Tuesday, March 31, 2015

Pada 31 Mac 2015 ~ Alahai GST..


kaunter depan: kak nak buat apa ni?
                 aku: nak keluarkan duit dari akaun saham amanah ni dan nak masukkan ke akaun ni.
                 (aku diberikan sekeping borang pindah milik akaun..)
kaunter depan: ok. kak naik cepat kak, nombor giliran kak dah nak sampai..
                 aku: ok. kak naik sekarang. (termengah2 juga sebab aku bukan orang muda..)
 .................
                aku: borang masuk belum isi lagi Cik..
      kaunter 6 : Laa..
                        Tak isi lagi ka patutnya depa kena suroh kak isi borang dulu baru nombor giliran. Pi isi borang dulu.
                aku: ok. kak pi isi sat.. 
                        ( aku hairan pada borang ada ruangan nombor income tax yang perlu diisi.. aku abaikan saja) 
.................
     kaunter 6  :  nombor INCOME TAX apa?
                aku:  saya tak dak nomber INCOME TAX Cik...
     kaunter 6  :  Laa.. ni kak isi ni borang INCOME TAX.
                aku :  .... tu yang saya duk heran tadi tu..  
     kaunter 6  : Nah. Tulis kat sini.. 
                aku : nak tulis apa?  (aku diberikan sekeping kertas kosong..)
     kaunter  6  :  Tulis nama dan nombor akaun.            
.................
     kaunter  6  : ... Ok, siap. 
                 aku : terima kaseeih.... ( dengan nada simpati dan sangat memahami... ) :)  :)  
     kaunter 6    : orrrraiittt..                        

Friday, March 27, 2015

Biskut sampan

Bahan kulit 
3/4 cawan planta/margerin*
1/2 cawan gula halus*
2 3/4 cawan tepung gandum
1 biji kuning telur
esen vanila
* pukul sekali

Bahan inti
5 auns planta/margerin*
3 auns gula halus*
2 biji kuning telur*
esen vanila*
4 auns kelapa kering
2 auns tepung gandum
*pukul sekali
Acuan biskut sampan ni aku pinjam dari google.
Gambar biskut sampan yang aku buat tu punyalah huduhnya aku letak juga kat sini.
Rupa dah tak penting lagi, yang penting aku dah dapat rasanya yang sedap ..

Resepi biskut sampan tu pulak memang sedia macam tu. Tulis bahannya sahaja. Resepi istimewa ni diberi oleh seorang sahabat lama tempat aku bekerja dulu. Aku minta dari dia. Selalu aku tergoda bila dia cerita dia  buat biskut sampan masa sambut raya tak kira aidil fitri atau aidil adha. Terliur betul aku dengar cerita dia. Kuih samprit aku dapat beli dari dia. Samprit dia pun sangat sedap! Original resepi! Tapi biskut sampan dia tak dapat nak jual sebab tiap2 kali buat, anak2 dia akan menghabiskannya dahulu. Kata dia kadang2 tak dan nak sambut raya pun, biskut sampan dah habis dimakan. Dia selalu cakap sedapnya biskut sampan sebab ia rangup diluar dan rasa sedikit2 liat bila kita menggigit bahagian dalamnya yang berintikan kelapa parut itu... Resepi lidah cicah air asam aku dapat dari dia lah.

Kek karot/lobak merah sukatan cawan

Sebelum2 ni aku pernah tengok orang bercerita pasal kek karot. Dari dulu pun aku dah teringin nak merasa apalah rasa agaknya kek karot tu. Bila dah mula membuat  dan merasanya aku rasa nak buat dan nak makan selalu. Sedap betul rupanya..! Kombinasi rasa kacang walnut yang pahit2 berbaur dengan wangi kulit kayu manis, nenas dan karot memang rasanya berbeza dari kek biasa.
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camcateh bikarbonat of soda*
1/2 camcateh garam halus*
1 1/4 camcateh serbuk kayu manis*.
*ayak bersama seeloknya 3x
2 telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus/@gula perang
1 1/4 cawan parutan lobak merah perah siket airnya
1/2 cawan nenas dalam tin. tos dan cincang
1/2 cawan kelapa kering/kismis
1/2 cawan kacang walnut

1. Panaskan oven pada suhu 180C.
2.Telur ayam, minyak jagung dan gula wisk selama 5 minit. Masuk bahan ayak tadi.
3. Masukkan nanas cincang, lobak parut, kelapa kering dan kacang walnut tadi. Gaul sebati dan bakar seperti kek biasa.
# Pada aku lagi sedap menggunakan gula perang dan gantikan kelapa parut dengan kismis.

Wednesday, February 11, 2015

Nak tisu paper..?

