Wednesday, September 14, 2011

Jus Avokado

Bahan2
1/2 biji buah avokado
1 cawan air
ice-cube
2 camca gula merah
susu segar, susu pekat manis dan ice-cream

Masukkan isi buah avokado, air, gula merah, ketulan ais dan susu ke dalam blender. Putarkan. Masukkan dalam gelas, letak ice-cream coklat di atasnya. Siap untuk diminum.


Ini buah avokado yang aku beli dari Cameron Highlands. Banyak buah ni dan lain-lain sayuran dari Cameron dijual kat pasaraya dekat rumah aku. Tak terpikir pula nak beli sebelum ini.


Ini gambar buah avokado yang biasa aku tengok sebelum2 ini. Ada ditanam orang di taman kat rumah aku. Lebat pulak buahnya aku tengok. Yang aku tau avokado ni selalu dikaitkan dengan produk kecantikan sebab tu sebelum ni tak terfikir nak minum2 jus avokado ni. Emm.. sedap juga. Rasanya lemak2, berkrim lagilah bila dicampur dengan aiskrim coklat. Hehe.


~Gambar jus aku kat atas tu nampak kelabu jer... Aku ambik kat bawah cahaya lampu, kamera pula ada flash.... haaa... hantam sajalah...

Tuesday, September 13, 2011

Minyak serai wangi lagi!

Bahan2
2 cawan minyak masak(aku guna minyak Visawit)
1/4 cawan air
7 pokok serai wangi(sekali dengan daun dan akar2nya)
10-15 biji lada hitam
1 ulas bawang putih

Bersih dan potongkan pokok serai wangi. Ketuk serai pada bahagian tombak serai. Ketuk sedikit bawang putih dan lada hitam. Campurkan semua bahan dalam periuk. Masak dengan api perlahan. (Aku ambil masa lebihkurang 1 jam.)

Minyak serai wangi yang aku buat sebelum ini masih bercampur dengan air. Termasuk yang ini, ini adalah percubaan kali yang ketiga. Huhu.


Gambar serai dalam periuk aku ni nampak peliklah siket kan...


Aku tutup periuk pada peringkat awal supaya minyaknya tidak mercik keluar. Masaklah sehingga airnya betul2 kering.

Pada aku minyak ini sesuai untuk buang angin dan kurangkan rasa lenguh2. Kata orang minyak angin yang berasaskan alkohol boleh menghakis atau mengeringkan pelincir semulajadi yang ada pada sendi dan lesung seperti di bahagian lutut. Minyak urut yang berasaskan minyak kelapa/kelapa sawit ni aku pun kuranglah minat juga sebab ianya ada rasa melekit dan berminyak!

Monday, September 12, 2011

Dari Alor Setar Ke Lembah Bilut.

Hari ini aku nak cerita pasal perjalanan aku ke Lembah Bilut. Aku nak sedikit sensasi. Hehe. Sebab itu aku namakannya dari Alor Setar ke Lurah Bilut, Pahang. Lurah Bilut ialah felda pertama yang dibuka pada tahun 1958.

Perjalanan ini bermula pada pukul 7.30 pagi hari Khamis lepas. Ia terdiri dari ipar, biras, anak lelaki aku dan aku sendiri. Kami berempat dalam satu kereta.

Semasa berada di lebuhraya, biras lelaki aku cakap kita pergilah ikut Cameron Highlands, dari Cameron, masuk ke Sungai Koyan, dekat jerr perjalanannya. Dia sendiri belum pernah melalui jalan ini, cuma dengar dari cerita orang sahaja. Aku tak kisah jer sebab sesungguhnya saranan ini telah datang dengan secara tiba-tiba, aku tak sempat nak check kat wikimapia.

Selama ini tiap kali ke Bentong kami selalu merentas melalui Puncak Genting. Dari Tanjung Malim ke Batang Kali melalui Genting Highlang dan terus keluar ke Genting Sempah.

