Followers

Sunday, February 5, 2012

Kerabu sardin dengan pucuk janggus

Bahan2
pucuk daun janggus, sardin, cili api, cili besar, bawang besar, sedikit garam, belacan, air asam jawa dan air limau nipis.

Panaskan sekejap ikan sardin. Lenyek2kan. Campurkan dengan air limau nipis.
Hiris pucuk daun janggus halus.halus.
Hiris bawang besar. Celur sekejap dengan air panas dan perahkan keluar airnya. 
Picit asam jawa, garam, belacan dan masukkan sekali hirisan cili api dan cili besar.
Campur dan gaulkan semua bahan hingga sebati dan sesuaikan rasanya.

Aku dah pernah post pasal kerabu ini sebelum ini. Tapi oleh sebab suka sangat dengan makanan ini aku poskan sekali lagi. Sedapnya rasa kelat-kelat pucuk janggus dengan rasa pedas dan rasa masam. Datang pula rasa lemak entah dari mana. Ha ha. Aku tak tipu. Cubalah buat dan rasa sendiri. huhu Sekurang2nya rasa kelat tu kot kot dapat juga turunkan paras gula dalam darah..

Gambar kerabu ni cukup tak jelas. Aku belum lagi belajar macamana cara nak gunakan camera! huhu

8 comments:

  1. sedapnya mak ngah..teringin saya nak cuba...selalu tak tau nak buat apa kalau beli ulam ni selain dari makan gitu je...ni ada kelainan....saya suka tengok resepi2 kerabu makngah ni sebab kebanyakannya saya tak pernah makan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilang mana taktau komen quinnie ni....tp dah timbul semula... mak ngah pun bkn reti sgt ni.... spam apa tak tau... kuih apam tau ler... hehe

      boleh cuba kerabu ni quinnie... makngah ni dah jadi tukang kerabu... hehe

      Delete
  2. wuiii..tak penah jumpa, tak penah dengar dan tak penah rasa pun kerabu cmni..nanti nak kena try jugak ni..

    ReplyDelete
  3. teringai jiran sebelah kat kg dulu de tanam pokok jambu gajus.Buah dia walaupun cukup masak tapi alangkah kelatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohya, ada org gelar ni jambu golok... mngah tgh duk cari buah ni sbb ada org cerita org dulu2 buat kerabu buah ni dengan buah nanas.

      Delete
  4. versi mai dari tuk kumbaq...hehe
    kalo tak besa makan pucuk janggus tu petamakali rasa mungkin rasa pelik cket kot...

    ReplyDelete
  5. mak ngah, kalo saya tukar ikan sardin dengan ikan kembung bakar boleh ke? pucuk janggus tu pucuk gajus la kan? kalo kt tempat saya ni kami panggil pucuk ketereh..hehe

    ReplyDelete
  6. boleh ajer nafizah... xder hallah.... nnt bila nk rasa yg perisa sardin pulak, bolehlah try len kali kn...
    ya betul.... org pantai timur mmg panggil pucuk tereh...hehe
    mcmana, dh try jahit sulam ke..

    ReplyDelete