (boleh gantikan dengan cili api)
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
sedikit jintan manis
sedikit ketumbar(rempah biji)
2 camca kelapa parut
sedikit belacan
gula(lebihkan gula), garam, sedikit aji
air asam jawa

Tumbuk bahan-bahan diatas. Perap pada ikan lebih kurang setengah jam. Bakar sehingga masak. Atau balut ikan dahulu gunakan auminium foil sebelum dibakar.



Ada orang bagi petua pada aku putuskan ekor ikan seperti di atas dapat elakkan masalah orang yang alah pada ikan cencaru. Ada orang yang tak boleh makan ikan cencaru sebab gatal katanya.
Boleh gunakan juga cara ini pada ikan tongkol. Patahkan ekornya kemudian putar2kan dan lepas tu, cabut.

Ikan bakar yang kat atas tu aku ambik gambarnya dari google. Ikan yang aku masak terlupa nak ambik gambarnya. Lagi pun dah tak comey sebab dah cacat tak ada ekor.. He he.
Lagi satu orang Kedah panggil ikan cencaru sebagai ikan jeket.



Haruan bantut ehsan dari google.

Resepi kat atas tu aku ambik dari cara membuat ikan haruan bantut. Mungkin ada orang yang tak pernah mendengar perkataan bantut. Ikan haruan yang besar2 dulu dibakar dengan cara ini. Zaman aku kecik dulu mudah sangat untuk dapatkan ikan haruan. Kadang2 arwah tok aku masak serunding gunakan ikan haruan. Abang aku tangkap ikan ini guna pelompat. Aku tengok dia pasang pelompat tu sambil lalu serupa dia main2 saja. Tapi pagi esoknya aku selalu tengok berlengkar2 ikan haruan besar2 masuk dia punya pelompat. Rasanya masa tu ikan gini tak jadi harga pun. Gambar hidangan kat atas tu pun aku ciluk orang lain punya untuk tambah2 info kat blog aku ni. He he he.



Ginilah cara tahan ikan guna pelompat. Ini dapat dari blog orang lain juga. He he.


Tuan blog tu tunjukkan gambar ikan haruan dah lompat. Anak ikan kecik jer...

Saturday, July 30, 2011

SOM TAM ala-ala kampung


Bahan2
Cili padi
Udang kering (mentah)
air asam jawa
air limau nipis
bawang putih
kacang tanah (goreng tanpa minyak)
buah mempelam (mangga)
kacang panjang
betik
carrot
tomato
timun,
taugeh
~Resepi ini aku dapat dari rancangan TV3 kot, pada 20.12.2004. Dulu dah pernah buat sekali. Bawang putih tu buat kurang enak sikit rasanya. Tapi mungkin tujuannya untuk membuang angin kerana memakan sayuran mentah.

Tumbuk cili api, Tambah kacang tanah, tomato, gula, garam, air asam jawa, air limau nipis, udang kering dan lain2 sayuran.


Hari Rabu lepas aku dah siapkan semua bahan2 ini (kecuali buah pelam) untuk dibawa ke tempat kerja. Buah betik dan pelam dah dibawa oleh rakan aku pada hari Selasa lagi. Suaminya susah payah panjat tangga untuk ambik buah betik dari pokok yang tinggi menjulang.
Karot tu nampak kurang segar sebab beli kat pasaraya. Huhu.
Nak kenduri makan somtam sebelum sambut ramadhan? Haha. Apa2 ajalah. Betul kata kawan aku, kalau makan ramai2 baru sedap. Serupa makan garam belacan.

Tapi aku tak datang kerja pada hari Khamis. Aku tak setia pada janji. Hu hu.


Asal lak ada gambar baby kat sini?
Ni la gambar cucu aku. Hari Rabu maknya mula kerja shif malam. 3 malam berturut2. Malam pertama cucu ni tidur dengan tok dia. Menjerit2 dia sampai pukul 3.30 pagi. Sebelum siang, 3 kali lagi dia menangis. Jam 6.30 pagi dia bangun senyum dan gelak2 lepas minum susu. Tapi time ni tok dia dah cukup pening dan letih. Sebab tu lah hari Khamis tok dia ambik cuti, tak dapat pergi kerja. Kena sambung tidur balik!