Followers

Thursday, January 26, 2012

Kerabu paku rawan

Bahan2
Seikat paku rawan, isi kerang rebus, bawang besar, bawang kecil, santan, cili api, kerisik, air asam jawa, belacan, air limau nipis.
Pada asasnya kerabu cara orang Kedah lebih kurang adalah sama  seperti yang aku poskan sebelum2 ini  di bawah label kerabu. Anak2 aku lani pun dah koi minat makan kerabu. Aku tergerak hati nak buat kerabu paku rawan selepas terbaca mengenainya kat blog ini. Resepi paku rawan bolehlah klik kat sini.

 by google
Kecik2 dulu aku tinggal di kelilingi sawah bendang. Pokok ini sering ku lihat. Tapi kami tak pernah pun makan kudup bunga atau apa2 dari pokok ini.


by google
Aku mula nampak kudup bunga ini dimakan orang semasa tinggal di Alor Setar. Kalau tak silap aku, kakak tu mulanya cakap namanya ialah sudu itik. Entahlah. Mungkin aku yang tersilap. Ia direbus untuk dicicah bersama sambal atau  air asam. Kat gerai kadang2 ia dijual siap dibuat kerabu.

Lama  di Pahang, aku terbiasa dengan pucuk paku masak lemak kuning, paku gorenga kicap atau ia direbus buat ulam. Jadi paku pakis yang hidup di darat dan paku rawan yang hidup di habitat berair tu macam memiliki rupa berbeza tapi nama  yang hampir sama.

by google
Tapi satu hal yang aku tak boleh kikis dari ingatan aku ialah bila aku ternampak jer ke pokok paku gajah kat tepi2 jalan macam ni, laju jer aku teringat selalu kat pucuk paku goreng kicap campur ikan bilis atau pucuk paku masak lemak kuning. Sungguh.

P/S : Baru2 ni semasa sedang mengambil makanan kat cafe, ada aku terdengar  suara yang menyebut paku rawan ni sebagai kemelin.

6 comments:

  1. akak..saya suka sayur sudu itik tu..tapi sekarang ni kalau beli seikat memang sikit betul...nak dpt pun susah jugak...tapi sedap kalau rebus gitu makan sambal belacan cair...boleh dibuat kerabu jugak ye kak..wah boleh cuba nih..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... entah ya tidak namanya sudu itik...
      ya betul beli seikat mcm xcukup je..... bolehlah quinnie cuba buat kerabu lps ni, sedap tau....

      Delete
  2. mak ngah..pucuk paku rawan..kegemaran ya amat tu..tamabh2 buat kerabu.ana boleh ratah cmtu jer.minggu lepas ada org jual kt pasar mlm kepala batas.nak beli, tapi tak best kalau makan sorang.huhuuh

    ReplyDelete
  3. psar mlm kepala batas?... xnah singgah lg rasanya.... tp lama dh dok teriiingin sgt2 nk pi nat Tok Jalai pagi Jumaat.... best situ kan... kwn MNgah kata tmpt tu mcm Padang Besar yang kecik! huhu

    ReplyDelete
  4. salam mak ngah..nak tanye..paku rawan yang buat kerabu ni?yang idup kat air atau darat?

    ReplyDelete