Rasa aku lebih kurang jam sebelas pagi kami dah mula mendaki di Tanah Tinggi Cameron. Berhenti juga dalam perjalanan untuk mengutip orkid liar dan anak aku banyak ambil gambar bunga dan panorama alam. Lagi banyak masa kami besantai santai bila sampai ke tempat menjual bunga, orkid dan sayuran. Aku rasa sedikit buhsyan sebab dah agak selalu datang ke sini. Aku beli buah jeruk kering dan avocado. Pelik tengok bentuk buahnya sebab bulat serupa dengan aku punya buah setul. Alpukat atau avokado selalunya berbentuk sedikit lonjong. Yang ini genetiknya dah alami mutasi kut.

Buah avokado dari Cameron.

Suspennya perjalanan dari Cameron Highland ke Felda Sungai Koyan ini. Bila sudah turun dari tanah tinggi Cameron, cuaca mula panas. Pada peringkat awal, adalah kelihatan pondok2 kecil untuk berjualan milik orang asli.

Gambar ini aku dapat dari Google. Aku sendiri tak ada mood nak ambil gambar.
Waktu aku lalu hari tu pun, puak2 ni menjual buah durian. Musim durian dah penghujung kot..

Semakin ke bawah, ada la kereta yang berselisih sebuah dua. Lama-lama tak ada lagi apa-apa. . Lain-lain makhluk yang bergerak apalah lagi. Yang ada hanya lebuhraya, bukit bukau dan hutan hijau.
Anak aku asyik duk sebut perkataan takut. Hehe. Aku suka dia sebut perkataan takut. Dia takut pada kawasan yang tak ada line talipon. Lagi satu dia takut pasai dia kata jalan ni tak tau nak pi mana dan akan sampai ke mana? Kalaulah tak ada GPS, dah lama dia patah balik!!

Hehe. Aku agak budak ni dah fobia kut.
Sebelum ini aku dengan anak aku ni dah pernah tempuh keadaan yang hampir sama. Waktu itu kami berdua dalam perjalanan dari Sabak Bernam melalui Jalan Sungai Panjang di sepanjang Sungai Panjang hendak menuju ke Pahang.
Jalan ini letaknya di tengah2 antara Lebuhraya Utara Selatan dan jalan lama antara Sabak Bernam ke Kuala Selangor. Hampir dengan Ulu Bernam sempadan daerah Perak dan Selangor.
Aku agak mungkin selepas 20km melalui jalan ini, tak ada sekelumit pun lagi bunyi suara makhluk bernyawa kecuali kami berdua. Agaknya perjalanan ini sejauh 70km baru akan dapat bertemu semula dengan penempatan manusia. Bila sedar anda dah terlajak sampai ditengah-tengah perjalanan, apa yang patut anda buat?. Nak patah balik ke belakang jaraknya 30km, nak teruskan perjalanan masih ada lagi 40km. Jadi, apa yang akan anda buat? Hehe... teruskan perjalanan sajalah.
Aku pun dah tak berapa ingat, mungkin 'kami dapat berjumpa balik dengan orang' ialah dekat Felda Sueharto. Tapi kesimpulannya ialah anak aku cakap dia dah tobat tak mau lagi lalu ikut jalan ini.
Sekali lagi ialah semasa kami dalam perjalanan di lebuhraya. Hari itu kami mula bertolak pada pukul 5.30 petang dari rumah. Hampir pukul 12.00 tengah malam kami keluar dari lebuhraya menuju ke penempatan baru Lembah Beringin. Selepas melalui pos kawalan Lembah Beringin, cubalah untuk cari tempat menginap, tapi semakin lama suasana semakin pelik yang dirasa, tak berjumpa pun dengan penempatan manusia atau cahaya lampu. Akhirnya pusing balik masuk ke lebuhraya semula. Nama Lembah Beringin tu saja dah cukup seram!


