Followers

Friday, August 5, 2011

Modify bengkang roti



Beberapa hari selepas percubaan buat bengkang roti yang pertama, aku buat bengkang roti kali kedua sebab masih ada lagi roti gardenia yang tak habis dimakan.

Masih gunakan resepi yang sama tapi dah diubahsuai ~
8 keping roti, 2 cawan susu segar (lebihkan susu), 2 sudu margerin, 6 1/2 sudu gula, 2 biji telur, 1 sudu kecil esen ros, 1 sudu tepung jagung, 70gm kismis.

Bengkang roti yang terhasil pada kali ini pada aku rasanya lebih sedap sebab ia lebih lembut dan cukup manisnya. He he. Sapa lagi nak puji diri sendiri kan.. ha ha..

Tapi anak perempuan aku kata dia lebih suka yang aku mula2 buat dulu sebab katanya yang gunakan roti benggali lebih terasa rotinya. Yang guna roti gardenia rasanya macam bengkang itu dibuat dari tepung kerana ingredient dan tekstur kedua2 jenis roti itu tak sama.

Tapi gambar bengkang tu tak dapat nak upload buat masa ni sebab kamera aku tu aku dah tertinggal kat tempat kerja. Hari Ahad nanti baru boleh ambik.

5 comments:

  1. penbiru; betulla mak ngah, saya pun suka yg dibuat dari roti benggali tu..rasa lebih sedap

    ReplyDelete
  2. dah seminggu pose.. sekali pun aku belum buat kuih.. takut tak laku..huhu.. rajinnya awak buat kuih..

    ReplyDelete
  3. penbiru; tak buat mak ngah,takde masa la,sibuk menjahit.semuanya org buat, sy beli je..heheheh

    ReplyDelete
  4. Ini masakan sebelum puasa,...puasa ni sy cuma pnh mask cekodok, tu pn tawar, haha...slalu guna pisang emas n berangan ranum, xprasan kali ni sy guna pisang awak..
    2 org kwn sy ckp mak depa ajar wt cekodok guna tpg beras!... hee.. jakunnya sy, tu pun sy xtau!

    ReplyDelete
  5. Syukur Ana, betmbah rezeki di bulan puasa ni sbb dpt byk tempahan.... MNgah selalu skodeng duk meniru manik2 kt blog Ana.... jgn marah noh...hehe
    ...syok rupanya jahit manik nih... enjoylah!

    ReplyDelete