Followers

Monday, September 12, 2011

Dari Alor Setar Ke Lembah Bilut.

Hari ini aku nak cerita pasal perjalanan aku ke Lembah Bilut. Aku nak sedikit sensasi. Hehe. Sebab itu aku namakannya dari Alor Setar ke Lurah Bilut, Pahang. Lurah Bilut ialah felda pertama yang dibuka pada tahun 1958.

Perjalanan ini bermula pada pukul 7.30 pagi hari Khamis lepas. Ia terdiri dari ipar, biras, anak lelaki aku dan aku sendiri. Kami berempat dalam satu kereta.

Semasa berada di lebuhraya, biras lelaki aku cakap kita pergilah ikut Cameron Highlands, dari Cameron, masuk ke Sungai Koyan, dekat jerr perjalanannya. Dia sendiri belum pernah melalui jalan ini, cuma dengar dari cerita orang sahaja. Aku tak kisah jer sebab sesungguhnya saranan ini telah datang dengan secara tiba-tiba, aku tak sempat nak check kat wikimapia.

Selama ini tiap kali ke Bentong kami selalu merentas melalui Puncak Genting. Dari Tanjung Malim ke Batang Kali melalui Genting Highlang dan terus keluar ke Genting Sempah.

Rasa aku lebih kurang jam sebelas pagi kami dah mula mendaki di Tanah Tinggi Cameron. Berhenti juga dalam perjalanan untuk mengutip orkid liar dan anak aku banyak ambil gambar bunga dan panorama alam. Lagi banyak masa kami besantai santai bila sampai ke tempat menjual bunga, orkid dan sayuran. Aku rasa sedikit buhsyan sebab dah agak selalu datang ke sini. Aku beli buah jeruk kering dan avocado. Pelik tengok bentuk buahnya sebab bulat serupa dengan aku punya buah setul. Alpukat atau avokado selalunya berbentuk sedikit lonjong. Yang ini genetiknya dah alami mutasi kut.

Buah avokado dari Cameron.

Suspennya perjalanan dari Cameron Highland ke Felda Sungai Koyan ini. Bila sudah turun dari tanah tinggi Cameron, cuaca mula panas. Pada peringkat awal, adalah kelihatan pondok2 kecil untuk berjualan milik orang asli.

Gambar ini aku dapat dari Google. Aku sendiri tak ada mood nak ambil gambar.
Waktu aku lalu hari tu pun, puak2 ni menjual buah durian. Musim durian dah penghujung kot..

Semakin ke bawah, ada la kereta yang berselisih sebuah dua. Lama-lama tak ada lagi apa-apa. . Lain-lain makhluk yang bergerak apalah lagi. Yang ada hanya lebuhraya, bukit bukau dan hutan hijau.
Anak aku asyik duk sebut perkataan takut. Hehe. Aku suka dia sebut perkataan takut. Dia takut pada kawasan yang tak ada line talipon. Lagi satu dia takut pasai dia kata jalan ni tak tau nak pi mana dan akan sampai ke mana? Kalaulah tak ada GPS, dah lama dia patah balik!!

Hehe. Aku agak budak ni dah fobia kut.
Sebelum ini aku dengan anak aku ni dah pernah tempuh keadaan yang hampir sama. Waktu itu kami berdua dalam perjalanan dari Sabak Bernam melalui Jalan Sungai Panjang di sepanjang Sungai Panjang hendak menuju ke Pahang.
Jalan ini letaknya di tengah2 antara Lebuhraya Utara Selatan dan jalan lama antara Sabak Bernam ke Kuala Selangor. Hampir dengan Ulu Bernam sempadan daerah Perak dan Selangor.
Aku agak mungkin selepas 20km melalui jalan ini, tak ada sekelumit pun lagi bunyi suara makhluk bernyawa kecuali kami berdua. Agaknya perjalanan ini sejauh 70km baru akan dapat bertemu semula dengan penempatan manusia. Bila sedar anda dah terlajak sampai ditengah-tengah perjalanan, apa yang patut anda buat?. Nak patah balik ke belakang jaraknya 30km, nak teruskan perjalanan masih ada lagi 40km. Jadi, apa yang akan anda buat? Hehe... teruskan perjalanan sajalah.
Aku pun dah tak berapa ingat, mungkin 'kami dapat berjumpa balik dengan orang' ialah dekat Felda Sueharto. Tapi kesimpulannya ialah anak aku cakap dia dah tobat tak mau lagi lalu ikut jalan ini.
Sekali lagi ialah semasa kami dalam perjalanan di lebuhraya. Hari itu kami mula bertolak pada pukul 5.30 petang dari rumah. Hampir pukul 12.00 tengah malam kami keluar dari lebuhraya menuju ke penempatan baru Lembah Beringin. Selepas melalui pos kawalan Lembah Beringin, cubalah untuk cari tempat menginap, tapi semakin lama suasana semakin pelik yang dirasa, tak berjumpa pun dengan penempatan manusia atau cahaya lampu. Akhirnya pusing balik masuk ke lebuhraya semula. Nama Lembah Beringin tu saja dah cukup seram!