Lebuhraya Gua Musang - Cameron Highlands.
(Gambar ehsan google)

Hehe. Aku pun sebenarnya pernah alami rasa tidak enak semasa dalam perjalanan sejauh 112km dari Gua Musang menuju ke Cameron Highlands. Aku lalui lebuhraya ini sekitar Februari 2009. Waktu itu aku bersama abang aku dan bekas arwah isterinya.


Lebuhraya Gua Musang-Cameron
(Gambar dari Google)
Pada aku lebuhraya baru ini lebih hebat dan cantik dari Lebuhraya Plus Utara-Selatan.


(lagi ehsan google)

Sewaktu kami menempuh laluan ini, hari dah sangat petang menghala ke maghrib. Pemandangan yang sangat mempersona aku agak ialah semasa kami berada di tanah tinggi Lojing. Sinar mentari petang berwarna perak sama jingga diselubungi kabus belatarkan gunung ganang sangat menakjubkan pada pemandangan aku. Indahnya ciptaan Allah s.w.t.
Tapi di sepanjang perjalanan itu aku rasa cemas. Penuh doa aku supaya cepat- cepatlah sampai. Janganlah tangki petrol kering atau kereta buat hal. Kalau diikut-ikutkan rasa hati, mau saja aku terbang lari balik ke rumah!

Ohya. Sambung balik cerita perjalanan dari Cameron ke Felda Sungai Koyan. Sebenarnya perjalanan ini dengar kata hanya lebihkurang 81 km saja. Tapi oleh kerana ia lebuhraya yang belum ada penempatan dan kegiatan manusia di kiri kanan jalannya membuatkan kita mudah menjadi jemu dan bosan. Aku pun mengantuk.
Akhirnya selepas singgah di pekan Raub, kami sampai ke Felda Mempaga sekitar jam 5.30 petang.

Jumaat jam 7.30 pagi kami keluar dari Lembah Bilut.
Titik kordinat yang paling ke selatan pada hari itu ialah ke Seri Kembangan. Sampai ke Seri Kembangan sekitar jam 1030 pagi.

Dalam perjalanan balik, aku nampak signboard Hospital Selayang. Apa nak buat Eda. Jodoh kita belum ada. Huhu. Belum masanya untuk kita bertemu.....

Sekitar pukul 1.00 tengahari kami singgah di Plaza Low Yat. Pusing pusing hampir semua kedai naik dan turun. Beli 2 jenis barang. Sekitar jam 2.30 petang, keluar dari plaza.

Perjalanan balik agak lancar. Pertamakali tiada kesesakan lebuhraya berhampiran Penang dan Butterworth. Selamat sampai ke Alor Setar jam 10.30 malam.


Rasanya dah dekat setengah tahun kereta aku ni tak mandi. Sewaktu berhenti rehat dekat R&R Bukit Gantang selama 2 jam iaitu dari 6.30 hingga 8.30 malam, ini yang aku dapat. Huhu. Nampaknya kali ni terpaksalah juga kereta aku didobikan selepas ini.

Sunday, September 11, 2011

Pokok Sawi Cina pelawas kencing

Bahan2
3 pokok sawi cina
1 camca barli
1 sudu kecil gula merah
2 cawan air

Masukkan semua bahan dalam periuk. Jerangkan atas api hingga mendidih. Bila agak tinggal 1 cawan, sejukkan sedikit dan bolehlah diminum.