Projek mengait cover bekas tisu ni datang secara tiba2 sahaja.
Mungkin ada yang tak selera tengok toilet tisu atau tisu paper yang macam gini..
Ini adalah idea aku untuk menghabiskan segala saki baki benang bulu aku yang masih tinggal...
Jadilah bunga kembang yang berwarna warni macam gini...
Aku gunakan tisu ini untuk mengelap di bahagian ruang dapur, ruang tamu, bilik tidur dan segalanya terutama tumpahan dan kotoran di dapur tempat memasak. 
I



Tuesday, February 10, 2015

Daun ruku merawat batuk dan gatal tekak

Gambar ni menghiasi muka depan entri aku kali ni. Walaubagaimanapun ada sangkut pautnya dengan yang akan diceritakan kemudian...

Pada hari yang terik panas macam la ni, alangkah bagusnya mendapat seteguk air sarbat merah ini.
Ini gambar pokok ruku kat rumah aku. Aku pernah google pasal daun pokok ni suatu masa dulu sebab terbaca satu resepi yang menggunakan daun ruku. Tapi tah macamana waktu tu aku tak berapa nak ambil kisah sangat. Bunyi ruku tu macam pelik pada pendengaran aku.

Tapi la ni baru aku perasan. Rupanya aku dah lama biasa tengok pokok ini, dari kecik2 lagi. Kebanyakan rumah orang tua2 di kampung aku tumbuhlah pokok ini. Tapi tak biasa pulak aku dengar ada orang2 tua yang bercerita mengenai khasiat daun ini. Mungkin ia tumbuh dengan sendirinya saja. Yang aku perasan macam pernah dengar ada orang menyebutnya sebagai daun selasih.

Suatu hari aku cuba menggunakan daun ini untuk merawat batuk2. Kali kedua pula mencubanya untuk merawat gatal, perit dan tak selesa tekak. Ia masih mujarab!
Cara menggunakannya ialah ambil 6-7 helai daun ruku. Cuci bersih, letakkan sedikit (sangat sedikit) kapur makan dan lenyekkannya menggunakan kedua-dua tapak tangan. nak sebut upar (upaq ke?) sehngga lumat dan mengeluarkan cairan pekat sedikit berbuih warna keputihan. Sapu cairan ini pada tekak 2-3 kali sehari. InsyaAllah legalah rasa gatal dan perit tekak. Tapi ia sesuai hanya pada radang tekak peringkat awal. Kalau sakit tekak lebih kronik, lebih baik minumlah air asam jawa. Kalaulah double triple kronik lagi, silalah pergi bertemu dokter! :)   
Ini eksperimen aku dengan biji selasih. Benarkah biji selasih ini yang digunakan untk membuat air sarbat? Rupanya dah betul. Biji selasih dari pokok selasih aku rendamkannya sehingga kembang berupa seperti telur katak. Tapi tak dapat zoom dengan jelas. Nampak bintat2 hitamnya sahaja!

Sunday, February 1, 2015

Orkidku - bila dah nama dancing lady...

Rupanya bila ditiup angin, sejambak bunga orkid ini akan bergoyang2. Sekarang ni memang tempat aku sedang musim panas dan kuat berangin.Pada sejambak bunga ini akan kelihatan seakan-akan sekawan atau sekumpulan penari yang berpakaian kuning sedang menari-nari . Hu hu hu. Pada pandangan mata dan hayalan akulah!
Orkid ini jenis cepat membiak. Entah dah berapa kali aku main pindah2 anak2 pokoknya sekejap ke sana sekejap ke sini. Jadi nomad baduilah hidup secara berpindah randah...!
Dulu bertanam dalam pasu. La ni dah pindah ke ranting kayu mati. Aku ikat bersama sedikit sabut kelapa menggunakan tali rafia. Mungkin dalam lingkungan 6 bulan ia pun mengeluarkan bunga.
Masih ada 4 tangkai lagi yang masih belum berkembang.
Ini anak-anak pokok yang aku mula postkan ceritanya pada awal penanamannya dulu. 

Orkidku - Februari datang lagi...


Pertamakali bila mula melihat daun orkid ini mula bertukar warna menjadi layu, aku mula rasa tak sedap hati. Dalam masa yang sama daunnya yang masih hijau tetap nampak tebal, segar dan berkilat. Makin lama lagi banyak daun yang bertukar menjadi warna kuning akhirnya kering dan gugur ke bumi.  
Aku kuatkan semangat menyiram air setiap hari. Mudah2an ranting tanpa daun ini akan mengeluarkan putik bunga sebab aku pernah ada pengalaman dengan spesis ni sebelum ini..

Walaupun masih sangat kecil, tapi bila mula melihat mata tunas yang betul2 muncul ini aku rasa sangat gembira. Sangat berpuashati. Akhirnya dendrobium anosmum aku berjaya mengeluarkan bunga. Yeaayy!!
Rupanya aku postkan kisah awal menanam anak pokok ini pada Oktober 2011. Wow! Sudah sangat lama rupanya. Aku kutip anak2 pokok ini semasa ia masih sebesar 1-2 inci!