Lebuhraya Gua Musang - Cameron Highlands.
(Gambar ehsan google)

Hehe. Aku pun sebenarnya pernah alami rasa tidak enak semasa dalam perjalanan sejauh 112km dari Gua Musang menuju ke Cameron Highlands. Aku lalui lebuhraya ini sekitar Februari 2009. Waktu itu aku bersama abang aku dan bekas arwah isterinya.


Lebuhraya Gua Musang-Cameron
(Gambar dari Google)
Pada aku lebuhraya baru ini lebih hebat dan cantik dari Lebuhraya Plus Utara-Selatan.


(lagi ehsan google)

Sewaktu kami menempuh laluan ini, hari dah sangat petang menghala ke maghrib. Pemandangan yang sangat mempersona aku agak ialah semasa kami berada di tanah tinggi Lojing. Sinar mentari petang berwarna perak sama jingga diselubungi kabus belatarkan gunung ganang sangat menakjubkan pada pemandangan aku. Indahnya ciptaan Allah s.w.t.
Tapi di sepanjang perjalanan itu aku rasa cemas. Penuh doa aku supaya cepat- cepatlah sampai. Janganlah tangki petrol kering atau kereta buat hal. Kalau diikut-ikutkan rasa hati, mau saja aku terbang lari balik ke rumah!

Ohya. Sambung balik cerita perjalanan dari Cameron ke Felda Sungai Koyan. Sebenarnya perjalanan ini dengar kata hanya lebihkurang 81 km saja. Tapi oleh kerana ia lebuhraya yang belum ada penempatan dan kegiatan manusia di kiri kanan jalannya membuatkan kita mudah menjadi jemu dan bosan. Aku pun mengantuk.
Akhirnya selepas singgah di pekan Raub, kami sampai ke Felda Mempaga sekitar jam 5.30 petang.

Jumaat jam 7.30 pagi kami keluar dari Lembah Bilut.
Titik kordinat yang paling ke selatan pada hari itu ialah ke Seri Kembangan. Sampai ke Seri Kembangan sekitar jam 1030 pagi.

Dalam perjalanan balik, aku nampak signboard Hospital Selayang. Apa nak buat Eda. Jodoh kita belum ada. Huhu. Belum masanya untuk kita bertemu.....

Sekitar pukul 1.00 tengahari kami singgah di Plaza Low Yat. Pusing pusing hampir semua kedai naik dan turun. Beli 2 jenis barang. Sekitar jam 2.30 petang, keluar dari plaza.

Perjalanan balik agak lancar. Pertamakali tiada kesesakan lebuhraya berhampiran Penang dan Butterworth. Selamat sampai ke Alor Setar jam 10.30 malam.


Rasanya dah dekat setengah tahun kereta aku ni tak mandi. Sewaktu berhenti rehat dekat R&R Bukit Gantang selama 2 jam iaitu dari 6.30 hingga 8.30 malam, ini yang aku dapat. Huhu. Nampaknya kali ni terpaksalah juga kereta aku didobikan selepas ini.

2 comments:

  1. perrgh.. jauhnya awak berjalan..
    aku pun ada singgah kat raub hari khamis tu..
    tapi masa tu pagi lagi..
    kalau aku tahu awak nak ke selayang pasti aku tunggu.. baru kami g kekelantan.. semuga kita ada jodoh selepas ini..:)

    ReplyDelete
  2. yalah, sy pn xcdg nk bgtau awk awal2 sbb xnak ganggu apa2 program awklah konon2nya... hehe
    klu bjodoh tntu kita dh terserempak kt Raub tu kan.. takdir semua tu..

    ReplyDelete