Malam tadi hujan turun. Pagi ni pun hujan masih belum berhenti. Mak cik mak cik yang lanjut usia ni kerja nak pi ke bilik air jer rasanya. Nak buang air kecil. Hehe. Tu yang teringat nak buat post pasal daun sawi cina. Dah banyak hari sebenarnya aku masak air ini. Itu pun bukannya selalu. Hehe.
Barli juga dikatakan berkhasiat dalam pemeliharaan buah pinggang dan melawas air kencing

Inilah gambar pokok sawi cina. Daunnya tak boleh dimasak sayur. Aku dapat benih dari sorang kawan kaum cina. Dah dia cakap namanya sawi cina. Dapat melegakan masalah kencing tak puas. Pokok ni mudah biak. Musim panas ia hilang, musim hujan ia tumbuh balik dari taburan biji2 benih yang telah kering.
Ini gambar urinary system. Guru Biology cakap salur kencing dari buah pinggang ke pundi kencing tu besarnya sebesar urat bihun jer. Kalaulah ianya sebesar urat mi, besarlah siket kan... Jadi kalau kita minum air kuat berperisa, teruklah buah pinggang dan salur kencing tu nak buat kerja dia. Kasihanilah dia. Dari itu marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan buah pinggang kita. Haha.

Monday, September 5, 2011

Sambal tumis tempoyak

Bahan2
1/2 cawan ikan bilis
1/4 cawan cili api
2 sudu tempoyak
1 inci kunyit hidup
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
garam dan minyak untuk menggoreng
~cili api yang biasa digunakan ialah cabai melaka kampung atau dipanggil cabai burung.
~ikan bilis -gred yang baik, sebab manisnya terletak pada rasa bilis dan gunakan sedikit sahaja garam.

Tumbuk cili api dengan biji2nya sekali hingga lumat. Tambah kunyit hidup dan tumbuk lagi.
Bancuhkan tempoyak dengan 1 cawan air. Tambahkan cili api tumbuk.
Hiriskan bawang besar, bawang putih dan bawang merah. (Bawang dihiris memanjang, bukannya melintang.)
Panaskan minyak, tumis bawang biar layu. Masukkan bancuhan cili api tumbuk bersama tempoyak tadi. Adunan ini berwarna keruh. Tambah garam. Masak hingga naik minyak dan bertukar warna seperti di atas.
~Boleh tambah isi petai atau terung pipit jika suka.

Aku ni dah lama sangat tak masak sambal tempoyak. Aku kurang minat pada masakan tumis yang ada minyak. Tapi dek kerana ramai sedara dari Pahang yang datang rumah aku pada raya tahun ni, aku buatlah masakan ini sebab nak jamu depa tu semua.

Takdir tuhan. Ipar, anak sedara dan cucu sedara punya sebab yang tak dapat dielakkan dari menghadirkan diri untuk beraya kat Kedah. Sampai hari ini pun masih ada yang belum dapat balik ke Pahang.

Sukatan bahan2 yang aku tulis tu bukanlah yang sebenarnya aku buat. Dah enam hari pun usia sambal aku tu. Baru hari ni nak buat cerita pasal sambal tempoyak. Hehe.

Lepas masak, aku pun rasalah sambal aku ni. MasayaAllah pedasnya toksah duk ceritalah... Aku pesan kat depa semua awal2 lagi aku warning, jangan duk ceduk beriya sangat sebab rasanya yang amat pedas tu.
Dulu aku selalu tengok sambal tumis tempoyak adalah menu utama kat rumah arwah mak mertua aku. Tiap kali makan nasi wajib ada sambal tempoyak. Ada anak2 sedara yang dah boleh makan nasi dengan hanya sambal tempoyak sahaja kalau tak ada lauk lain.
Pada aku bila makan saja sambal tempoyak ni, dia ada satu rasa yang tak tau nak cerita. Rasa macam makan benda reput pun ada. Hehe. Rasa kat lidah, tapi otak dah terasa macam dah duk kat dapur arwah mak mertua aku. Aneh juga rasa tempoyak ni. Dan memang bengang pun kalau aku cerita pasal tempoyak kat kawan2 aku. Tak dak sapa sorang pun yang akan paham. Orang Kedah bukan pemakan tempoyak!

Tapi tak apalah. Anak sedara yang sorang tu asyik cakap yang sambal aku tu pedas. Tapi makin pedas, makin dia duk ulang makan lagi. Last2 aku tengok dia duduk tersandar. Dia cakap sambal Mok Tam ni memang tiptop! Hehe.

Macamana cara nak buat tempoyak?
Hehe. Aku pun tak pandai sangat. Aku pisah2kan isi dengan biji durian. Durian edisi kahwin orang tak buat tempoyak yak? Gunakan isi buah durian kampung. Simpan seeloknya dalam bekas kaca. Jangan terus masukkan dalam peti ais. Biar gas meruap keluar dulu, esoknya baru simpan dalam peti ais. Ada orang kata gaulkan dulu dengan sedikit garam. Tapi aku tak pernah campur garam pun sebab tak tau nak letakkannya sebanyak mana.

Wednesday, August 31, 2011

Taburan manik syawal

Assalamualaikum semua.
Sejarah.
Ada history nak story. He he.
Aku ni selamanya tak penah terpikir pun nak menjahit manik. Aku salu duk pikir kalaulah aku jahit manik pada hari ini, agaknya tahun bila lah pulak ia boleh siap?.. Nampak rumit dan tentu akan ambik banyak masa aku....
Tapi rupanya enjoy gak jahit manik ni..

Motif percikan bunga api... hehe


Bahagian lengan dan bawah baju.


Kawan aku komen bukan senang nak buat 'ghedi-ghedi' macam ni. Haha. Aku rasa nak gelak guling2 pasai seingat2 aku, aku tak ingat samaada aku pernah atau tak pernah dengar perkataan 'ghedi' ni.



Bahagian bawah dan lengan baju.







Bahagian bawah hadapan baju


Motif bunga sulam.


Kawan2 aku komen, berbirat-biratlah cucu aku bila dukung cucu, baju toknya ada manik2 koran... Hehe...




Manik walfare. Tak berkilat-kilat. Puas nak menghabiskannya. Hehe..

Saturday, August 27, 2011

Bubur keladi campur nangka

Bahan2
1/2 ketul ubi keladi
1 bungkus isi nangka masak
1 tungkul jagung
1 sudu sagu
2 helai daun pandan
santan, gula, garam

Bersihkan keladi, potong dadu. Hiriskan jagung. Asingkan isi dan biji nangka.
Masukkan keladi, jagung, isi nangka, daun pandan bersama santan ke dalam periuk. Masak. Bila semuanya empuk, masukkan sagu yang sudah dibersihkan. Masukkan garam. Akhir sekali masukkan gula.

Lagi tiga hari Aidilfitri akan disambut oleh seluruh umat Islam. Ramai yang sibuk buat kuih raya. Tapi aku baru nak upload bubur untuk berbuka puasa....:--)

Aku terserempak dengan makcik jual nangka semasa pergi ke pasar pagi semalam. Terus terlintas nak masak jugak2 bubur keladi dengan nangka. Sebelum2 ni aku masak bubur ni gunakan nangka madu. Rupanya lebih sedap isi keladi yang agak tawar bila ia berpadu dengan isi nangka kampung yang wangi dan manis. Bubur ni spesel bagi aku sebab aku tak pernah memakannya sebelum2 ini. Ia dijamu oleh entah cikgu mana sempena satu majlis waktu aku bertugas di suatu wilayah di pinggir bandar.

Ditempat yang sama juga aku mula2 terpegun dengan kuih ketayap. Agak pelik bagi akulah. Sebab sebelum ini aku tak pernah suka pada kuih ketayap. Rata aku pi tanya orang pasaipa kuih ketayap orang kampung tu sedap sangat. Ooop.. rupa2nya kuih ketayap yang pernah aku makan sebelum2 ini tak sedap sebab intinya. Orang kampung masak kuih ketayap menggunakan kelapa yang sedang2 mudanya sebab tulah rasa intiya tidak berhampas. Yang tu pun aku tak tau..